Saturday, 30 April 2011

MASALAH AGAMA ISLAM BAB 264-3267 - SIARAN 130

 Masalah 264-… Benda dan Perbuatan yag halal.

1.. Benda dan Perbuatan Yang Halal.
Satu benda atau suatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara:
a.     Halal.
b.     Haram.
c.      Syubhat.
d.     Makkruh.
e.      Mubah.
2..Makanlah yang halal.

a.     Terhadap barang yang halal secara mutlak kita di suruh oleh Allah untuk memakannya, sedangkan terhadap yang haram kita disuruh untuk menjauhkannya.
b.     Kerana makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat terkalbulnya doa, dan makanan yang haram dapat menggelapkan hati, serta terdindingnya doa kita.
c.      Firman Allah s.w.t.
يـَأَيـُّهَا النـَّاسُ كـُلُوْا مِمَّا فِى الْأ َرْضِ حَلَلًا طَيِّبًا
  وَلآ تـَتـِّبِعُوْا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ج  إِنَّهُ لَكُمْ عـَدُوٌ مـُبـِين ٌ. 
                                                    (البقرة 168)
Ertinya:  Wahai sekalian manusia ! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti langkah syaitan, sesungguhnya itu adalah musuh kamu yang nyata.  (Al-Baqarah 168)
Firman Allah s.w.t. :
كـُلـُوْا مـِن َ الطـَيـِّبـَاتِ وَاعـْمـَلـُوْا صَالِحًا.
Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh
                (Al-Mukminum ayat 51)

Huraian Ayat :
Dalam ayat di atas kita di perintahkan oleh Allah s.w.t. untuk memakan makanan yang baik-baik (halal), itu berarti kita disuruh untuk berusaha dan bekerja mencari makanan-makanan yang halal. Hal ini sama dengan kita diperintahkan untuk solat, berarti kita diperintah untuk melaksanakan wudhuk. 
Firman Allah s.w.t.
وَلآ تــَأ ْ كـُلـُوْا أ َمـْوَا لـَكـُمْ بـَيـْنـَكـُمْ بـِا لـْبـَاطـِل ِ.
Jangankah setengah kamu memakan harta setengah yang lain  dengan  secara kebatilan.               (Al-Bqarah ayat 188

Ulasan Ayat :

Allah s.w.t. telah memerintahkan kita memakan barang-barang yang baik sebelum membuat amalan yang soleh. Makanan yan baik itu maksudnya makanan yang halal oleh syarak. Dan janganlah kamu memakan secara kebatilan yakni secara haram.

Masalah 265….Hal Ehwal  Riba Itu Haram.

يـَأَ يُّهـَا ا لـَّذ ِيـْنَ آ مـَنـُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ  وَذَرُوْا مَا بـَقـِيَ مـِنَ الـرِّبـَا إ ِنْ  كـُنـْتـُمْ مـُؤْ مـِنـِيـءنَ. (ألبقرة 278)
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah dan tinggallah sisa-sisa dari riba jika kamu sekalian sebenarnya  orang-orang Mukmin.
         (Al-Baqarah 278
Firman Allah s.w.t. :
وَأِنْ تـُبـْتـُمْ فـَلـَكـُمْ رُؤُ سُ أ َمـْوَا لـِكـُمْ.
Artinya:  Jika kamu bertaubat maka bolehlah kamu mengambil semula pokok harta kamu.   (Al-Baqarah 279)

Firman Allah s.w.t. :
وَمـَنْ عـَادَ فـَأ ُوْ لَـءِـك أ َصْحَابُ النـَّارِ  هـُمْ فـِيـْهـَا خـَالـِدُوْنَ.mv
Artinya: Dan barangsiapa mengulangi lagi, maka mereka itu adalah ahli-ahli  neraka. (al-Baqarah 275)

Maksud Ayat :

Allah s.w.t. telah menjanjikan pemakan riba pada permulaan kalinya dengan peperangan dari Allah, dan pada pengakhirnya dengan ancaman masuk neraka. Ayat-ayat yang berhubung dengan perkara yang halal dan yang haram amat banyak sekail

.
266.. Tidak akan mencapai keimanan
Bagaimanakah jika seseorang Islam itu hendak mencapai iman yang hakiki.?

