Monday, 1 October 2012

BAB 64 - PAHALA SEMBAHYANG BERJEMAAH.












 

BAB  64 - PAHALA SEMBAHYANG BERJEMAAH.

 

Dari Ibnu Umar : Rasuliullah s.a.w. bersabda : -

 

عــَنْ اِبْنِ عـُمَرَقـَالَ :  قـَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ :



صَلَاةُ الـْجَمَاعَـةِ تـَفـْضُلُ عَلىَ صَلآةِ الـْفَسَذ ِّبِسَبْع ٍوَعِشْرِيـْنَ

 

دَرَجَـة ً.  (رَوَاهُ الـْبَخَارِيُّ وَمُسْـلِم ).

 

 

“Dari Ibnu Umar berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :


”Solat berjema’ah itu keutamaannya 27 kali lipat daripada solat sendiri.

                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ulasan :-


Mendirikan solat secara berjema’ah (bersama-sama), minimal 2 dua orang, di Masjid, di Madrasah, mahupun di rumah, pahala orang  yang melakukannya dilipat gandakan sampai 27 kali, dibandingkan dengan mendrikan soat bersendirian.


Betapa jauh bezanya pahala yang didapati oleh mukmin yang mendirikan solat secara berseorangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang  solat berjemaah di Masjid. Ini kerana apabila ia pergi ke Masjid setiap langkah yang ia berjalan ke Masjid Allah s.w.t. mengurniakan satu pahala, bayangkanlah berapa banyak pahala yang ia perolehi. Disamping itu ia juga akan di hormati dan disayangi oleh anak-anak kariah tempat yang  ia bermastautin.


Oleh kerana itu bagi yang berdekatan dengan Masjid semestinya solatlah berjema’ah di Masjid.  Bagi yang tidak dapat datang ke Masjid dengan sebab-sebab sesuatu hal, solatlah berjemaah dengan keluarga di rumah.

 
Sekian dahulu disudahi dengan :Wassala mualaikum w.m.hbrth.....
 
         -------------------------ooooooooo-------------------
        Tarikh 01 September 2010 at 17.29 hrs.

No comments:

Post a Comment