Tuesday, 26 April 2011

Masalah agama Isalam Bab 221 - 225 Siaran pos 16


Masalah 221- Apakah itu Maksum?   Ms 288

                  Yang dimaksudkan dengan sifat maksum para rasul dan Apakah  
                   nyatakan sebab kenapa mereka perlu bersufat maksum.
                  (Akidh 154)
                  Jawapan.

                  Hendaklkah kita beriman bahawa para rsul  itu adalah maksum  
                 (tidak melakukan sebarang dosa) dan terpelihara diri mereka
                 daripada apa sahaja sifat dan tabiat yang boleh mencacatkan agama 
                 dan menjejaskan  ketaatan mereka terhadap Allah swt. atau
                 tanggungjawab mereka menyampaikan  risalah  kerasulan yang
                 dibebankan   Allah kepada mereka itu Rasul-rasul itu selaku utusan
                 Allah tidak mengenepikan dan meninggalkan  kewajipan mereka,
                 dan tidak pula melanggar larangan Allah, dan juga tidak melakukan 
                 sesustu perbuatan yang bertentangan   dengan akhlak-akhlak yang
                  luhur  dan terepuji ( tidak melakukan sebarang pengkhianatan).
                  Akidh 154)
        
                  Masalah 222 – Hadis solat-solat sunat?   Ms 289
Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?
Jawapan:

Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Sallah s.w.t.:

وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا.  ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
                                                              (Al-Israq ayat  79).

Terdapat beberapa  banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:

a.      Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.”  Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”

b.     Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”

c.      Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”

d.     Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”
e.      Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”

f.       Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”
g.     Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah
h.    
                  Masalah 223   – Hadis solat-solat sunat?    Ms 284
Mohon senaraikan solat-solat rawatib muakad dan rawatib tidak muakad.?
Jawapan.

1.     Sunat rawatib yang muakad iaitu sunat yang dituntut dan sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. :
a.     Dua rakaat sebelum Subuh.
b.     Dua rakaat sebelum Zuhur
c.      Dua rakaat selepas Zuhur.
d.     Dua rakaat selepas Maghrib
e.      Dua rakaat selepas solat Isyak.

2.        Sunat rawatib yang tidak muakad ialah :
             a. Dua rakaat sebelum Maghrib.

             b. Dua rakaat sebelum Isyak.

             c. Dua rakaat sebelum Zuhur.

             d. Dua rakaat selepas Zuhur.

f.       Dua rakaat sebelum As






Masalah 224 - Terlupa Niat  Puasa Sunat.   ms 284
Saya ingin berpuasa sunat hari Isnin tetapi pada malam itu saya terlupa hendak niat puasa sunat itu, dan pada pagi-pagi itu baru saya niat, sahkah puasa saya itu?

Jawapan.

Puasa anada itu adalah sah kerana puasa sunat dibolehkan berniat   pada pagi-pagi itu apabila kita terlupa berniat pada malamnya. Tetapi apabila puasa Ramadan kita mistilah berniat pada malamnya.  Jika kita berniat pada siang hari itu maka puasa kita itu tidak sah.

Masalah 225 -Masalah niat puasa: ms 285

    (1).  Tidak sah puasa tanpa niat, baik puasa wajib dalam bulan          
     Ramadhan, ataupun puasa-puasa yang lain, walaupun puasa
      sunat.(1)
    (2).    Niat itu mestilah disabitkan pada malam hari, sebelum
    terbit  fajar, dan ia mestilah dilakukan setiap hari. Baik untuk
    Ramadhan, puasa nazar, mahupun puasa kaffarah dan ia itu
   mestilah dengan ta’yin,  yakni menyatakan puasa yang akan
    dilakukan. Bagaimanapun untuk puasa sunat, adalah sah    
    diniatkan   sebelum tergelincir matahari.(2)
       
 (3).     Apabila seseorang tidak berniat pada malam, kemudian dia   bersetubuh sebelum tergelincir matahari, maka tiadalah wajib   kaffarah atasnya, walaupun dia berdosa.(3)
(Kaffarah maknanya  lihat para 15.diatas)

     (4).   Niat puasa itu hendaklah dilakukan setiap hari, baik puasa
  Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar, puasa kaffarah mahupun
  puasa sunat. Demikian juga pendapat Abu Hanifa dan Ahmad
  Hambal.(5)
             (5).   Apabila seseorang berkata ”Saya makan sahur untuk  
            berpuasa, atau saya akan minum untuk mengelakkan kehausan
            pada siang hari, atau saya tidak makan, minum dan bersetubuh
            kerana khuatir terbit fajar,” maka sudah terlintas dalam hati
            seseorang  keinginan untuk berpuasa, maka ia sudah  dipandang
           sebagai niat puasa. Inilah pendapat yag tahqiq mazhab Shafei’i.(8)

               (6)  Apabila seseorang itu lupa berniat pada malam hari
                             
                   Hingga fajar, maka tidak sah puasanya  itu.  Bagaimanapun dia
                   wajib imsak (menahan diri) pada siang hari dan wajib
                   mengqadha puasanya itu.(10)

                  (7).       Apabila seseorang itu berniat untuk puasa, tetapi di ragu-
                   ragu apakah niatnya itu sebelum fajar atau sesudahnya, maka
                   menurut para fuquha tiadalah sah  puasanya kerana menurut
                   hukum asal dia belum berniat. Tetapi jakalau dia berniat
                   kemudian dia ragu-ragu apakah fajar telah terbit atau
                   belum, maka sah  puasanya, dengan pendapat kesepakatan
                   seluruh fuquha Safi’iyah. (11)

                 (8).  Jika seseorang    itu meyakini bahawa dia masih
                  mempunyai hutang puasa, tetapi dia ragu apakah puasa itu puasa
                 nazar, kaffarah atau puasa Ramadhan, maka hendaklah dia
                   meniatkan puasa fardhu saja dan memadailah baginya.(13)

                  (9).   Jika seseorang yang sudah berpuasa pada siang hari,
                    kemudian dia ragu apakah dia sudah berniat pada malamnya
                    atau belum.  Kemudian dia teringat bahawa dia sudah berniat
                    setelah berlalu sebahagian besar daripada hari itu, maka
                   puasanya adalah sah. (14)
              

              ---------------------------oooooooooooooooo----------------------------

No comments:

Post a Comment