Pos 616 -Perbezaan Malaikat dan iblis..
Perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan
syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan
hubungannya dengan manusia.
Jawapan.
Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia
Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia. Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.
Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-
“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah”

(Surahal-Kahfi
ayat 50).
Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-
Firman Allah swt yang Bermaksud:-
Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-
Firman Allah swt yang Bermaksud:-
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
(al-Hijr ayat 2627)
Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman dan ibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Zuriat,ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)
Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.
Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)
Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-
“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).
Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.
Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat.
---------------------ooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment