Bab 78 –Orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat.
Bagimana hukumnya orang yang
meninggalkan sembahyang Jumaat dengan sengaja lebih dari tiga kali selama
beberapa tahun.?
Jawapan.
Orang lelaki yang tak ada padanya
sesuatu uzur hukumnya haram meninggalkan sembahyang Jumaat walaupun hanya
sekali, kerana sembahyang Jumaat bagi mereka adalah fardhu ’ain. Diriwayatkan hadis dari Attabarani :-
مَنْ تَرَكَ ثـَلَاث
َ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الـْمُنَافـِقِيْنَ.
(رواه الطبراني)
Barang siapa yang meninggalkan tiga kali sembahyang Jumaat,
tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang
Munafiq. Rujukan Kitab MasalahAgama Jil 1 ms 100
-------------------ooooooooooooooooo-------------------.
No comments:
Post a Comment