Bab 76 – Bagaimana Sembahyang fardhu yang telah
ditinggalkan?
Betulkah sembahyang fardhu yang
telah ditinggalkan itu tidak wajib diqdhakan, walaupun ditinggalkan sebulan
atau satu tahun lamanya, hanya dengan bertaubat sahaja?
Jawapan.
Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an
yaitu: menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah
menunaikan ibadah pada waktunya yang di
tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.
Sedang pengertian Qadha menurut istilah
ialah menunaikan ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam
waktunya tetapi kurang dari kadar satu
rakaat sembahyang. Untuk jelasnya
sebagai contoh umpamanya seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali. Belum dapat satu rakaat sembahyangnya ,
seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya
itu dinamakan sembahyang Qadha.
Akan tetapi bila telah dilakukan sujud
dua kali pada rakaat pertama dania telahmasuk melakukan rakaat yang
kedua,masuklah waktu Asar,maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an
kerana dapat di dalam satu rakaat penuh dakam waktu yang ditentukan untuk
sembahyang tersebut.
Orang yang meninggalkan sembahyang
fardhu dengan sengaja, atau mengeluarkan dari waktunya dari yang telah
ditentukan dengan sengaja, adala berdosa
besar, kerana tidak boleh sekali-kali, dan tidak patut seorang Muslim
meninggalkan sembahyang fardhu tanpa
sesuatu uzur.
Uzur yang dibenarkan syara’ adalah kerana tertidur dan
terlupa. Lain-lain perkara bagi orang lelaki bukanlah uzur untuk meninggalkan sembahyang fardhu dan
orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja wajib dia
bertaubat kepada Asllah s.w.t. dengan segala syarat-syaratnya dan menyesal
tidak akan berbuat demikian lagi. Dia juga hendaklah mengqadhakan dengan segera
sembahyang yang ditinggalkannya itu. Bersabda Rasulullah s.a.w.:-
إِذَارَقَدَ أَحَدُكُمْ مِنَ الصَّلَاةِ أَوْغَفَلَ عَنْهَا
فـَلْيُصَلـِّهَا ءِ ذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللهَ
عَزَوَجَلَّ يَقُوْلُ: اَقِمِ الصَّلَوة لِذِكْرِىْ.
Apabila ketiduran salah seorang kamu sehingga meninggalkan
sembahyang atau terlupa dari padanya, maka
hendaklah dilakukannya sembahyangnya itu apabila di ingatnya, kerana
sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Dirikanlah oleh mu Sembahyang untuk
mengingat Ku.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.1 ms
88.
----------------oooo-------------
No comments:
Post a Comment