Tuesday, 19 April 2011

Masalah Agama Bab 114 - 118 - Siaran Pos 89

Email    - hjdan@myjaring.net




Masalah 114- Apakah yang dikatakan sumber hukum?

Saya ingin tahu mengenai  bahagian-bahagian sumber hukum dalam Islam.

Jawapan.

1.. Sumber hukum itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-

Pertama : Sumber hukum yang disepakati Islam yang muktabar iaitu
Al-Quran, Al-Sunnah. Al-Ijmak dan Qias.

Kedua : Sumber-sumber hukum yang tidak disepakati; di antaranya yang terkenal, Istihsan (298) Masalih Mursilat,(317) Urup(336) dan Istishab (356) (Rujuk Kitab bertabda *)

2.. Sumber-sumber Hukum yang disepakati:

a.     Al Quran (155)– Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dengan bahasa Arab untuk melemahkan dengan satu surat yang paling pendek darinya, ditulis di dalam Mushaf-mushaf, dipindahkan dengan jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadat, dimulai dengan surah Al-Fatihah dan disudahi dengan Surah An-Nas.
b.     Al-Sunnah(187) –Ialah perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w., selain dari Al-Quran sama ada berupa perkataan, atau perbuatan., atau pengakuan.
       (1). Berupa perkataan –Segala hadis yang diperkatakan oleh   
        Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa pertalian (munasabah)  
        yang berlainan seperti sabda Rasulullah s.a.w.
 إِنَّمَا اْلأ َعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِءِىِ مَا نـُوَى.
                        ”Hanya segala amal dengan niat danh anya bagi
                                 setiap seorang apa yang ia niatkan.”

(2).  Berupakan perbuatan السُّنَّةُ الـْفِعْلِيًّة–(a.) Perbuatan semula jadi tabiat manusia (makan,minum,berjalan,tidur, duduk dan sebagai lagi, tidak dianggap sebagai syariat, tetapi  harus diikuti (b.) Perbuatan yang ada dalil yang menunjuk bahawa ia adalah  untuk Baginda sahaja, seperti kahwin tanpa mahar, berpuasa bersambung siang dan malam, berkahwin lebih dari empat isteri dan sebagai lagi. Hukumnya haram dilakukan oleh umatnya.(c.) Perbuatan yang lahir dari Baginda yang matlamatnya untuk mensyariatkan dan menjadi ikutan seperti:
صَلـُّوْا كَمَا رَأ َيْتُمُوْ نِيْ أ صَلـِّى.
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang.”


(d).Berupa pengakuan السُّنَّةُ التَّقـْرِيْرَّة ْ. – Yaitu Nabi Muhammad s.a.w. mendiamkan diri dari mengengkari perkataan atau perbuatan yang berlaku di hadapannya atau di belakangnya atau   Baginda mengetahuinya. Diam Baginda ini menunjukkan bahawa perkataan atau perbuatan itu adalah harus kerana Rasulullah s.a.w. tidak akan mendiamkan diri  sekiranya perkara itu yang batil
(yang salah laku) dan perkara  yang munkar.
                 
c.      Al-Ijmak (232) 

Dari segi bahasa bererti Azam atau membulatkan hati untuk melakukan sesuatu perkara. Juga bererti bersepakat mengenai sesuatu perkara. Dikatakan bersepakat kaum mengenai sesuatu perkara.  Dari segi istilah pula ialah Ulamak Usul Al-Fiqh - persepakatan para ulamak mujtahidin dari umat Nabi Muhammad s.a.w. pada zaman masa terhadap hukum syarak selepasnya Baginda s.a.w. wafat.

Persepakatan ini mistilah terdiri dari para ulamak mujtahidin oleh serbab mereka berilmu sampai kepada peringkat Ijtihad dan perselisihan mereka tidak diambil kira,  kerana mereka mempunyai keahlian di dalam meneliti tempat-tempat pengambilan hukum-hukun syarak.

d.         Qias (254).