Jawapan.
Seseorang itu tidak akan mencapai keimanan yang haqiqi sehingga dianya ada padanya beberapa perkara yang berikut :-

      (1). Menunaikan segala fardhunya dengan di iringi sunat-sunat.
      (2). Memakan yang halal dengan penuh kewaraknya.
      (3). Menjauhi segala larangan  Allah lahir dan batin.
      (4). Bersabar dalam keadaan serupa itu sehingga ke akhir hayatnya.          (5.) Menjauhi perbuatan Syirik
 (6) Sentiasa membaca al-Quran
 (7).Keutamaan pergaulan pesrsaudaraan
 (8)  Berbaik sangka dan tidak memusuhi sesama Islam
 (9)Memberi Pengajaran dan menerima pelajaran
 (10) Wajib Menjalankan amar makruf nahi munkar
 (11).Mengikut Conton-contoh Akhlah Rasulullah s.a.w..
 (12). Melengkapkan anak  dengan budi  pekerti yang baik
 (13) Menjaga bahaya lidah dengan bertutur kata yang baik
(14) Tidak mencela marah, dendam dan dengkai sesama mamusia
(15) Tifdak kikir, tamak, kedekut dan bersifat bakhil
(16). Tidak Riak, Takbur dan bangga diri
 (Rujuk Kitab ”Bimbingan Mukminin” Imam Ghazali- m.s. 275 – 520)


267 ..Jenis-jenis Yang halal dan Haram.

Haram kerana sesuatu sifat pada zatnya ialah seperti arak, daging babi, anjing dan komponennya. Yang haram itu semuanya kotor, dan mempunyi unsur-unsur  yang merosakkan akal. Yang halal itu semuanya baik dan suci.

Firman Allah s.w.t. :

       إِ نَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتـَة َ وَالدَّمَ وَلَحْمَ  الْخِنـْزِيرِ ِوَمَا أ ُهـِلَّ بـِهِ لِغـَيْرِ اللهِ فـَمَنِ اضْطُرَّغـَيرَبـَاغ ٍ وَلَاعـَادٍ فَلاَ إِثـْمَ عـَلَيهِ ج إِ ِنَّ اللهَ غـَفُورٌرَّحـِيمٌ .  (البقرة 173)
Bermaksud:” Sesunguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang  (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa  dalam kedaan terpaksa (memakannya) sedang ia  tidak menginginkannya dan tidak  (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya  Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.           (Al-Baqarah 173  )
 Firman Allah  s.w.t. :
يـُرِيدُ اللهُ بـِكـُمُ الـْيـُسْرَ وَلَا يـُرِدُ بِكُمُ الـْعُسْرَ
Ertinya: Allah berkehendak memberikan kemudahan bagi kamu,dan Dia tidak menghendaki memberikan beban kesukaran kepada mu.
                                                                                 (Al-Baqarah 185)

Firman allah  s.w.t .:

مَا يـُرِدُ اللهُ لـِيَجْعل َعـَلَيـْكْمْ مِّنْ حـَرَجٍ   وَلـَكِنْ يـُرِيـدُ لـِيُطَهـِّرَكُمْ وَلـِيُـتِمَّ نِعْمـَتـَهُ عـَلـَيْكُمْ لَعـَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ . (المأيده 6)

Maksudsnya:
Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu  beban yang berat, tetapi Dia berkehendak untuk membersihkan kamu dan  menyempurnakan nikmatNya kepada mu supaya kamu berterima kasih.
           (Al-Maidah  6)

268.... Jenis-Jenis yang haram.

Haram kerana sesuatu sifat pada zatnya ialah seperti arak, daging babi, anjing dan komponennya. Yang haram itu semuanya kotor, dan mempunyi unsur-unsur  yang neroskkan akal. Yang halal itu semuanya baik dan suci.


     (1) Semua benda-benda yang dimakan  yang terdapat di atas muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian:-
           a.  Benda galian sepert garam dll.
           b.  Benda tumbuh tumbuhan.
           c.  Binatang-binatang.

     (2).. Benda-benda galian.

Terdiri dari beberapa bahagian bumi dan segala yang keluar dari bumi, maka hukumnya halal, kecuali jika ia mendatangkan mudarat bagi orang memakannya, atau terdapat seperti racun dan kekotoran yang jijik yang boleh merosakkan akal fikiran pemakannya.

