Friday 29 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 262-263 - Siaran pos 129




Masalah 262 ...– Apakah yang dikatakan Rukun Islam itu?

Jawapan.
1..Mengucap dua kalimat syahadat.

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Islam  itu dibina di atas lima asas iaitu Syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah.  Kedua ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Keempat ialah  membayar zakat dan Kelima ialah menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkuasz.”
Hadis tersebut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membincangkan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib di ketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh satiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam.
 Makna Syahadat
Kalimah Syahadat itu ialah:-
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلـَـهَ إِلَّااللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّـدًا رَسُـوْلُ اللهِ
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah.”

Kalimah tersebut dinamakan “Dua Kalimah Syahadat” kerana ia mengandungi dua bahagian syahadat.  Syahadat pertama  ialah ”La ilaha illallah ” لا اله الا الله  yang bererti tiada Tuhan melainkan Allah.  Syahadat kedua pula ialah “Muhammad Rasulullah”
محمدا رسول الله  yang bererti Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah. Kalimah itu juga disebut Kalimah Tauhid.

Dua kalimah itu mestilah diikrar sekaligus.  Seseorang yang menyebut atau menerima separuh sahaja seperti ”Asyhadu allaa ilaha illallah ”  اشهدان لا اله الاالله  Adalah tidak memadai dan tidak sah dia menjadi seorang Islam.  Oleh itu wajib ikrar kedua-duanya. Sebab itulah dinamakan Dua Kalimah Syahadat.

2.. HUKUM MELAFAZKAN SYAHADAT.

Setiap orang yang melafazkan sayahadat dengan kesukaan dan kerelaan hatinya untuk menganut Islam menurut hukum Islam adalah dianggap seorang Islam atau Muslim yang  mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam, dan wajib dikenakan ke atasnya segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam.

Tidak wajib atas kita untuk mengetahui sejauh mana kebenaran atau kesilapan sayahadatnya, kerana kita hanya dipertanggungjawabkan untuk memberi hukum berdasarkan apa yang zahir sahaja. Hakikat di hatinya terserahlah kepada Allah.  Andainya dua kalimah syahadat yang diucapkan menepati antara lidah dan hatinya itulah sayahadat yang benar.  Sementara syahadat dengan lidah tetapi tidak diyakinnya dengan hatinya disebut syahadat yang dusta (syahadat al-Zur).
Kalimah ”La ilaha illallah”  لا اله الا الله  (Tidak ada Tuhan melainkan Allah).  Susunan kalimah syahadat ini dimulai dengan perkataan ”tidak” yang bertujuan ialah untuk menafikan segala rupa bentuk tuhan, kepercayaan, keyakinan dan akidah dan sebagainya. Ertinya seorang Islam itu hendaklah terlebih dahulu membersihkan hatinya daripada segala bentuk kepercayaan, keyakinan dan fahaman terhadap benda lain yang lebih berkuasa di dunia ini dan meyakini sesungguh-sungguh akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang Maha Esa.  Dengan itu akan selamatlah seseorang itu daripada kesesatan hidup di dunia ini, kemudiannya akan menjaminkan keselamatan hidupnya di dunia dan di  akhirat. Itulah kepercayaan yang dibawa dan diajar kepada seluruh manusia  dan jin oleh Nabi Allah Adam a.s., kemudiannya diikuti oleh Nabi Allah Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Musa hingga Nabi Muhammad s.a.w.

Syahadat kedua ”:Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”     واشهد ان محمدا رسول الله
(Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah).  Syahadat kedua ini menunjukkan bahawa orang yang mengucap dua kalimah syahadat ini  mengaku dirinya tunduk, patuh dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dan utusan Allah dan dengan itu mengaku akan menurut segala ajaran tanpa ragu-ragu lagi.