Pengertian Qias dari segi bahasa Arab digunakan pada salah  satu daripada dua perkataan iaitu ”Diukurkan” seperti ”saya mengukur tanah dengan hasta” dan kedua ialah ”menyamakan” seperti”: si Muhammad  tidak disamakan dengan si Saleh ”
Pengertian Qias dari istilah pula ialah diserupakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran atau sal-Sunnah atau al-Ijmak dengan masalah yang dijelasklan hukumnya di dalam salah satu daripadanya kerana menyamai keduanya pada ’ilat hukum.

e.       Istihsan. (298)

              Dari segi bahasa bermakna dianggap sesuatu itu baik. Dan dari segi
              istilah menurut pendapat Mazhab Shafiei ialah sesuatu perkara yang   
              difikirkan baik oleh mujtahid.(sambung ms 300)

            f. Maslihu mar salat.(317)
  
             Maksudnya:  Sifat-sifat atau keadaan yang boleh mendatangkan kebaikan 
            atau menjauhkan makhluk dari keburukan disebabkan oleh di ikat hukum
            dengan sifat-sifat itu dibinakan hukum keatasnya dan tidak sesuatu dalil 
             syarak yang khusus memperakui atau menghapuskan.
             Contoh- Dibina hukum untuk memelihara agama, jiwa, akal, harta dan keturunan.
              Diwajibkan orang kaya dikenakan bayaran zakat.

 g..Hukum Urup.

              Perkara kebaikan yang diterima dan dirasai oleh manusia. Perbuatan-perbuatan
              yang sudah jadi kebiasaan mereka
              Contoh – Sudah jadi kebiasaan orang ramai di dalam jual beli dengan hanya
              beri –memberi tanpa menggunakan lafaz ijab dan kabul. Masuk rumah orang
              Islam kena buka kasut, jik tidak dipandang kurang sopan.

              h.. Istishab.

              Bererti – Dianggap berterusan hukum ijmak pada persoalan yang dipertikaikan.
              Contoh – Ia bertayammun dan apabila ia melihat air selepas memulaklan solat,
             dan sah memulakan solat itu dan sah solatnya jika selesai ia sebelum melihat air,
              dan ulamak pula meanggap berterusan hukum sah ketika tidak melihat air
              sehingga  selepas melihatnya.
(* Rujukan: Kitab Usul al-Fiqh dan AlQawa’id Fiqhiyyah oleh Hj Muhammad Saleh bin Haji Ahmad terbitgan Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur-m.s. 155-356)




Masalah 115 - Apakah makna Masalah Khilafiyyah ?

Saya kerapkali terbaca keterangan yang dikatakan ”Masalah Khilafiyyah” di dalam beberapa kitab, minta tuan terangkan apakah maksudnya perkara tersebut secara jelas.

Jawapan.

Maslah Khilafiyyah adalah masalah  furu’ atau cabang, dimana terdapat perbezaan atau seliseh pendapat antara Mujtahidin dalam qadliyyah- qidliyyah yang jalan mendapatkan keputusannya adalah Ijtihad.  Tegasnya bahawa dilalah dalilnya kepada hukum adalah Dzan dan bukan Qathi’.
Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan Mujtahidin padanya disebut masalah ”Ijthadiyyah, khilafiyyah, fury’iyyah. Sedang masalah yang disepakati oleh para Mujtahidin  dinamakan masalah Ittfaqiyyah, atau Ijma’.
Contoh serperti dalam kitab ”Rohmatul Ummah Fikhtifatil Aimmah ” adalah seperti berikut:-
Dan memadai dalam menyapu kepala pada wuduk menurut Imam Shafii iaitu sesuatu yang jatuh padanya nama menyapu, dan tidak tertentu tangan untuk  menyapu.  Dan berkata Imam Malik dan Iam Ahmad pada riwayat yang paling dzahir dari padanya wajib menyapu seluruh kepala.  Dan nakalkan dari Abi Hanafiah akan dua riawyat.  Yang  paling masyhur dari dua riwayat itu, bahwa tak dapat tiada dari pada memyapu  seperempat  kepala dengan tiga jari  dari jari-jarinya, sehingga jikalau disapunya hanya dengan dua jari tangan, walaupun meratai seluruh kepala tidaklah memadai.”