     (3).. Tumbuh-tumbuhan.

Segala tumbuhan tidak haram memakannya, kecuali ada unsur-unsur
 yang boleh merosakkan akal fikiran dan memusnahkan kehidupan atau menggangu kasihatan seperti pohon ganja, arak, dan segala yang boleh memabukkan.
   
     (4).. Binatang-binatang.

Segala binatang terbahagi kepada yang boleh dan yang tidak boleh di makan. Yang boleh di makan itu hanya disembelih dengan sembelihan yang di aturkan oleh syariat Islam. Yang mati begitu sahaja sebagai bangkai maka haram di makan, kecuali ikan. Anjing dan babi serta anak cucu yang terbit darinya adalah haram.

     (5)  . Tingkatan halal dan haram.

Terbahagi kepada empat bahagian
(a) Orang yang menjauhkan diri dari segala perkara haram yang dipetuakan oleh syariat Islam.

(b). Orang yang dengan menghindarkan diri dari perkara yang syubhat kerana takut kemungkinan berasal dari yang haram.

         (c).  Orang yang Warak terhadap perkara yang tiada smar-samar lagi  
     tenteng penghalalnya, tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram,  
     iaitu seperti meninggalkan perkara yang harus dilakukan kerana bimbang  
     kalau-kalau perkara itu tidak harus dilakukan.

 (d) Orang yang Warak melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa  yang menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya atau diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa kepada Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadanya.


  (6)..Yang haram maka pendahuluannya juga haram.

Islam mengharamkan perbuatan zina, maka semua pendahuluannya adalah haram dan apa saja yang dapat membawanya  kepada perbuatanan itu, adalah haram. Seperti berdua-duaan, bercampur dengan bebas , gambar-gambar bogel, nyanyi-nyanyian kegila-laan adalah haram. Seperti arak, Rasulullah melaknat kepada yang meminumnya, yang membuatnya, yang mengeluarkannya, yang membawanya, yang mengedarkannya, yang diberinya, yang menjualnya, yang bekerja dengan urusannya, yang menyimpannya, yang membantu meminjam perkakas untuknya, dan seterusnya  selagi ada kaitan dengannya.
Seperti arak, Rasulullah melaknat kepada yang meminumnya, yang membuatnya, yang mengeluarkannya, yang membawanya, yang mengedarkannya, yang diberinya, yang menjualnya, yang bekerja dengan urusannya, yang menyimpannya, yang membantu meminjam perkakas untuknya, dan seterusnya  selagi ada kaitan dengannya.


(7).. Tukang Sihir.

Rasulullah saw menilai sihir sebagai salah satu dari dosa-dosa besar  yang boleh merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada peribadi dan dapat menurunkan darjat  pelakunya  di dunia ini sebelum pindah ke kampung akhirat.

(8)... Memakai Tangkai/Azimat.

Islam melarang keras kepada umatnya untuk memakai atau bergantung  kepada tangkal atau  azimat kerna yang demikian itu, dapat melunturkan dan menghilangkan  kemurniaan Tauhid yakni ada benda selain dari Allah yang boleh di harapkan. Mereka juga akan terjatuh ke dalam amalan syirik.

(9)... Yang DiHaramkan dalam Akhlak.

a.     Amalan riyak.

b.     Riyak adalah menampakkan atau memperilihatkan sesuatu amalam ibadat kepada orang lain supaya dihormati dan disanjunginya.  Misalnya seorang yang melakukan solat, zakat, haji, bersedekah, membaca al-Quran dengan  motif ia adalah seorang yang hafal Quran dan sebagai lagi.

c.      Perbuatan itu adalah diharamkan

     Haram derhaka  kepada kedua ibubapa.
 Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan suaah-payah dan melahirkannya dengan susah payah pula; mengandung dan dan menyusukannya selama 30 bulan.
                                      (Al-Quran  )

(7)... Membuat Ghibah (Fitnah)adalah haram.

