Po 137 (606) –Apa cara makmum masbug dalam solat
jenazah
Bagaiman keadaan makmum masbug
dalam solat jenazah .
Jawapan.
Seorang makmum
yang masbug hendaklah ia membaca Fatihah kemudian daripada takbirat al-ihram,
walaupun imam berada dalam takbir yang lain.
Namun begitu jika imam takbir sebelum makmum
itu membaca Fatihah maka hendaklah ia mengikut imamnya pada takbir dan gugurlah
Fatihah itu daripadanya, kemudian hendaklah ia sempurnakan solatnya dengan
takbir dan bacaan-bacaannya itu selepas imam memberi salam.
Oleh yang
demikian jika imam bertakbir dan makmum masbug sedang mambaca Fatihah, maka
wajib ia bertakbir mengikut imam dan tinggalkan bacaan Fatihah yang baki itu jika ia tidak sibuk
membaca Ta’wwuz ;
أعوذ بـا لله من الشيطان الرجيم..."
Sebaliknya
jika ia membaca Ta’awwuz maka wajib ia
tambah bacaan Fatihah sekadar Ta’wwuz.
Disunatkan
jangan mengangkat jenazah sehingga makmum masabug menyelesaikan solatnya,
kerana barangsiapa solat jenazah dan bertakbirat al-ihram sebelum jenazah
diangkat maka tidak membatalkan solatnya jika diangkat jenazah selepas itu walaupun
jauh dan berpaling daripada Qiblat.
Namun begitu
jika bertakbirat al-ihram selepas diangkatkan jenazah dan
dibawa pergi ke perkuburan, maka disyaratkan sah solatnya itu tidak jauh
melebihi tiga ratus hasta dan tidak bepaling daripada Qiblat, sebaliknya jika
jauh atau berpaling daripada Qiblat sebelum salamnya nescaya batallah solatnya
itu.
(Kitab solat jamaah m.s. 92)
------------oooooooooo-----------
No comments:
Post a Comment