Monday, 18 April 2011

Masalah Agama Bab 74 - 75 - Siaran Pos 80






MASALAH  74. Ingin tahu Bilangan Talak

Minta terangkan hal-ehwal bilangan  talaq yang seorang suami boleh menjatuhkan talaq keatas isterinya dan bagaimana cara-cara peraturan dan hukum yang selanjutnya.?

Jawapan.

Seorang suami yang merdeka boleh menjatuhkan talaq ke atas isternya sebanyak tiga kali.  Talaq satu atau dua membolehkan si suami merujuk bekas isterinya sebelum habis idahnya tanpa memerlukan kepada akad yang baru.  Tetapi apabila tamat masa idahnya, jika si suami ingin mengambil kembali bekas isterinya ke pangkuannya, maka hendaklah dengan menerusi akad perkahwinan yang baru. Firman Allah s.w.t. :
اَلطَّلـَقُ مَرَّتَانِ فَـإِمْسَكٌ بِمَعْرُوْفٍ أَوْ تَسْرِيْحٌ بِـإِحْسَنٍ.

“Talaq (yang dapat di rujuk) sebanyak dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (merujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik.
                       (Al-Baqarah: 229)

Jika si suami menjatuhkan talaq ke atas isterinya untuk kali yang ketiga, atau sekaligus talaq tiga, ini merupakan talaq terakhir yang dimilikinya, maka dia tidak diharuskan merujuk bekas isterinya sekalipun dengan akad perkahwinan yang baru kecuali apabila bekas isterinya itu berkahwinn dengan suami yang lain, kemudian dia diceraikan setelah  sesudah dia di setubuhinya, dan tamat masa idahnya, pada saat itu barulah bekas suaminya  dapat merujuk bekas isterinya itu dengan akad yang baru.

Suami kedua itu menurut ulamak dipanggil ”muhallil”, iaitu orang yang menghalalkan si isteri kembali kepada suaminya yang pertama, dengan menerusi akad yang baru.

Untuk renungan semua mansyarakat Islam bahawa apabila si suami mentalaqkan isterinya untuk kali terakhir, maka Islam menyekat kedua-duanya kembali semula. Sekatan ini sebenarnya merupakan pengajaran dan ancaman yang bertujuan supaya kekuasan menjatuhkan talaq itu tidak digunakannya secara rambang, tanpa ia hendaklah merenung lebih jauh akan  akibat yang akan ditanggungnya kemudian, sama ada kesulitan untuk mendapatkan seorang isteri yang  baru atau kesulitan menanggung nafkah anak-anaknya yang termasuk upah penyusuan, penjagaan dan keperluan-keperluan lain jika keadaan mereka memerlukannya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 140)


MASALAH  75.Cara suami hendak talaq isterinya?

Jika seseorang suami itu hendaklah mentalaq isterinya itu apakah cara-cara dan rukun yang Islam menetapkannya supaya perceraian menjadi sah?

Jawapan.

Seperti juga perkahwinan, talaq atau perceraian mempunyai rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang tersendiri.  Kesahannya amat bergantung dengan kedua-dua perkara  tersebut.  Talaq atau perceraian mempunyai lima rukun iaitu:
a.       Ianya seorang suami.
b.      Ianya serang isteri.
c.       Niat menjatuhkan talaq (bagi talaq kinayah).
d.      Isteri yang masih didalam jagaan suaminya.
e.       Sighah (iaitu uacapan yang digunakan untuk menjatuhkan talaq.

Tidak semua talaq yang ditajuhkan oleh seseorang suami ke atas isterinya dihukum sah dan berlaku kesannya kerana terdapat beberapa syarat  kelayakan peribadi yang berkaitan dengan diri si suami. Tanpa kesempurnaan syarat-syarat itu maka talaq yang dijatuhkan  itu tidak sah  dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Di antara syarat-yarat itu  ialah:-

a.     Berakal. – Syarat ini bermaksud bahawa talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami yang gila atau sedang tidur adalah tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan, tetapi jika kehilangan akalnya disebabkan oleh mabuk kerana sengaja meminum minuman keras dan seumpamanya, maka talaqnya adalah sah dan berlangsung kesannya.

Kedaan ini tidaklah sama jika seseorang itu meminum ubat yang
     boleh menghilangkan akalnya dengan tujuan untuk berubat atau
    terminum bahan yang memabukkan dengan tidak disengajakan
     maka talaq yang diucapkan ke atas isterinya tidak akan jatuh
     dan tidak mempunyai apa-apa kesannya terhadap si isteri.
     Dalam soal tidak waras ini Rasulullah bersabda:

كُلُّ طَلاَقٍ جَاءِـزٌ إِلا َّ طَلاَقُ الـْمَعْتُوْهِ الـْمَغْلـُوْبِ عَلىَ عَقْلِهِ.
             Kesemua talaq itu sah kecuali talaq seorang yang tidak waras akalya.  (H.R. a;-Termidhi)
    
b.     Baligh – Seorang suami yang masih diperingkat umur bawahan   
    (belum baligh), talaq yang dijatuhkannya adalah tidak sah kerana dia
    pada saat itu belum lagi menjadi seorang mukallaf. Rasuluallah
    s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
    Diangkat dosa daripada penanggungan tiga orang: orang yang
     sedang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak  sehingga dia
     menjadi dewasa dan orang yang gila sehingga dia menjadi 
    siuaman.                                                      (H.R. al-Baiahqi)

        c.. Dengan pilihan sendiri -  Dengan itu talaq yang dijatuhkan oleh
      seorang suami yang dipaksa berbuat dermikian adalah tidak sah. 
      Maksud paksaan di sini ialah yang mengancam nyawa dan harta
      benda seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

     Diangkat  dosa umatku kerana perbuatannya yang tersalah (iaitu
       tidak sengaja), terlupa, dan dipaksa.”
                                                    (H.R. Ibn Majah dan Al-Hakim)

c.      Sekalipun seorang lelaki itu sempurna syarat-syarat kelayakan diri untuk menjatuhkan talaq ke atas seorang perempuan tetapi kesahan talaq yang dijatuhkannya itu adalah terikat dengan dua syarat, iaitu:

         (1).  Perempuan yang dijatuhkan talaq itu adalah isterinya yang
                sah dan:
        (2).  Dia masih di dalam kekuasaannya sekalipun di dalam idah
               raji’i.

d.  Kedua-dua syarat diatas meberi gambaran kepada kita, jika perempuan yang berkaitan belum menjadi isterinya yang sah atau isterinya yang telah tamat masa idah raji’inya, maka talaq yang diucapkannya tidak mempunyai apa-apa kesan kerana kedua-dua kedudukan itu meletakkan perempuan yang berkenaan diluar kekuasaannya sebagai seorang suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 140)


 ----------------------------------ooooooooooooooo------------------------------------

No comments:

Post a Comment