Tuesday, 19 April 2011

Masalahazgama Bab 112 - 113 - Siaran pos 88

 Email   - hjdan@myjaring.net
اَسَّلاَمُ عـَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَتـُهُ


Masalah  112  .Apakah cara terbaik untuk qada solat?

Apakah cara terbaik untuk mengqada sembahyang yang ditinggalkan ?

Jawapan.

Sebaik-baik masa untuk mengqada sembahyang  ialah dilakukan segera apabila teringat. Menangguhkan waktu qada sembahyang adalah dibenci Allah. Malah kalau  seseorang yang  qada sembahyang itu tiba-tiba mati manakala dia dikira sebagai berdosa.

Berbalik kepada cara terbaik ialah sembahyang qada itu sebelum sembahyang fardu itulah yang terbaik.  Ini adalah kerana dua sebab:

a.     Ia yang dilakukan segera memang disuruh.

b.     Sembahyang qada sifat kedudukannya memang dahulu dari sembahyang fardu.  Sebagai contoh kalau kita tinggalkan sembahyang Zuhur sehingga masuk waktu Asar, tentu Zuhur sifanya lebih dahulu dari Asar maka elok diselesaikan qada Zuhur.

Walau bagaimanapun kalau kita berhadapan dengan sembahyang jemaah sama ada di surau atau masjid maka utamakan sembahyang fardu yang berjemaah. Ini adalah kerana berjemaah diperintahkan sebagai fardu kifayah.  Dalam hal  ini kalau dia mendahulukan qada nescay dia tertinggal jemaah, bukan sahaja dari segi pahala dia rugi manakala dia dianggap sebagai tidak pandai menilai mana yang utama.
 (Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006).

113
Masalah 113.Bagaimana beramal soleh dan bertaubat?
Bagaimnakah yang dikatakan beramal soleh dan bertaubat  itu?

Jawapan.
Firman Allah s.w.t.


وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ

 جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ

خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا.
        ( At-Talaq;  ayat 11)

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.   
Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka  
)At-Talaq; ayat 11(



Huraian.

Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t.  membangkitkan  yang beriman kepada Allah s.w.t.

Bagaimana beriman itu, kita kembali kepada 6 Rukun Iman  iaitu:-

1.       Beriman kepada Allah.
2.       Beriman kepada Malaikat
3.       Beriman kepad KitabNya
4.       Beriman kepada Rasul-Rasul Nya
5.       Beriman kepada Hari Akhirat
6.       Berimankepada Qada’ dan Qadar.

Perkara yang kedua Allah s.w.t. ingatkan barang siapa Beramal Soleh maka mukmin itu akan di masukkan  ke dalam syurga.

Bagaimana beramal soleh itu ialah:

1.   Sentiasa mengerjakan solat wajib yang lima waktu.
2.   Mengerjakan soloat-solat sunat yang di suruh

a.    Solat Tahajjud
b.   Solah Tasbih
c.    Solat Taubat
d.   Solah Hajat
e.    Solah Witir
f.     Sola Awwabin
g.   Solat Dhuha
h.   Solat Al-Isyraq

3.   Menunaikan Zakat
4.   Memberi sedekah
5.   Membuat  Wakaf

6.    Menjauhkan perkara-perkara yang ditegah.

(a)             Segala perbuatan haram
(b)            Berdengki kianat
(c)             Memutuskan tali persehabtan
(d)            Becakap takbur dan bohong
(e)             Munkir janji
(f)              Bersifat bakhil dan kedekut
(g)            Menipu sesama Islam
(h)            Berjudi
(i)              Berzina
(j)              Mimum arak
(k)            Dan banyak lagi

        7.Maka jika beramal soleh Allah berjanji akan masukkan kita 
       ke syurga.


وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ  (البقرة 82)

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
                  (Al-Baqarah ayat 82)



  8.     Bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Firman
Allah:-


وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.  وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا (3(
Maksudnya:
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
                             
(Al-Quran Surah At-Talq ayat 2 dan 3) 
Firman Allah lagi :
       فـَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِـقـَآءَرَبـِّهِ فـَلـْيِعْمَلْ عَمَلً صَلِحًا وَلَايُشـْرِكْ  بـِعِبـَادَة ِ رَبـِّـهِ أَحـَدَا. (110)
   Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan ‘amal yang solih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannaya.
                            (Al-Kahfi ayat 110)

Firman Allah s.w.t.

يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا.
  (التحريم: 8)
 Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas).
Demikian  bahawa setiap insan di atas  dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha  Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik


  Firman Allahs.w.t. ”-


وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ
    يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا.  (النساء (110)

 Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi,  Allah Pengampun lagi penyayang.   (An-Nisa’ ayat 110)
Firman Allah s.w.t.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya  Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.         
                                                     (Al-Zumar ayat 53)
Firman Allah lagi :-
      إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya.             (Al-Baqarah: 222)


Firman Allah s.w.t. lagi :-

وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ
     لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.  (النور 31)
 Ertinya:  Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.

Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara:
     (1)  Menyebabkan ilmu taubat itu kita
            mengenal tentang besarya  dan beratnya dosa-dosa    
           kita itu.
      (2)   Dosa itu sebagai Tabir  yang  menyebabkan 
             keadaannya   kita terpisah dengan  
            Allah s.w.t.

(3)             Menyebabkan perbuatan kita meninggalkan dosa
           yang  sedang bergelumang dalam diri kita.

Seruan.
         Kerjakanlah amalan-amalan yang solih dan Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat.

          Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.


                ---------------ooooooooo-----------------




No comments:

Post a Comment