Apabila kita
ibaratkan nafsu kita ini laksana nafsu binatang
yang liar yang kita hendak jinakkan, bagaimana cara-cara yang patut kita
laksnakan untuk membaiki nafsu kita itu?
Jawapan –Maka
kata ulama’ cara untuk kita jinakkan
nafsu kita yang kotor itu maka kita hinakan dia, kita daifkan dia
hingga dia dapat mengikut kita, kita membuat rasa malu pada masyarakat, rakan
serta keluarga kita.
Kata ulama’ ada
tiga perkara yang kira boleh ambil:-
(1) Kita menegahkan syahawat kita seperti umpama binatang yang liar dan
garang itu dikurangkan makanannya, dikurangkan segala kemewahannya, dikurangkan
segala kesukaannya, maka lemahlah nafsu dia
yang kotor itu.
(2) Berusaha
sungguh-ungguh mengerjakan segala ibadat yang di suruh agama kita dan hidupkan
prerasaan takut diri kita untuk balasan
Allah sama ada balasan yang akan
diterima di dunia dan juga di akhirat
nanti. Misalnya balasan orang berzina dia akan terkena penyakit ”siplis” sehingga terpotong kemaluannya.
Balasan orang yang suka menipu orang hal wang ringgit, harta benda dia akan
musnah sama ada terbakar atau tenggelam dalam air. Balasan orang yang suka memfitnah
manusia lain satu hari dia pasti Allah akan kenakan pada dia pula seperti itu bahkan lebih lagi.
(3) Memohon pertolongan dengan Allah bagi memecahkan
hati kita yang suka buat kotor itu berkali,lambat laun kita akan berjaya. Kata ulama’ ”Bahawa nafsu kotor
itu sungguh menyuruh kita dengan perbuatan kejahatan, melainkan orang yang selalu
ingatkan Allah, takutkan azab Allah, takutkan
balasan Allah, tahu apa itu azab Allah pada yang melakukan nafsu kotor itu.
Sekian dahulu. Wassala mualaikum. Wallah hu alam....
-------oooooo-------
No comments:
Post a Comment