Monday, 1 October 2012

Bab 74 – Maksud Tempat Sembahyang








Bab 74 – Maksud Tempat  Sembahyang

Salah satu syarat sah sembahyang ialah kebersihan tempat sembahyang. Apakah yang dimaksudkan tempat sembahyang. Apakah lantai dimana sejadah itu dihampar juga harus bersih. Bagaimana kalau sejadahnya bersih sedangkan lantainya mungkin tidak bersih?


Jawapan.


Yang di maksud tempat sembahyang, adalah tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaiannya orang yang bersembahyang. Di waktu berdiri, adalah tempat di mana kedua tapak kaki diletakkan. Di waktu duduk  di mana kain dan bahagian badan diletakkan. Di waktu sujud, di mana segala anggota sujud dan bahagian-bahagian badan dan pakaian diletakkan.  Jadi yang tidak terkena dengan salah satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan tempat sembahyang.


Umpamanya kita tengah sembahyang, di kala mahu sujud di hadapan kita jatuh tahi cecak, maka cukup kalau sujud,  najis itu di luar, ertinya  jangan  dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita.  Pada ketika itu, tidaklah yang  kejatuhan  tahi cecak itu, dinamakan tempat sembahyang, kerana tidak bersentuhan dengan anggota badan atau pakaian kita.


Adapun  lantai di mana sejadah itu dihampar, tidaklah disyaratkan suci. Asalkan jangan basah najis yang di bawahnya dan tembus pada zahir sejadah itu.    (Kitab Masalah Agama Jil 1.ms 74)

 

                          ----------------------ooooo-----------

 

No comments:

Post a Comment