 Firman Allah swt dalam al-Quran surah Al-Hujrat ayat 12) Bermaksud:

“Hai oranng-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya sebahagian perasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu memfitnah sebahagian yang lain.”
Sukakah salah seorang di antara kaumu memakan  daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.         (Al-Hujarat ayat  12    
            
Ulasan ayat:-

Ghibah atau memfitnah adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain  di belakang orang yang yang bersangkutan, yang apabila orang itu  mendengarnya ia menjadi marah. Keburukan yang dibiacrakan itu baik tentang keadaan dirinya sendiri atau keluarganya, badannya atau akhlaknya. Islam melarang perbuatan yang demikian.

Ghibah adalah haram hukumnya , bahakan termasuk dosa besar, sebab mengandungi ancaman  yang buruk sesama Islam. Ada juga Ghibah yang boleh dilakukan iaitu “Untuk mengadukan orang yang menganiya padanya kepada Hakim atau pihak yang berwajib untuk meneylesaikan aduannya.”

(8)...Perbuatan Dusta.

Firman Allah s.w.t.:


إِنـَّمَا يـَفـْتـَرِى الـْكَذِبَ الـَّذِينَ لَا يـُؤْمـنُون َ بـِءَـايـَتِ اللهِ ج وَأُوْلَـءِـكَ هـُمُ الـْكـَذِبـُون

Artinya: “Sesungguhnya yangmengada-ngadakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orangyang penmdusta.        (Al-Nahl ; 105



(9)..-Peringkjat syubhat.

Sabda Rsulullah s.a.w.: (284)

 ا َلْحَلاَلْ بَيْنُ وَالْحَرَامُ بَيْنُ وَبَيْنَهُمَا أ ُمُوْرً مُشـْتـَبِهَاتً لَا يَعْلَمُهَا كَثـِيْرً مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتـَّقَى الشُّبَهَاتِ فـَقـَدِ اسْتـَبْرَأَ لِعِرْ ضِهِ
 وَدِيْنِهِ وَمَنْ وَقَعَ فَي الـْحَرَامِ كَالرَّاعِيْ حَوْلَ الْحِمَي يُوْشِكُ أ َنْ يَقَعَ فـِيْهِ.
Ertinya:

Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan yang haram juga telah nyata dan di antara kedua perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai  tiada mengetahui, orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara  yang syubhat itu, samalah seperti orang yang  telah melindungi agamanya dan kehormatannya.
Orang yng tergelincir ke dalam perkara-perkara  yang syubhat  itu akan tergelincir  pula ke dalam perkara haram, laksana seorang pengembala yang sedang mengembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai, lalu memasuki tempat larangan itu.

Ulasan  Hadis.

Hadis tersebut merupakan suatu nas yang menunjukkan tiga bahagian dari peringkat hukum:

      a.    Perkara Syubhat yang jarang  diketahui orang ramai.
      b.    Perkara Halal  yang sudah jelas.
      c.    Perkara Haram yang sudah   diketahui hukumnya.

(10)..Perkara Syubhat.

 Syubhat ini ada beberapa hal yang harus diperhatikan iaitu adanya keraguan pada sebab-sebab yang menghalalkan  atau nemengharam-kannya. Kiranya kemungkinan dua-dua itu  halal dan haram sama maka dikembalikan pada hukum yang telah ada sebelumntya.

Hukum inilah yang) maka hendaklah di hukumkan menurut kemungkinan yang baru yang telah mengatasi itu

Ulasan perkara syubhat.

(1) Perkara yang telah nayata pengharamannya sebelum itu, kemudian timbullah keraguan  dalam dalil  atau hujah  untuk menghalalkannya, perkara serupa inilah yang dikatakan syubhat yang harus dijauhi, dan diharamkan memberanikan diri  untuk menghalalkannya.

    (2) Perkara yang diketahui penghalal- nya, lalu timbullah  keraguan 
    dalam dalil  atau hujah  untuk mengharam- kannya, maka hukumnya yang
    diberatkan ialah halal  dan harus dipegang dengan hukuman yang tersebut 

  (3) Perkara yang asalnya sudah jelas haram, akan tetapi timbullah   
   sesuatu     sebab yang mewajibkan perkara itu menjafdihalal dengan
   suatu sangkaan    yangh  kuat, sedangkan perkara itu masih  juga
   dalam keraguan, hanya   yang patut diberatkan ialah penghalalnya.
   Dalam perkara serupa ini haruslah diperhatikan sebabnya  terlebih   
   dahulu kiranya kemungkinan penghalalnya bersandar kepada suatu  
   sebab yang muktabar dalam hukum syariat,  Maka hukum yang dipilih
   untuknya ialah halal.  Hanya menjauhi dikira suatu kewaraknya.     

