Wednesday 27 April 2011

Masalah Agama islam Bab 240 - 242 - Siaran 119




Masalah 240- Kenapa Imam baca surah yang asama setiap hari?

Saya dapati Imam di masjid saya melakukan sembahyang waktu membaca surah yang sama sahaja setiap  kali sembahyang. Adakah perkara itu baik?

Jawapan.
Membaca surah di dalam sembahyanag bukanlah termasuk dalam rukun sembahyang yang 13 perkara itu. Ini bermaklna kita tidak wajib membaca surah di dalam sembahyang.  Bacaan surah itu hukumnya sunat sahaja. Berarti sunat itu buat dapat pahala dan kalau tidak buat tidak kena apa-apa. Cuma kuranglah pahala keseluruhannya dan tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w.  Sebenarnya sunat dalam membaca surah ini ada beberapa peringkat, di antaranya:
1.     Baca sebarang ayat yang pendek kerana ada makmum yang kurang sehat.
2.     Baca surah mengikut turutan Al-Quran.
3.     Baca surah yang mengikut keadaan masa seperti malam Jumaat bacalah surah Al-Jumaat. Juga seperti waktu malam dibaca Surah Al-Syamsi dan Surah Al-Lailli. Pada pagi Jumaat bacalah Surah As-Sajjdah dan Al-Insan. Sembahyang Hajat Ayat Kursi dan Surah Ikhlas dan sebagai lagi.
4.     Baca surah yang ditentukan oleh Rasulullah s.a.w.  ini adalah yang lebih sekali.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 23)

Masalah 241- Sahkah orang yang tidak fahanm bacaan dalam solat?

Tidak faham bacaan sembahyang.  Sahkah sembahyang saya tanpa mengetahui makna bacaan dalam sembahyang?

Jawapan.
Jika seseorang bersembahyang mengikut peraturan syarat dan rukunnya pastilah sembahyang yang anda lakukan itu sah. Dalam sembahyang terdapat 13 rukun, ianya bermula dengan niat dan diakhiri dengan salam.  Rukun ini dibahagi kepda tiga bahagian iaitu:-

1.      Rukun Qauly – mengandunhgi segala bacaan yang wajib.
2.      Rukun Fekly – mengandunhgi segala gerak geri dalam sembayang.
3.      Rukun Qalby – perkara yang melibatkan hat  seperti niat.

Manakala syarat sah sembahyang pula seperti suci dari hadas kecil dan hadas besar, Suci badan, pakaian dan termpat sembahyan dari najis.
Menutup aurat, tahu masuk waktu  dan mengadap kiblat. Jika seseorang itu bersembahyang menepati ketiga-tiga rukun itu bermakna sembahyang itu sudah sempurna. Perlu diingat memahami makna bacaan dalam sembahyang tidak termasauk dalam syarat sah sembayang dan tidak juga termasuk dalam rukun yang tiga itu. Oleh itu tidak memahanmi makna bacaan dalam semabyang tidak mencacatkan sembahyang. Ertiny  sembahyang itu sah.
Bagaimanapun memahami makna bacaannya adalah lebih baik dan dinasihati  agar supaya mempelajarinya.
Sementara itu anda cubalah membaca Perukunan Sembahyang dan ambil fahamlah segala  maknanya kerana sembahyang anda itu akan menjadi lebih khusyuk lagi.

Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 48)


Masalah 242- Semasa Sembahyangh memejam mata?

Sahkah sembahyang seseorang itu sekiranya semasa sembahyang dia memejamkan matanya untuk dia menjadi lebih khusyuk lagi?

Jawapan.

Dalam sembahyang seseorang itu mestilah tepat kiblatnya  yang tiga itu baharulah sah sembahyangnya itu.

1.     Kiblat mata – Melihat ke arah tempat sujud atau tempat berdiri ketika rukumk’
2.     Kiblat dada – Menghadap ke arah Baitullah di Makkah.
3.     Kiblkat hati – Hati tertumpu kepada mengingati Allah.
Sembahyang yang sempurna mesti tepat kepada tiga kiblat di atas. Jadi dengan kaedah di atas jelaslah mata tidak boleh dipejam semasa sembahyang. Hukumnya makruh kerana tidak  tepat dengan arahan kiblat mata. Memejam mata bukanlah cara hendak khusyuk tetapi kadangkala dikala itu teringat pula parkara-perkar lain  dari hal sembahyang maka rosaklah sembahyang itu.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 46)








---------------------ooooooooooooooo-------------------------

No comments:

Post a Comment