Pos 99 ( 568) – Tidak baca doa
ketika berwuduk
Apabila kita mengambil air sembahyang dan waktu membasuh
muka tidak membaca doa, begitu juga di waktu membasuh tangan dan selanjutnya
tidak membaca doa, apakah sah air sembahyang itu atau tidak?
Jawapan.
Tidak sah wuduk itu kerana tanpa niat. Syarat berwuduk
adalah seperti berikut:-
a. Niat
b. Membasuh muka.
c. Membasuh dua tangan berserta sikunya.
d. Menyapu sebahagian kepala.
e. Membasuh dua kaki serta hingga dua mata kakinya.
f. Tertib.
Itulah syarta-syaratnya dan jika tertinggal salah satu
dari padanya, maka tidaklah sah air sembahyag atau wuduk tersebut. Dalam
hal wuduk ini tersebut firman Allah s.w.t.:
يَآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا قُمْتُمْ اِلىَ الصَّلَاةِ
فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ
وَاَيْدِيَكُمْ إِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُسِكُمْ
وَاَرْجُلكُمْ
إِلىَ الـْكَعْبَيْنِ. (المأيده: اية 6)
Ertinya: Wahai
orang-orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjaklan solat, maka basuhlah
muka mu dan tangan mu sampai ke siku, dan sapulah kepala mu, dan basuhlah kaki mu sampai dengan kedua mata kaki. (Al-
Maidah ayat 6)
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 116)
----------------------oooo------------------------
No comments:
Post a Comment