EMail - hjdan@myjaring.net
Beginilah jalan-jalan yang lurus - iaitu mengerjakan solat
setiap waktu,maka kita akan dapat jalanyang lurus......!
Masalah 139 .Bagaimana ke jalan lurus?
Saya selalu terbaca di dalam beberapa majallah yang menyebutkan kita hendaklah mengikuti ”Ke jalan yang lurus”. Apakah maksudnya seruan itu?
Jawapan.
Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.
Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.
Contohnya ; Lima perkara dalam Rukun Islam.
Pertama. -Mngucap Dua Kalimah Syahadah.
Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunnahnya?.
Kedua. - Mendirikan Solat Fardhu.
Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu. Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardhukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Ketiga. - Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.
Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha mencari lagi (bererti kekurangan).
Berilmu hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan. Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.
Keempat:
Tentang pembayaran zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu. Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak. Cara menyembunyi itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”
Kelima.
Menunaikan Ibadat Haji.
Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan amali sebelum dihimpunkan ke Padang Mahsyar yang pasti wujud.
Selesai mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup bertakwa dengan sebenar-benar takwa. Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Di sinilah mercu kejayaan diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih setelah terkotor sebenarnya akibat kejahatan atau kelalaian.
Apakah Masalah kita sekarang ?.
Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?
Jawapannya ialah Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri kita melalui ”Suara Hati ” dan ”Siapakah Aku”? Semakin banyak bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan dosa kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”
Soalnya sekarang tahukah ”Sipakah Aku”?
Jawapannya ialah terdiri daripada empat jenis manusia, pilihlah yang mana satu jenis diri kita ini:
Pertama : Aku tahu apa yang aku tahu.
Kedua : Aku tahu apa yang aku tidak tahu.
Ketiga : Aku tidak tahu apa yang aku tahu.
Keempat : Aku tidak tahu apa yang aku tidak tahu.
Soalnya pula Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?
Jawapannhya ialah Bezanya adalah seperti berikut:
(1) Suara Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.
(2) Kata Hati.
(3) Lahir dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.
Contoh - Suara Hati:
1. Parokok :
Sia-sia aku membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh aku sendiri.
2. Pejudi :
Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan dan membuat dosa.
3. Penipu :
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku sendiri. Akau akan dibalas dengan siksa di akhirat nanti di atas perbuatan aku ini.
Contoh: Kata Hati.
(1).Perokok.
Bergaya aku sambil menikmati kepuasan hidup ini.
(2).Pejudi.
Cara mudah aku untuk mendapatkan kesenangan, kekayaan dan kemewahan. Berdosa, Ah! Nanti aku bertaubat.
(3). Penipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain. Aku boleh senang, aku boleh berjaya segala hajat aku.
Apabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” dan “Siapakah Aku” maka hendaklah pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perkara-perkara yang ghaib kepunyaan Allah s.w.t.
Sekian dahulu mengenai soalan “Ke Jalan yang Lurus”
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.*
* Rujuk- Risalah bertajuk « SIAPALAH AKJU » oleh Ustaz Mokhtar Jamil dan Dr.Ibrahim Hj.Che Noh,Fakulti Pengajian Islam, UKM, tahun 2003.
---------------------ooooooooooo---------------------------------
Masalah 140.. Membaca Allahhu Akbar. Dinama Takbiratul Ikram
Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.
Jawapan.
Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Masalah 49 (1) ms 111)
Masalah 141..Baca Al-Fatihah Sekali sahaja
Bolehkah kita membaca Fatihaah sekali sahaja pada awal solat.
Jawapan.
Tidak boleh kerana menjadi tidak sah solat itu kerana membaca Fatihah adalah rukun sembahyang bagi Imam atau bagi makmum, kecuali bagi mereka yang masbuq kerana ditanggung oleh Imam, itupun ianya pada kali pertama memulakan solat masbuq itu, selepas itu ia wajib membaca Fatihah juga.
Masalah 142. Terlupa baca Fatihah.
Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah hukumnya.
Jawapan.
Jika ia ingat kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja. Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah dia sujud sahwi. Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah dia mendirikan solat itu semula.
Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah” Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu. Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu. Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.
Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu. Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula, kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara khutbah dengan solat Jumaat itu. (Masalah Agama- 50 (1) ms 113)
Masalah 143.. Bacaan Fatihah di perlahankan
Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).
Jawapan.
Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada akhir Maghrib dan dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya. (Masalah 51 (1) ms 115)
Masalah 144…Imam membaca ayat ketika Makmum baca Fatihah
Mengapa Terdapat Imam membaca ayat selepas membaca Fatihah semasa makmum membaca Fatihah.
Jawapan.
Imam disunatkan diam sebentar ketika makmum membaca Fatihah hingga selesai. Arti diam ini adalah sunat tidak membaca sesuatu ayat untuk memberi makmum selesai membaca Fatihah dan dengan itu dapatlah makmum mendengar Imam membaca ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat di dalam al-Quran mengatakan apabila sedang dibacakan Ayat-ayat al-Quran maka dengarkanlah oleh mu. (Masalah 52 (1) ms 116)
No comments:
Post a Comment