Contoh yang kedua ialah mengenai Rukun-rukun Puasa. Ulama’ Mazhab Maliki menerangkan rukun puasa mempunyai dua macam rukun iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan  niat. Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah); Menjelaskan rukun puasa ada tiga macam iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2)  Melakukan niat (3) Orang yang berpuasa.

Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah) menyatakan Syarat-syarat puasa terbahagi dua macam iaitu: (1) Syarat-syarat wajib dan (2) Syarat-syarat sah puasa.
Syarat-syarat wajib puasa ada empat macam:-
(1)    Dewasa (baligh) (2) Beragama Islam (3) Berakal sehat  (4) Mampu berpuasa.
Adapun syarat-syarat sahnya puasa maka ada  empat macam iaitu (1) Beragama Islam (2) Pandai (tamyiz) (3) Bersuci dari haidh dan nifas (4) Keadaan waktu memang dapat untuk digunakan berpuasa kerana tidak sah berpuasa pada kedua dua hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ulama’ Mazhab Shayi’i  menerangkan niat sudah termasuk dalam perkara rukun. Disamping itu wajib niat mesti dilakukan untuk setiap hari yang akan dikerjakan puasa itu, apabila yang dikerjakan seperti puasa di bulan Ramadhan, puasa Kifarat dan puasa Nazar.  Niat harus dijatuhkan di malam hari sebelum terbit fajar, meskipun ia dilakukan sejak awal maghrib. Kecuali apabila puasa itu dikerjakan puasa sunnah maka niatnya boleh dilakukan sesudah hari siang.
Ulama’Mliki menerangkan bahawa niat puasa hanya satu kali dianggap telah mencukupi untuk setiap puasa  yang diwajibkan  berturut-turtt melakukannya, seperti puasa  bulan Ramadhan, puasa kifarat Ramadhan, puasa kifarat pembunuhan atau puasa kifarat Zihar, selama kelangsungan belum terputus. Bila kelangsungannya telah terputus kerana sakit atau berpergian (safari) atau semisalnya maka wajiblah menjatuhkan niat pada setiap malam. Apabila berpergian telah selesai atau sakit telah sembuh maka satu kali niat telah mencukupi untuk sisa-sisa hari  dalam sebulan itu.
Demikianlah perbezaan di antara Mazhab-mazhab tersebut.
(Rujukan Kitab Fiqih  Empat Madzhab –Bahagian Ibadah Jilid 2 ms. 366)

                                AL-Qwa’id Al-Fiqh.

Masalah 116- Apakah terbitan Lima Kaedah Fiqh:        (165)
Jawapan.
Lima Kaedah-kaedah utama terbitan hukum fiqh ialah:-
اَلْأ ُمُوْرُ بِمَقَا صِدِهَا.(1)
    Segala perkara itu bergantung kepada tujuan niatnya.

اَلـْيَقِيـْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ (2)
Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata  syak.
اَلـْمُشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرٌ (3)
Kesukaran menjadi sebab kepada Kemudahan dan  Keringanan
اَلضَّرَرُيُزَالُ (4)
Kemudaratan hendaklah dihilangkan          
اَلـْعَادَةُ مُحَكَّمَة ٌ(5)
’Adat dijadikan sebagai rujukan hukum.