Misalnya:

Seorang pemburu  memanah saekor buruan, tetapi binatang itu dapat melarikan diri, sehingga bila dia ditemui didapati binatang itu sudah mati, dan tidak ada tanda-tanda lain pada badan binatang itu hanya anak panah pemburu itu saja, pada hal berkemungkinan sekali bahawa binatang itu mati kerana jatiuh terhempas atu kaerana sebab-sebab lain, bukan kerana anak panah pemburu tadi.  Maka dalam hal yang serupa ini hukum yang dipilih  oleh syariat ialah halal. Kerana luka tersebab anak panah  tadi adalah sebab yang lahir yang menjadikan binatang itu kerana terkena anak panah dan bukan kerana lain. (286)

(Rujukan Kitab ”Bimbingan Mukminin” Imam Ghazali,m.s. 284)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Friday, 29 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 262-263 - Siaran pos 129




Masalah 262 ...– Apakah yang dikatakan Rukun Islam itu?

Jawapan.
1..Mengucap dua kalimat syahadat.

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Islam  itu dibina di atas lima asas iaitu Syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah.  Kedua ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Keempat ialah  membayar zakat dan Kelima ialah menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkuasz.”
Hadis tersebut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membincangkan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib di ketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh satiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam.
 Makna Syahadat
Kalimah Syahadat itu ialah:-
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلـَـهَ إِلَّااللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّـدًا رَسُـوْلُ اللهِ
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah.”

Kalimah tersebut dinamakan “Dua Kalimah Syahadat” kerana ia mengandungi dua bahagian syahadat.  Syahadat pertama  ialah ”La ilaha illallah ” لا اله الا الله  yang bererti tiada Tuhan melainkan Allah.  Syahadat kedua pula ialah “Muhammad Rasulullah”
محمدا رسول الله  yang bererti Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah. Kalimah itu juga disebut Kalimah Tauhid.

Dua kalimah itu mestilah diikrar sekaligus.  Seseorang yang menyebut atau menerima separuh sahaja seperti ”Asyhadu allaa ilaha illallah ”  اشهدان لا اله الاالله  Adalah tidak memadai dan tidak sah dia menjadi seorang Islam.  Oleh itu wajib ikrar kedua-duanya. Sebab itulah dinamakan Dua Kalimah Syahadat.

2.. HUKUM MELAFAZKAN SYAHADAT.

Setiap orang yang melafazkan sayahadat dengan kesukaan dan kerelaan hatinya untuk menganut Islam menurut hukum Islam adalah dianggap seorang Islam atau Muslim yang  mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam, dan wajib dikenakan ke atasnya segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam.

Tidak wajib atas kita untuk mengetahui sejauh mana kebenaran atau kesilapan sayahadatnya, kerana kita hanya dipertanggungjawabkan untuk memberi hukum berdasarkan apa yang zahir sahaja. Hakikat di hatinya terserahlah kepada Allah.  Andainya dua kalimah syahadat yang diucapkan menepati antara lidah dan hatinya itulah sayahadat yang benar.  Sementara syahadat dengan lidah tetapi tidak diyakinnya dengan hatinya disebut syahadat yang dusta (syahadat al-Zur).
Kalimah ”La ilaha illallah”  لا اله الا الله  (Tidak ada Tuhan melainkan Allah).  Susunan kalimah syahadat ini dimulai dengan perkataan ”tidak” yang bertujuan ialah untuk menafikan segala rupa bentuk tuhan, kepercayaan, keyakinan dan akidah dan sebagainya. Ertinya seorang Islam itu hendaklah terlebih dahulu membersihkan hatinya daripada segala bentuk kepercayaan, keyakinan dan fahaman terhadap benda lain yang lebih berkuasa di dunia ini dan meyakini sesungguh-sungguh akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang Maha Esa.  Dengan itu akan selamatlah seseorang itu daripada kesesatan hidup di dunia ini, kemudiannya akan menjaminkan keselamatan hidupnya di dunia dan di  akhirat. Itulah kepercayaan yang dibawa dan diajar kepada seluruh manusia  dan jin oleh Nabi Allah Adam a.s., kemudiannya diikuti oleh Nabi Allah Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Musa hingga Nabi Muhammad s.a.w.

