URL - http://www.h/
Maslah 164- Bagaimana beramal soleh dan bertaubat
Bagaimana yang dikatakan beramal soleh?
Jawapan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُخـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
( At-Talaq; ayat 11
)
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di di bawahnya, serta kekal , mereka di dalamnya selama-lamanya.
Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
)At-Talaq; ayat 11(
Huraian.
Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t. membangkitkan yang beriman kepada Allah s.w.t.
Bagaimana beriman itu, kita kembali kepada 6 Rukun Iman iaitu:-
1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepad KitabNya
4. Beriman kepada Rasul-Rasul Nya
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Berimankepada Qada’ dan Qadar.
Perkara yang kedua Allah s.w.t. ingatkan barang siapa Beramal Soleh maka mukmin itu akan di masukkan ke dalam syurga.
Bagaimana beramal soleh itu ialah:
1. Sentiasa mengerjakan solat wajib yang lima waktu.
2. Mengerjakan soloat-solat sunat yang di suruh
a. Solat Tahajjud
b. Solah Tasbih
c. Solat Taubat
d. Solah Hajat
e. Solah Witir
f. Sola Awwabin
g. Solat Dhuha
h. Solat Al-Isyraq
3. Menunaikan Zakat
4. Memberi sedekah
5. Membuat Wakaf
a. Menjauhkan perkara-perkara yang ditegah.
i. Segala perbuatan haram
ii. Berdengki kianat
iii. Memutuskan tali persehabtan
iv. Becakap takbur dan bohong
v. Munkir janji
vi. Bersifat bakhil dan kedekut
vii. Menipu sesama Islam
viii. Berjudi
ix. Berzina
x. Mimum arak
xi. Dan banyak lagi.........!
7. Maka jika beramal soleh Allah berjanji akan masukkan kita ke
syurga.
Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik.
Firman Allah s.w.t.P
يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا.
(التحريم: 8)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas).
Firman Allahs.w.t. ”-
وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ
يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110)
Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi, Allah Pengampun lagi penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)
Firman Allah s.w.t.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlahk amu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Zumar ayat 53)
Firman Allah lagi :-
• إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222)
Firman Allah s.w.t. lagi :-
وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ
لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31)
Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.
Kresimpulan:
Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara:
(1) Menyebabkan ilmu taubat itu kita
mengenal tentang besarya dan beratnya dosa-dosa
kita itu.
(2) Dosa itu sebagai Tabir yang menyebabkan
keadaannya kita terpisah dengan
Allah s.w.t.
(3) Menyebabkan perbuatan kita meninggalkan dosa
yang sedang bergelumang dalam diri kita.
Seruan.
• Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat.
• Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.
----------------------oooooooooooo-------------------------------
Masalah 165. - Apakah hukum berkahwin dalam Islam?
Jawapan:
Walaupun perkahwinan adalah sunah yang disyariatkan dalam Islam,namun hukumnya berubah-ubah berdasarkan kedudukan dan keadaan seseorang itu.
1. Hukum sunat bagi mereka yang ada keinginan hendak berkahwin
serta mempunyai perbelanjaan yag cukup dan berkemampuan.
1. Hukum makruh bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan berkahwin serta dapat mengawal diri daripada kehidupannya ataupun bagi mereka yang tidak sanggup mengeluarkan perbelanjaannya.
2. Hukum wajib bagi mereka yang kuat nafsu keinginan hendak berkahwin serta bimbang akan melakukan kejahatan ataupun maksiat, serta mampu mengeluarkan perbelanjaannya.
3. Hukum haram bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan berkahwin dan tidak berkemampuan daripada segi perbelanjaan dan tanggungjawab sebagai suami. Ataupun yang mempunyai niat yang tidak baik hendak dilakukanm ke atas bakal isterinya.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.227)
Masalah 146 - Siapakah perempuan-perempuan yang diharamkan lelaki berkahwin dengannya buat selama-lamanya?
Jawapan.
Perempuan-perempuan itu adalah.
1.. Disebabkan keturunan seperti:
a. Ibu, datuk dan nenek hingga ke atas
b. Anak dan cucu hingga ke bawah
c. Saudara perermpuan, sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu
d. Saudara perempuan bagi bapa (rmak saudara hingga ke atas
e. Saudara perempuan bagi ibu (emak saudara) hingg akeatas
f. Anak saudara daripada saudara lelaki hingga ke bawah
g. Anak saudara daripoada saudara peredmpuan hiingga ke bawah.
1. Disebabkan susuan seperti:
a. Ibu yang menyusukannya
b. Saudara perempuan susuan
2. Disebabkan perkahwinan musaharah seperti:
a. Ibu mertua
b. Ibu tiri dan datuk hingga ke atas
c. Isteri anaknya (menantu) hingga ke bawah
d. Anak isterinya (anak tiri), cucu hingga ke bawah.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.240)
Masalah 167 – Perempuan-perempuan yang dilarang menghawininya buat sementara waktu?
Jawapan.
Perempuan-perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya buat sementara (dihimpunkannhya) adalah seprti berikut:
1. Saudara-saudara perempuan bagi isterinya (adik ipar ataupun kakak ipar.
2. Anak saudara isteri sama ada sebelah ibu ataupun sebelah bapa.
3. Anak saudara isteri bagi saudara lelaki ataupun saudara perempuan.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.241
Masalah 168 - Apakah syarat-syarat larangan perkahwinan dengan sebab
susuan?
Jawapan:
1. Ibu yang menyusukannya sampai tahap baligh.
2. Anak yang disusukan itu belum melebihi usianya dua tahun.
3. Penyusuannya dilakukan sebanyak lima kali yang berasingban sehingga kenyang dan benar-benar sampai ke dalam perut kanak-kanak itu.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.240)
-----------------------------oooooooooooooooooooo-------------------------------------.
No comments:
Post a Comment