Masalah 129 .Baca Bismilla.... angkagt Hadas Besar
Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambil air semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?
Jawapan.
Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.
Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.
Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ
تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)
Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-
”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkanlah baginya mengulanginya.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)
Masalah 130. Makan, Minum,dan solat semasa hadas besar
Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?
Jawapan.
Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.
Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:
وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.
Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”
Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:
لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.
Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haid akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.
Maslah 131. Berzikir dan selawat semasa bernifas
Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?
Jawapan.
Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )
No comments:
Post a Comment