Email - hjdan@myjaring.net
Beramallah anda seperti mereka dlam
gambar ini.
Masalah 145.. Doa qunut dan fungsinya.
Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh.
Jawapan.
Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi.
Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.
Menurut keterangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-
“Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.
Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122)
Masalah 146..Membaca Surah Al-Fatihah
Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”
Jawapan.
pada pernulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:-
“Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.” (Masalah56 (1) ms 126)
Masalah 146..Membaca Surah Al-Fatihah
Setelah saya selesai solat baru teringat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak.
Jawapan
Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam, maka tidaklah membatalkan solatnya itu.
Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah.
Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itu, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai.
Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Masalah 60 (4) ms 138)
Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam. (H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi)
(Rujuk Masalah 60 (4) ms 140)
------------------------------ooooooooooooooo--------------------------
No comments:
Post a Comment