1.     Kaedah Pertama –
اَلْأ ُمُوْرُ بِمَقَا صِدِهَا.
“Segala perkara itu bergantung kepada tujuan niatnya”(573)
Maksud Kaedah ini ialah amalan dan tindakan seseorang sama ada perbuatan mahupun perkataan, maka natijah dan hukum syarak berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakannya.
Kadangkala seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tujuan tertentu maka berlakulah ke atasnya hukum syarak yang tertentu bergantung pada niatnya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

اِنَّمَا الْا َعْمَالُ بِا لنِيَّاتِ, وَاِنَّمَا لِكُلِّ امْرِى ءٍ مَا نَوى.
“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung krepada niat dan sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang  diniatkannya.”
(Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam yang enam dan juga dari Umar ibn Al-Khatab)

Contohnya:
a.     Berwuduk dan mandi adakala bertujuan menyejukkan badan atau
        membersihkan anggota badan dan adakala niat bertujuan ibadat 
        mengangkat hadas besar.
        b..Duduk di dalam  masjid kadangkala kerana beristerihat dan adakala
            niat bertujuan beriktikaf.

2.     Kaedah Kedua:
اَلـْيَقِيـْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ (2)
”Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata  syak.”(586)
Yang dimaksudkan dengan kaedah ini, sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak (keraguan) ke atasnya, tetapi ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Contohnya:
1.     Serorang yang makan sahur di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka sah puasanya kerana asalnya malam itu kekal.

2.     Kaedah Ketiga:


اَلـْمُشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرٌ (3)
Kesukaran menjadi sebab kepada Kemudahan dan  Keringanan (599)
Contohnya:
Kesukaran kerana Sakit  -  Islam membenarkan Tayammum ganti dari menggunakan air pada wuduk kerana sakit, begitu juga diharuskan Doktor memandang aurat wanita kerana berubat. Tidak dikenaan bebanan syarak ke atas orang gila, kanak-anak dan orang yang tertidur atau terlupa. Kesukaran masa musafir, dibolehkan tidak berpuasa tetapi qada kemjudian hari. Kusukaran mengerjakan solat diboleh memendekkan solat, solat berbaring, duduk dan sebagai lagi.
(Rujukan – Kitab Usul Al-Fiqh dan Al-Qawa’id Fiqhiyyah oleh Hj. Hasan bin Hj Ahmad dan Hj. Muhammad Saleh bin Hj Ahmad, terbitan Pustaka Hj.Abd,.Majid, muka surat 155 -356)

Masalah  117 -Bagaimana hukum mengucap ”usulli”

Saya ingin tahu bagaimanakah  hukumnya mengucapkan :”Usuhalli” (أُ ُصَلـِّى) seketika kita akan sembahyang, ada orang kata kita tidak perlu lagi memakai perkataan itu disebabkan ianya diluar sembahyang ?
Jawapan.
Mengucapkan  “Usuhalli”) صَلـِّىأ ُ( seketika kita akan sembahyang, seketika kita akan puasa kita mengucapkan “Nawaitu Shamaa ghadin” adalah dinamakan oleh Fuquha’ dengan “talaffuz binniat”, artinya melafazkan niat. Bahawa hukum melafazkan   “Usuhalli”) صَلـِّىأ ُ) adalah sunnat sahaja iaitu mengikut kitab-kitab Fiqh Imam As-syaffi”i didalilkan ksunatannya dengan:    لِيُعَاوِنَ اللِّسَـانُ الْقَلْبَ. (Agar lidah menolongy hati) Sebagai contohnya terdapat penjual buah-buahan yang selalu menghitung buah-buahahnya dengan lafaz lidah, untuk membantu hatinya mengira bahkan disertai dengan irama nyayian. Dengan demikian nyatalah bagi kita faedahnya mengucap “talaffudz” sehingga terbekam kata-kata itu dalam hati kita.

