Email: hjdan@myjaring.net
LIMA RATUS MASALAH AGAMA
ISLAM
Berikut ini adalah soalan-soalan dan jawapan-jawapan kepada masalah yang dibanngkitkan:
Masalah 1…Orang yang masbuq.
Masalah 1…Orang yang masbuq.
Makmum yang mula takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’. Dia sempat ruku’ bersama Imam sekadar membaca “subhana rabbiyal ‘azim” sahaja, adakah ia dapat satu rakaat?
Jawapan.
Orang yang masbuq ini dapat satu rakaat., bacaan fatihahnya ditanggug oleh Imam. Bermaksud jika ia lakukan niat dan takbiratul ihram, lalu ia segera ruku’, tanpa membaca fatihah, lalu ia dapatkan thumaniunah (berhenti sekejap) bersama-sama Imam dalam ruku’ maka ia dapat satu rakaat itu. Akan tetapi jika ia tidak dapat thumaninah bersama-sama Imam dalam ruku’ itu maka ia tidak dapat satu rakaat.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms.71)
Masaslah 2…Tempat Sembahyang yang bersih
Masaslah 2…Tempat Sembahyang yang bersih
Bagaimanakah tempat sembahyang yang bersih.
Jawapan.
Yang dimaksudkan tempat sembahyang ialah Tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaian orang yang bersembahyang. Waktu berdiri dimana tempat kedua tapak kaki diletakkana. Waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Waktu sujud dimana segala anggota sujud dan bahagaian-bahagian badan dan pakain diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan. Misalnya kita tengah sembahyang bila hendak sujud, terjatuh tahi cicak luar dari tempat sembahyang, maka cukup kita elakkan, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu tidaklah yang kejatuhan tahi cicak itu dinamakan tempat sembahyang kerana tidak terkena dengan anggota badan atau pakaian kita. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilad1, ms. 74)
Masalah 3…Solat yang hanpir masuk waktu lain.
Adakah solat seorang itu sah apabila ia sujud sekali sudah masuk waktu Asar.
Jawapan
Solatnya sah tetapi dikatakana solat Qada’. Akan tetapi bila dia telah lakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia telah masuk melakukan rakaat kedua maka masuklah waktu Asar maka solatnya itu sah dan dinamakan “Ada’an”, kerana telah dilakukan serakaat penuh dalam waktu yang ditentukan iaitu Zohor.
Masalah 4…Bolehkah wuduk digunakan untuk beberapa solat
Jawapan.
Sebelum kita terbatal dari suatu wuduk yang kita sudah lakukan, tidaklah terbatas kekuatan wuduk itu kepada satu atau dua solat yang fardhu, artinya masih boleh dilakukan solat yang dengan wuduk itu walaupun ratusan solat fardhu, asalkan jangan terbatal, kecuali tayammum hanya terbatas untuk satu solat fardhu sahaja, tetapi solat sunat bolehlah berbilang-bilang dengan tayammum. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 48.)
Masalah 5… Tayammum wuduk dengan tayammum junub bersamaan.
Mengapa tayammum wuduk dengan tayammum junub sama sahaja yakni tidak berbeza cara pengambilannya:
Jawapan,
Tempat yang disapu dalam tayammum atau angguta tayammum hanyalah muka dan dua belah tangan sampai dua siku, baik tayammum itu untuk pengganti hadas kecil ataupun hadas besar. Sebabnya adalah kerana tayammum itu adalah rukhshah (kesenangan) yang menghilangkan cegahan sembahyang dan bukan mengangkatkan hadas. Orang yang berhadas besar, atau orang yang berjanabat dan orang yang berhadas klecil , jika berhalangan mempergunakan, air kerana sakit, atau kerana ketiadaan air bolehlah ia bersembahyang, dalam keadaan berhadas jika ia telah lakukan syarat-syarat iaitu melakukan tayammum. Tayammum hanya membolehkan sembahyang dan tidak mengangkatkan hadas. Oleh kerananya jika telah beroleh air wajiblah orang junub mengangkat hadas besar dengan bermandi untuk melakukan sembahyang. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilad 1, ms 55)
Masalah 6…Menahan hadas kecil semasa solat.
Bagaimana hukumnya jika kita ada air sembahyabng sedang sembahyang menahan-nahan hadas kecil.
Jawapan.