3.. KONSEP SYAHADAT

Setiap orang Islam, sama ada Islamnya adalah Islam keturunan yang diwarisi daripada kedua ibubapanya ataupun tidak adalah diwajibkan mengetahui dan memahami konsep syahadat atau makna-makna yang terkandung dalam dua syahadat.  Ini adalah disebabkan semakin luas dan mendalam kita mengetahui, mengerti dan memahami konsep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadat itu,iaitu:

a.       Dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran Islam.
b.      Dibuktikan dengan menunaikan zakat.
c.       Dibuktikan dengan menunaikan ibadat puasa Ramadhan.
d.      Dibuktikan dengan menunaikan ibadat haji ke Mekah,bagi yang berkuasa sekali seumur hidup.
e.       Kezuhudan hidup di dnia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar, dan perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah.

Seseorang Muslim yang membuktikan penyaksiannya atas kebenaran Allah dan Rasulnya dengan lima ciri amalan fardhu tersebut, yang juga merupakan asas kepada binaan Muslim yang dijanjikan oleh Allah mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

4.. SYARAT-SYARATR DUA KALIMAH SYAHADAT.

Syarat-syaratnya ialah:-

a.       Wajib mengetahui lafaz Dua Kalimah Syahadat itu, wajib mengetahui maknanya dan kandungannya.
b.      Wajib mengikrar dengan lidahnya serta hendaklah mengucapkan (membaca) dua kalimah syahadat dengan selengkapnya
c.       Wajib menyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau merasa sangsi kebenaran isi dua kalimah  syahadat itu
d.      Hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak-kehendak dua kalimah syahadat itu dan menolak segala apa jua yang bertentangan dengan maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadat itu.

5..HUKUM-HUKUM YANG BERHUBUNG DENGAN DUA KALIMAH SAYAHADAT.

Seseorang yang telah melafazkan syahadat dengan kerelaan dan kesedarannya sendiri dengan tujuan menganut Islam, maka dengan itu sahlah dia menjadi sorang Muslim, dan tertakluklah dia kepada hukum-hukum syariat Islam. Tidak ada seseorangpun yang dapat mengecap atau menuduh atau menghukum seseorang itu menjadi kafir melainkan Allah sahaja.
Seseorang Islam itu tidak boleh dihukum kafir yang mengeluarkan dirinya daripada Islamnya melainkan dengan sebab-sebab berikut:-

a.       Mengengkari dan mendustai setiap sesuatu yang telah dinaskan dan difardhukan oleh Islam sebagai wajib diimani, sama ada keingkarannya itu dengan hatinya atau niatnya sahaja. Keengkaran ini tersembunyi dalam batin diri yang tidak diketahui melainkan oleh Allah sahaja) atau dengan lidah dan kata-katanya (atau apa jua yang dikitiraf sebagai kata-kata sahaja seperti mengingkari, menafikan melalui kata-kata akan ketuhanan Allah, termasuk juga menghalalkan yang haram atau mengharamklan yang halal).  Sama ada keingkaran dengan lidah dan kata-kata itu atau kerana keangkuhan atau ’inadnya atau mempersendakannya.

b.      Melakukan amalan atau perbuatan yang ada nasnya bahawa semata-mata dengan melakukan perbuatan atau amalan itu menyebabkan dia kafir seperti melakukan penyembahan yang dinaskan oleh Islam sebagai kafir, atau memakai sesuatu sebagai kafir atau memakai sesuatu yang melambangkan  sebagai kepercayaan atau penyembahan dalam agama kafir
.
c.       Hukuman ini Dia tertakluk kepada  (1) Dia tidak jahil, iaitu setelah sampai seruan kebenaran dan seteah dikemukakan hujah-hujah, (2) Dia tidak tersalah (al-Khata’) atau (3) Dia tidak  dipaksa.

                  Sekian penerangan tentang Rukun Islam.
                (Rujukan: Kitab Asas-Asas Fardhu ’Ain oleh Ustaz Endut, m.s. 3- 6)


--------------------------------ooooooooooo-------------------------------

Masalah  263 - Apakah yang dikatakan dosa kecil dan dosa besar itu.

