Friday, 22 April 2011

Masalah Agama bab 188 dan189 - Siatran Pos 107

Email -   hjdan@myjaring.net

                         Melalui Lebuh raya dari KL ke Pulau Pinang
                          Melalui jambatan ke Puau Pinang
                         Naik fery ke Pulau Pinang

Maslah 198  -Seseorang itu mengangkat hadas besar sunat dia mengambil wuduk sebelumnya. Maka setelah selesai mandi hadas besar adakah perlu lagi dia mengambil wuduk kerana tadi dia telah  pun mengambil wuduk?

Jawapan.

Jika wuduknya tidak terbatal semasa mandi hadas besar itu seperti tidak menyentuh qubul atau duburnya sendiri dengan tapak tangan atau perut jarinya, maka tidaklah dia dituntut untuk melakukan wuduknya lagi sesudah mandi, kerana ia telah melakukan  mandi dengan sempurna.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil; 3 m.s. 102)

Masalah 199 – Tidak tahu dimana Bafrat danTimur.

Semasa saya bertugas di dalam hutan tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu di mana barat dan timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah sah saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu?

Jawapan.
Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang.  Wajib mengadap qiblat dengan yakin dari dekat mahupun dari jauh.  Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat itu. Syarat penentuan arah qiblat adalah:-
a.     Mengetahui sendiri
b.     Pengkhabaran dari orang berkepercayaan
c.      Ijtihad
d.     Taqlid kepada orang yang berijtihad.
Dalam hal di atas wajib ia mengetahiui sendiri dimana qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak  berupaya wajib ia mencari tahu dari orang-oranang yang mengetahuinya.  Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia menyemak dengan pengalamannya yang lalu.  Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib ia berdahya upaya mencari tanda-tanda yang lebih meyakinkan dirinya itu adalah qiblat.   Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiblah ia berijtihad  iaitu membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah  qiblat yang ia tidak menaruh syak wasangka sedikitpun.  Sembahyangnya ia dengan khusyuk seperti biasa kerana Allah akan
menerima sembahyangnya itu.  Firman Allah s.w.t.:
وَمَا جَعَل عَلـَيْكُمْ فِى الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ. (الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam
perkara agama (Al-Haj ayat 78)
Tetapi terenyata selepas itu dia mendapati ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas yang ia ketahui sahnya keslahannya itu.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil. 3. m.s. 156)

             ---------------------------------oooooooooooooooo----------------------

No comments:

Post a Comment