Syahadat kedua ”:Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”     واشهد ان محمدا رسول الله
(Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah).  Syahadat kedua ini menunjukkan bahawa orang yang mengucap dua kalimah syahadat ini  mengaku dirinya tunduk, patuh dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dan utusan Allah dan dengan itu mengaku akan menurut segala ajaran tanpa ragu-ragu lagi.

3.. KONSEP SYAHADAT

Setiap orang Islam, sama ada Islamnya adalah Islam keturunan yang diwarisi daripada kedua ibubapanya ataupun tidak adalah diwajibkan mengetahui dan memahami konsep syahadat atau makna-makna yang terkandung dalam dua syahadat.  Ini adalah disebabkan semakin luas dan mendalam kita mengetahui, mengerti dan memahami konsep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadat itu,iaitu:

a.       Dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran Islam.
b.      Dibuktikan dengan menunaikan zakat.
c.       Dibuktikan dengan menunaikan ibadat puasa Ramadhan.
d.      Dibuktikan dengan menunaikan ibadat haji ke Mekah,bagi yang berkuasa sekali seumur hidup.
e.       Kezuhudan hidup di dnia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar, dan perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah.

Seseorang Muslim yang membuktikan penyaksiannya atas kebenaran Allah dan Rasulnya dengan lima ciri amalan fardhu tersebut, yang juga merupakan asas kepada binaan Muslim yang dijanjikan oleh Allah mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

4.. SYARAT-SYARATR DUA KALIMAH SYAHADAT.

Syarat-syaratnya ialah:-

a.       Wajib mengetahui lafaz Dua Kalimah Syahadat itu, wajib mengetahui maknanya dan kandungannya.
b.      Wajib mengikrar dengan lidahnya serta hendaklah mengucapkan (membaca) dua kalimah syahadat dengan selengkapnya
c.       Wajib menyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau merasa sangsi kebenaran isi dua kalimah  syahadat itu
d.      Hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak-kehendak dua kalimah syahadat itu dan menolak segala apa jua yang bertentangan dengan maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadat itu.

5..HUKUM-HUKUM YANG BERHUBUNG DENGAN DUA KALIMAH SAYAHADAT.

Seseorang yang telah melafazkan syahadat dengan kerelaan dan kesedarannya sendiri dengan tujuan menganut Islam, maka dengan itu sahlah dia menjadi sorang Muslim, dan tertakluklah dia kepada hukum-hukum syariat Islam. Tidak ada seseorangpun yang dapat mengecap atau menuduh atau menghukum seseorang itu menjadi kafir melainkan Allah sahaja.
Seseorang Islam itu tidak boleh dihukum kafir yang mengeluarkan dirinya daripada Islamnya melainkan dengan sebab-sebab berikut:-

a.       Mengengkari dan mendustai setiap sesuatu yang telah dinaskan dan difardhukan oleh Islam sebagai wajib diimani, sama ada keingkarannya itu dengan hatinya atau niatnya sahaja. Keengkaran ini tersembunyi dalam batin diri yang tidak diketahui melainkan oleh Allah sahaja) atau dengan lidah dan kata-katanya (atau apa jua yang dikitiraf sebagai kata-kata sahaja seperti mengingkari, menafikan melalui kata-kata akan ketuhanan Allah, termasuk juga menghalalkan yang haram atau mengharamklan yang halal).  Sama ada keingkaran dengan lidah dan kata-kata itu atau kerana keangkuhan atau ’inadnya atau mempersendakannya.

b.      Melakukan amalan atau perbuatan yang ada nasnya bahawa semata-mata dengan melakukan perbuatan atau amalan itu menyebabkan dia kafir seperti melakukan penyembahan yang dinaskan oleh Islam sebagai kafir, atau memakai sesuatu sebagai kafir atau memakai sesuatu yang melambangkan  sebagai kepercayaan atau penyembahan dalam agama kafir
.
c.       Hukuman ini Dia tertakluk kepada  (1) Dia tidak jahil, iaitu setelah sampai seruan kebenaran dan seteah dikemukakan hujah-hujah, (2) Dia tidak tersalah (al-Khata’) atau (3) Dia tidak  dipaksa.

