Monday, 1 October 2012

Bab 77 -Bagaimanakah caranya kita membayar Qadha








Bab 77  -Bagaimanakah caranya kita membayar Qadha  

Bagaimanakah caranya kita membayar Qadha  sembahyang. kalau kita merasa banyak meninggalkan sembahyang pada waktu-waktu yang telah lampau.  Dan apakah boleh kita sembahyang Qadha pada sembarang waktu terutama setelah sembahyang Subuh adan sembahyang Asar.?


Jawapan.

Mengenai cara terbaik dalam melaksanakan Qadha bahawa sunat ditertibkan atau mengurutkan Qadhanya, artinya mendahulukan Qadha Subuh sebelum Qadha Dzuhur, mendahulukan Qadha Dzuhur sebelum Qadha Asar, mendahukukan Qadha Asar sebelum Qadha  Maghrib dan mendahulukan Qadha Maghrib sebelum Qadha Isya’. Tersebut dalam kitab Fathul Muin seperti berikut:

وَيُسَنُّ تَرْتـِيْبُهُ أَيِ الـْفَاـءِـتِ فـَيَقـْضِى الصُّبْحَ قـَبْلَ الظُّهْرِ وَهَكَذَا.

“Dan disunatkan mentertibkannya, artinya sembahyang yang luput. Maka menqadha ia akan Subuh sebelum Dzuhur dan seterusnya’ (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 92)


Setelah itu perlu diketahui bahawa sembahyang Qadha itu boleh dilakukan pada sepanjang waktu, bahkan wajib melakukannya bila ada waktu terluang, teristimewa yang ditinggalkan tanpa satu uzur. Pendeknya tidak ada waktu yang terlarang untuk melakukan sembahyang Qadha, walaupun sesudah sembahyang Subuh atau sesudah sembahyang Asar.


 Kerana sembahyang-sembahyang yang dilarang pada waktu-waktu karahah itu adalah sembahyang-sembahyang yang tak mempunyai sebab  samasekali, seperti nafal mutlak dan solat tasbih, atau yang sebabnya mutakhir seperti istikharah dan sunat ihram yang dilakukan dibukan tanah Haram Makkah.  Adapun yang sebabnya mutaqadim atau terdahulu, maka tidaklah ada cegahan untuknya, seperti sembahyang Qadha walaupun Qadha sembahyang sunat, asalkan jangan “taharri” artinya menyungguh-nyungguhkan, menyengaja-nyangaja, melakukan dengan menonjol-nonjolkan unsur penantangan.

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan dari Ummi Salmah r.a. berkata:

شُغِلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْعَصْرِ

فَصَل َّاهُمَا بَعْدَ العَصْرِ. (رواه النساـءى)

Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunat dua rakaat sebelum Asar,maka dilakukannyalah sembahyang dua rakaat itu setelah sembahyang fardhu Asar (HR An-Nassai) Rujukan Kitab Masalah

Agama Jil.1 ms  92).

.

                      --------------------oooooooooooooo------------

 

 

No comments:

Post a Comment