Menahan hadas kecil, artinya menahan ingin, buang air kecil, menahan keluar angin, menahan buang air besar. Keinginan ini ada kalanya datang di luar sembahyang dan adakalanya pula di tengah kita sedang bersembahyang. Hukum menahan hadas seketika akan bersembahyang adalah makruh apabila ada hal tersebut pada ketika Takbiratul Ihram.
Menurut Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud yang bermaksud:
“Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah hendaknya sembahyang salah seorang kamu, dimana telah hadir makanan, dan dimana mendesaknya keinginan untuk buang air kecil dan buang air besar.”
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jild 1, ms 64)
Masalah 7… Imam membuat sujud sahwi
Jika Imam meninggalkan sesuatu pekerjaan solat yang menyebabkan sujud sahwi wajibkah Makmum turut sama sujud sahwi.
Jawapan,
Makmum wajib mengikut apa yang diperbnuat oleh Imam. Dalam hal sujud sahwi wajib makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi walaupun makmum tidak mengetahui apa yang menjadi sebab imam sujud sahwi.
Menurut Kitab Ghayatul-Bayan bahawa “Kalau sujud sahwi imamnya, lazimlah bagi makmum mengikutnya. Maka jika makmum meninggalkan ikut imam dengan sengaja, lagi itahu dengan haramnya, batallah sembahyangnya itu.”
(Rujukan Kitab Seratu Masalah Agama Jil.1, ms 73).
(Rujukan Kitab Seratu Masalah Agama Jil.1, ms 73).
Masaslah 8.. Wanita terbuka kain penutup kaki.
Sahkah sembahyang para wanita apabila sedang mengerjakan sembahyang terbuka kain penutup telapak kaki.
Jawapan.
Aurat wanita dalam sembahyang adalah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan luar dalam. Tapak kaki adalah aurat. Tetapi dikala berdiri hasillah penutupnya dengan tempat ia diletakkan dilantai atau balai-balai atau tikar. Akan tetapi jika ketika sujud terbuka baik ada orang yang melihatnya atau tidak, batallah sembahyangnya.
(Ruju Kitab Seratus Maslaah Agama Jilid 1, ms 73)
Masalah 9..Solat qobliyyah (terdahulu) Jumaat
Bagaimanakah hukumnyaa solat qobliyyah Jumaat.
Jawapan.
Solat qobliyyah Jumaat adalah sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari pada Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qaoliyyah solat Zohor.
Dalilnya menurut hadis diriwayat oleh Atthabarani bermaksud:
“Bahawa nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.”
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 83)
Masalah 10.. Aturan Sembahyang qada’
Bagaimanakah caranya kita membayar Qada’ sembahyang.
Jawapan
Cara terbaik dalam melaksanakan Qada’ sembahyang ialah sunnat mentertibkan iaitu mendahulukan qada’ Subuh sebelunm mengqada’ Zuhur, mendahulukan qada’ Zuhur sebelum mengqada Asar.
Ketahuilah bahawa sembahyang qada’ itu wajib melakukannya bila ada waktu terluanhg. Pendeknya tidak ada waktu yang terlarang untuk melakukannya, walaupun sesudah sembahyang Subuh atau sesudah sembahyang Asar.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil 1,ms 91)
Masalah 11…Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar.
Jawapan.
Masalah 11…Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar.
Jawapan.
Boleh dilakukan jika kita benar-benar ada banyak urusan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ummi Salamah r.a. berkata bermaksud;
“Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunnat dua rakaat sebelum Asar, maka dilakukannyalah solat dua rakaat itu setelah selesai solat Asar.”
Tersebut dalam Kitab Fathul Mu’in Juz 1 halaman 23 yang bermaksud:
”Pernah melihat Rasulullah s.a.w. akan seorang lelaki melakukan sembahyang sesudah sembahyang Subuh dua rakaat, lalu sabdanya” Sembahyang Subuh itu dua rakaat.” Maka jawab laki-laki tersebut: « Sesungguhnya aku belum melakukan sembahyang dua rakaat yang sebelum Subuh, maka aku lakukannya skarang. » Maka diamlah Rasulullas s.a.w. (H.R Bukhari dan Muslim)(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 94
Masalah `12..Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali..
Bagaimana hukumnya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih 3 kali.
Jawapan
Orang lelaki yang tak ada padanya satu uzur dari pada uzur-uzur Jumaat hukumnya haram meninggalkan solat Jumaat walaupun hanya sekali kerana hukum solat Jumaat bagi mereka itu adalah fardu ‘ain. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Attarbani yang bermaksud:
“Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq.”
(Rujukan Kitab Masaalah Agama Jilid 1,ms 101)
--------------oooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment