Saturday, 13 October 2012

Pos 631 - Syarat-syarat wajib haji ?











Pos 631 - Syarat-syarat wajib haji ?

1.    Islam

2.    Baligh  - anak kecil tidak wajib haji

3.    Berakal- orang gila tidak wajib haji

4.    Merdeka

5.    Ada kenderaan dan bekalan

6.    Di dalam perjalanan tidak ada gangguan

7.    Mampu menempuh perjalanan.

 


Soalan 9.b. Mengerjakan Haji Ifrad:


1.    Haji Ifrad -Hendaknya orang itu berihram haji saja, kemudian setelah menyelesaikan pekerjaan-pekerjaan  haji lalu berihram Umrah pula. Harus melakukan ibadah Umrah pada tahun itu juga.


2.    Haji Tamattuk  - Orang itu berihram Umrah dari Miqat. Kemudian menyelesaikan kerja-kereja Umrah, hendaklah berihram lagi untuk haji dari Makkah.



3.    Haji Qiran –Orang itu berihram Haji dan Umrah sekali gus. Jadi amalan-amalan yang dibuat dalam Umrah termasuk ke dalam amalan Haji. Dan miqat serta pekerjaannya menjadi satu.

 

Soalan 9  c. Bagaimana mengerjakanhaja tamatu’                                                                                                                                 

Caranya:  Mengerjakan Umrah Dahulu                                                

Mengerjakan Umrah Dahulu  Dalam Bulan Haji, kemudian Mengerjakan Haji di Tahun yang sama.

Mengerjakan Umrah.


(1)  Sunat     -  Mandi Sunat Ihram

(2) Wajib     -   Memakai pakaian Ihram

(3)  Sunat     -  Sembahyang Sunat Ihram  Umrah.

(4)  Wajib     -  Berniat di Miqat

(5)  Sunat      -  Bertalbiah

(6)  Wajib     -   Menjaga Larangan Ihram

(7)  RUKUN - Tawaf mengeliling  Kaabah

(8  )RUKUN -  Mengerjakan Saiee

(9) RUKUN  -  Bercukur atau bergunting

Mengerjakan  Haji.

 (1)   Sunat         -  Mandi Ihram

 (2)   Wajib        -  Memakain Pakaian Ihram

 (3)   Sunat         -  Sembahyang Sunat Ihram

 (4)   Wajib         -  Niat Haji di Mekah

 ( 5)   Sunat        -  Bertalbiah

 (6)   Wajib         -   Menjaga  Larangan Haji

  (7)  Tiada         -  Tawaf  kudum

  (8)   Tiada        -  Saei haji

  (9)   RUKUN   - Wukuf di Arfah pada 9 Zulhijjah

  (10)  Wajib       -  Bermalam di Mudzalifah pada 9 Zulhijjah

 (11)  Wajib        -  Melontar Jamatul Aqabah pada 10 Zulhijjah

 (12)  RUKUN    -  Bercukur atau bergunting

 (13)  Wajib        -  Bermalam di Mina

 (14)  Wajib        -  Melontar di tiga Jamrah  pada hari tasyriq (11,12,13)

  (15)  RUKUN   -  Tawaf Haji

 (16)   RUKUN  -   Saie Haji

 

DAM  ATAU DENDA YANG  DIWAJIBKAN.

Terdapat Tiga Jenis Dam yang dikenakan:

1.     Dam Tertib dan Taqdir

2.     Dam Tertib dan Ta’adil

3.     Dam Takhyir dan Ta’adil.

 

Dam Tertib dan Taqdir (1)

1.     Iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu wajiblah berpuasa selama srepuluh hari.  Tiga hari semasa mengerjakan  haji di Mekah danTujuh hari lagi di kampung apabila dia balik ke Malaysia nanti.

 

Sebab-sebab kena Dam ini

1.    Mengerjakan Haji  Tamattuk’

2.    Mengerjakan Haji Qiran.

3.    Tidak berihram di Miwqat.

4.    Tidak melontar Jamrah

5.    Tidak bermalam di Muzdailifah.

6.    Tidak bermalam di Mina.

7.    Tidak mengerjakan Tawaf Wada’

8.    Terlambat dari Wukuf di Arafah.

 

Dam Tertib dan Ta’adil (2)

        Serbab-sebabnya.

1.     Memakai pakaian berjahit (bagi lelaki)

2.    Memakai penutup kepala (bagi lelaki)

3.    Menutup muka dan dua tapak tangan bagi perempuan.

4.    Memakai bau-bauan atau minyak rambut.

5.    Bercukur, bersikat, memotong atau mencabut rambut.

6.    Memotong kuku.

7.    Bercumbu-cumbuan.

8.    Bersetubuh sesudah tahallul pertama.

 

 

Dam Takhyir dan Ta’dil. (3)

1.     Yang wajib dibayar kerana membunuh binatang buruan di tanah suci.

2.    Kalau binatang buruan itu ada persamaannya, maka yang pembunuh itu boleh memilih tiga perkara iaitu (a) menyembelih binatang yang besarnya sama dengan yang di bunuhnya  atau (2) tafsirkan harganya dan wangnya di sedekahkan kepada fakir miskin di Mekah atau (3) berpuasa setiap nilai satu mad (secupak) puasanya satu hari.

 

             ---------------------------------------------oooooooooo-------------------------------------------------------------









No comments:

Post a Comment