Melafaz niat termasuk amalan lidah. Tiap-tiap perbuatan atau perkataan yang keluar daripada mukallaf, senantiasa dituliskan Malaikat. Perkataan yang baik tertulis sebagai amal yang baik, perkataan yang jahat seperti
mengumpat maka ditulis sebagai amal yang jahat.Firman Allah s.w.t.:-
مَا يَلـْفـِظ ُ مِنْ قـَوْلٍ اِلأ َ لـَدَيْهِ رَقِيبً عـَتـِيدً.  (سورة  ق  اية 18
Bermaksud: Tidaklah seorang mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada Malaikat Raqib (yang nenuliskan amal kebajikan) dan Malaikat Atid (yang menuliskan amal kejahatan  (Surat Qaf ayat 18)

Maka seumpamanya seketika kita akan sembahyang kita mengucapkan:
أ ُصَلِّ فَرْ ضَ الصُّبُحِ رَكَعَتَيْنِ للهِ تَعالَى.

(Artinya: Sahajaku melakukan sembahyang fardhu Subuh dua rakaat kerana Allah Taala)
Maka sabda Rasulullah s .a.w ;-
إنـَّماَ الْا َعْمَالُ بِـا لنـِيِّـاتِ, وَإ ِنَّـمـَا لـِكُلِّ امْرِىءِ مَـا نَـوَى.
(Sesungguhnya amalam-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya)
(Hadits sahih dari Umar Al-Khatab r.a.)    
Rujukan: Kitab seratus Masalah Agama, J il.1  ms 10

  Masalah 118 - Bagaimana fungsi doa Qunut?

Saya ingin tahu bagaimanakah kedudukan dan fungsinya doa qunut itu. Pada masa ini ada terdapat orang-orang yang tidak lagi melakukan doa qunut ketika   i’tidal rakaat yang kedua pada Sembahyang Subuh ?

Jawapan.

Adalah melakukan doa qunut pada i’ktidal rakaat yang kedua pada sembahyang Subuh, dan  i’ktidal rakaat akhir pada witir yang kedua dalam bulah Ramadhan, maka kedudukan hukumnya adalah sunat yang tergolong  dalam sunat ab’adl. Diberi  pahala bagi yang mengerjakannya dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya. Qunut ini dinamakan qunut rotibah (tetap), seperti tasyhhud awal, maka disunatkan bagi yang meninggalkannya dengan terlupa untuk melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi bagi doa qunut yang dibacakan pada  i’tidal rakaat akhir bagi tiap-tiap sembahyang fardhu yang dilakukan seketika kaum Muslimin berada dalam musibah, maka hukumnya sunat, tetapi bukan sunat ab’ad, dan tidak disunatkan ketika meninggalkannya untuk bersujud sahwi. Qunut ini dinamakan Qunut Nazilah.
Mengenai perlakuan Qunut yang tergolong dalam sunat ab’ad adalah mengikut hadis yang dipetik dari katerangan Al-Imam Taqiyudin Abi Bakar bin Muhammad al-Husainy dalam kitab ”Kifatul Akhyar juz 1 halaman 70 sebagai berikut:

وَأ َمَّا الـْقُنُوْتُ فَيُسْتَحَبُّ فِى اعْتِدَالِ الثـَّانِيَةِ فِى الصُّبْحِ لِمَا رَوَاهُ
     ا َنَسٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ :مَازَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَلَيْهِ        
     وَسَلـَّمَ يَقْنُتُ  فِى الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا, رَوَاهُ أ َلْاءِمَامُ أ َحْمَدُ
وَغَيْرُهُ : قَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ : قـَدْ حَكَمَ بِصِحَّتِهِ غَيْرُوَا حِدٍ مِنَ
الْحُفـَّاظِ مِنْهُمُ الْحَكِمُ وَالْبَيْهَقِىُّ وَالـْبَدْ خِيُّ, قـَالَ الـْبَيْهَقِيُّ :اَلـْعَمَلُ
بِمَقْـتَضَاهُ عَنِ الْخَلَفَاءِ الْأ َرْبَعَةِ .
                       ---------------------ooooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment