Monday, 1 October 2012

Bab 75 – Bagaimana hukumnya solat qabliyyah








 

Bab 75 – Bagaimana hukumnya solat  qabliyyah  


Bagaimana hukumnya solat  qabliyyah  (terdahulu) Jumaat. Sesetengah orang ambil ringan sahaja tidak mahu lakukan solat dua rakaat ini sebelum Jumaat.?

Jawapan.

Sembahyang qabliyyah Jumaat sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qabliyyah sembahyang Dzuhur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban :

مَا مِنْ صَلَاةٍمُفْرُوْضَةٍ إِلَّاوَبَيْنَ يَدِ يْهَا رَكْعَتَانِ.(رواه ابن حبان)

“Tak ada satu sembahyang yang di fardhukan melainkan disunatkan sebelumnya sembahyang dua rakaat  (H.R.Ibnu  Hibban)



أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّى قـَبْلَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَ هَا رَكْعَتَيْنِ.

           (رواه ألطبرني

”Bahawa Nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.( HR Atthabarani)

(Rujukan KitabMasalah Agama Jil. 1 ms.82)

 

 

                     ---------------------ooooo---------------

 

No comments:

Post a Comment