Bab 73 - Andaikata Imam
tertinggal sesatu rukun
Andaikata Imam tertinggal sesatu rukun
solat yang menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu
hendak memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam
walaupun Makmum tidak ketahui apa salahnya?
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam.
Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun
Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana
mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
فَأِنْ سَجَدَ إِمَامُهُ لَزِمَهُ مُتَا بَعَتُهُ
فَأِنْ تَرَكَهَا عَامِدًا عَالِمًا بِا لتَّحْرِيْمِ بَطَلَتْ صَلَاُتُهُ.
“Kalau sujud
sahwi imamnya, lazimnya bagi makmum mengikutinya. Maka jika makmum meninggalkan
ikut imam dengan sengaja, lagi tahu dengan haramnya, batallah sembahyangnya itu.”(Kitab
Ghayatul Bayan Halaman 120).
-----------------------0000000000000000-----------------------
No comments:
Post a Comment