Tuesday, 9 October 2012

Pos 615 - Orang sedang solat menyahut panggilan











Pos 615 - Orang sedang solat menyahut panggilan


Bolehkah  orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.

 
Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku.

(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115

 

 
       ------------------------ooooooooooooooooo--------------------------
 

No comments:

Post a Comment