Ketahuilah bahawasanya dosa itu terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil. Dalam menentukan dosa besar dan dosa kecil telah berlaku pertelingkahan antara para ulama’. Setengah mereka mengatakan tidak ada dosa besar dan dosa kecil, bahkan semuanya dosa itu tingkatannya sama belaka.  Sebab setiap penentangan terhadap perintah Allah s.w.t. dan laranganNya dikira sebagai berdosa sahaja. 

Tetapi pendapat ini adalah lemah disebabkan adanya firman Allah s.w.t. seperti berikut  yaang bermaksud:-

”Jika kamu menjauhi fdosa-dosa besar yang dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan kamu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”
                                      (Al-Quan surah An-Nisa’ ayat 31)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:-

”Orang-orang yang menjauhi doda-dosa besar dan perbuatan keji, kcuali  kesalahan-kesalahan yang kecil”
                                      (Al-Quran surah An-Najmu Aat 32)

Abu Talib al-Maki berkata bilangan dosa-dosa besar itu semuanya berjumlah tujuh belas iaitu hasil penyelidkannya dari berbagai Hadis dan Atar:

              (1). Empat macam daripadanya berkaitan dengan hati:-
a.     Syirik kepada Allah.
b.     Berkecimpung terus menerus dalam maksiat.
c.      Putus asa dari rahmat Allah s.w.t.
d.     Merasa diri aman dari balasan Allah s.w.t.

               (2).  Empat macam lagi berkaitan dengan lidah:

a.         Bersaksi bohong.
b.        Menuduh orang berzina.
c.         Melakulan perbuatan  sihir.
d.        Mengucapkan sumpah palsu.


               (3).   Tiga macam lagi berkaitan dengan perut:

a.     Minum arak.
b.     Makan harta anak yatim dengan inanya mererka.
c.      Makan riba sedangkan ia tahu riba itu haram.

               (4).    Dua macamlagi berkaitan dengan alat kelamin

a.      Berzina.
b.     Melakukan perbuatan lewad.

               (5).    Dua macam lagi berkaitan dengan kedud-dua
                        belah tangannyya.   (a) Mencuri (b)Memukul orang.

               (6).   Satu lagi mengenai melarikan diri dari peperangan.

               (7).   Satu lagi mengenai menderhaka kepada kedua ibu
                       bapa.

Dosa-dosa kecil.
Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Di antara sebahagian dari dosa-dosa kecil itu ialah:
                     (1). Mengumpat kepada orang
                    ( 2). Berdengki khianat
                    ( 3.) Bercakap takbur
                    ( 4).  Perbuatan riak diri
                    ( 5). Marah dan berdengki            
                    ( 6). Berdendam
                     (7). Tamak dan haloba 
                    (8).  Takbur dan bangga diri
                   ( 9).   Menipu orang ramai
                   (10).  Memutus solitarahim
                   (11).  Bakhil, kikir dan kedekut
                   (12).  Gibah atau buat fitnah.

Dosa-dosa kecil ini boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus tanpa hentian.  Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil, dan bukanlah dosa besar pula sesudah
dipohonkan ampun pada Allah s.w.t. dan tidak di ikuti lagi dengan perlakuan dosa-dosa tersebut lagi.

Janganlah kita memandang enting terhadap sesuatu dosa kecil itu, sebab setiap dosa yang dipandang berat dan besar oleh seseorang hamba, teapi menjadi kecil di sisi Allah sw.t.dan yang dipandang kecil itu tetapi menjadi besar pula di sisi Allah s.w.

Sesungguhnya hendaklah menganggap sesuatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar dengan timbul di hati yang kurang senang  dan benci terhadap perlakuan dosa itu. Orang mukmin itu akan memandang dosanya seperti gunung di atas kepala yang  pada bila-bila masa sahaja akan menimpanya.  Orang-orang yang munafiq memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas batang hidungnya lalu di usirkan sahaja.    







---------------------------ooooooooooooo-------------------------------

No comments:

Post a Comment