                  Sekian penerangan tentang Rukun Islam.
                (Rujukan: Kitab Asas-Asas Fardhu ’Ain oleh Ustaz Endut, m.s. 3- 6)


--------------------------------ooooooooooo-------------------------------

Masalah  263 - Apakah yang dikatakan dosa kecil dan dosa besar itu.

Ketahuilah bahawasanya dosa itu terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil. Dalam menentukan dosa besar dan dosa kecil telah berlaku pertelingkahan antara para ulama’. Setengah mereka mengatakan tidak ada dosa besar dan dosa kecil, bahkan semuanya dosa itu tingkatannya sama belaka.  Sebab setiap penentangan terhadap perintah Allah s.w.t. dan laranganNya dikira sebagai berdosa sahaja. 

Tetapi pendapat ini adalah lemah disebabkan adanya firman Allah s.w.t. seperti berikut  yaang bermaksud:-

”Jika kamu menjauhi fdosa-dosa besar yang dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan kamu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”
                                      (Al-Quan surah An-Nisa’ ayat 31)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:-

”Orang-orang yang menjauhi doda-dosa besar dan perbuatan keji, kcuali  kesalahan-kesalahan yang kecil”
                                      (Al-Quran surah An-Najmu Aat 32)

Abu Talib al-Maki berkata bilangan dosa-dosa besar itu semuanya berjumlah tujuh belas iaitu hasil penyelidkannya dari berbagai Hadis dan Atar:

              (1). Empat macam daripadanya berkaitan dengan hati:-
a.     Syirik kepada Allah.
b.     Berkecimpung terus menerus dalam maksiat.
c.      Putus asa dari rahmat Allah s.w.t.
d.     Merasa diri aman dari balasan Allah s.w.t.

               (2).  Empat macam lagi berkaitan dengan lidah:

a.         Bersaksi bohong.
b.        Menuduh orang berzina.
c.         Melakulan perbuatan  sihir.
d.        Mengucapkan sumpah palsu.


               (3).   Tiga macam lagi berkaitan dengan perut:

a.     Minum arak.
b.     Makan harta anak yatim dengan inanya mererka.
c.      Makan riba sedangkan ia tahu riba itu haram.

               (4).    Dua macamlagi berkaitan dengan alat kelamin

a.      Berzina.
b.     Melakukan perbuatan lewad.

               (5).    Dua macam lagi berkaitan dengan kedud-dua
                        belah tangannyya.   (a) Mencuri (b)Memukul orang.

               (6).   Satu lagi mengenai melarikan diri dari peperangan.

               (7).   Satu lagi mengenai menderhaka kepada kedua ibu
                       bapa.

Dosa-dosa kecil.
Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Di antara sebahagian dari dosa-dosa kecil itu ialah:
                     (1). Mengumpat kepada orang
                    ( 2). Berdengki khianat
                    ( 3.) Bercakap takbur
                    ( 4).  Perbuatan riak diri
                    ( 5). Marah dan berdengki            
                    ( 6). Berdendam
                     (7). Tamak dan haloba 
                    (8).  Takbur dan bangga diri
                   ( 9).   Menipu orang ramai
                   (10).  Memutus solitarahim
                   (11).  Bakhil, kikir dan kedekut
                   (12).  Gibah atau buat fitnah.

Dosa-dosa kecil ini boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus tanpa hentian.  Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil, dan bukanlah dosa besar pula sesudah
dipohonkan ampun pada Allah s.w.t. dan tidak di ikuti lagi dengan perlakuan dosa-dosa tersebut lagi.

Janganlah kita memandang enting terhadap sesuatu dosa kecil itu, sebab setiap dosa yang dipandang berat dan besar oleh seseorang hamba, teapi menjadi kecil di sisi Allah sw.t.dan yang dipandang kecil itu tetapi menjadi besar pula di sisi Allah s.w.

Sesungguhnya hendaklah menganggap sesuatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar dengan timbul di hati yang kurang senang  dan benci terhadap perlakuan dosa itu. Orang mukmin itu akan memandang dosanya seperti gunung di atas kepala yang  pada bila-bila masa sahaja akan menimpanya.  Orang-orang yang munafiq memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas batang hidungnya lalu di usirkan sahaja.    







---------------------------ooooooooooooo-------------------------------