Thursday, 4 October 2012

Pos 114 (583) – Nasihat pada Orang Politik











Pos 114 (583) – Nasihat  pada Orang Politik

Aku masuk politik sudah  lebih lima puluh  tahun.  Aku tahu apa jenis parti politik itu.  Sudah enam parti politik dah  aku masuk. Dan besa  jadi ADUN beberapa kali. Semuanya itu aku rasa nak cari duit.  Nak cari nama. Nak cari  pangkat. Nak  jadi masyhor nama. Nak buat  harta. Nak jadi nama gah pada orang.

Tapi aku tak macam orang  sekarang. Aku tak menipu orang. Aku khidmat pada rakyat. Sebab itu aku boleh tahan lama. Aku tak naik kereta mercedes. Aku naik   basikal  pi  jumpa rakyat.   Aku banguan jam 3.00 pagi pi tengok rakyat yang  rumahnya  timpa pokok . Bagi dia duit untuk repair. Dia senyum...

Aku tak baik dengan kontrektor, dia minta sain borang  tuntut duit upah projek, aku kata, kontrek lapan puluh ribu, tapai  hang  suruh akau sign sembilanpuluh ribu, mana boleh. Dia kata yang lebih untuk YB lah.... Aku kata itu haram...Dia kata kalau macam ni  YB  pencen esok naik basikal saja lah....Aku kata itu yang baik...kerana aku akan naik mersedes  di akhirat  nanti.....

Ada satu kontrektor suruh  aku sign borang kosong saja ...Aku kata kerja apa yang hang  buat...Dia kata.... dia dah cakap dengan orang  berkenaan, semua  akan dapat  sepuluh peratus, termasuk YB juga...jumlahnya empat puluh ribu tiap-tiap satu syer. Aku kata..oh...macam  tu kamu, jadi kamu kaya ni..cari  duit  macam tu...Aku koyak borang tu....Dia  buat  fitnah pada aku, akau tersingkir dari parti ...10 tahun kemudian dia kena penjara kerana menipu wang kerajaan....

Jadi  kalau Datuk-datuk YB.... la ni  jangan buat  tak baik, buatlah macam aku, pencen naik basikal  saja...../////

No comments:

Post a Comment