Friday, 29 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 254-256 - Siaran pos 124

Email  -   hjdan@myjaring.net



Masalah 254-Masalah menggaru-garu semasa solat?
Masalah menggaru-garu dalam solat, adakah batal atau makruh perbuatan itu?

Jawapan:
Masalah garu ataupun bergerak yang bukan tuntutan solat, perhatikan sekiranya berlaku pergerakan melalui anggota berat seperti tangan ataupun kaki dan sebagainya. Sekiranya ia berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut  ataupun dengan hanya sekali pergerakan tetapi kuat dan dipandang keji seperti melompat dan sebagainhya, maka solatnya terbatal.

Sekiranya pegerakan ataupun menggaru melalui anggota yang kecil seperti kelopak mata, jari-jari tangan dan sebagainya walaupun berulang kali dan berturut-turut, maka tidak batal solatntya.
. (.Rujukan: ”Kitab Fikh Harian” oleh Dato Dr.Haron Din m.s 62,  terbitan PTS Publications  Kuala Lumpur tahun  2007.)
Masalah 255-... Terbatal sembahyang apabila ternampak aurat
Adakah batal solat kita sekiranya semasa serang solat tiba-tiba terbuka ataupun terselak kain sehingga menampakkan aurat?

Jawapan.

Seseorang yang sedang bersolat dan tiba-tiba terbuka aurat. Adalah batal solat sama ada dibuka sendiri ataupun oleh orang lain atau ditiup angin. Tetapi sekiranya terbuka aurat disebabkan angin yang bertiup kencang kemudian ditutup dengan segara maka solat itu tidaklah terbatal.
(Rujukan: ”Kitab Fikh Harian” oleh Dato Dr.Haron Din m.s 62,  terbitan PTS Publications  Kuala Lumpur tahun  2007.)

                                  AKIDAH
Masalah 256-.. Apakah yang dikatakan Rukun Iman?
Mohon tuan siarkan scara lanjutan dari hal Rukun Iman.

Jawapan.

 AKIDAH  - RUKUN IMAN YANG PERTAMA (1)


Dalam ajaran Islam, akidah ialah iman atau kepercayaan.  Sumbernya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.   Baginda pernah memberikan keterangan tentang erti iman di dalam suatu majlis brsama-sama sahabat ketika di datangi oleh Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada Rasulullah mengenai iman, Rasulullah s.a.w.menerangkan :

Iman itu engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya serta hari akhirat dan engkau beriman kepada taqdir (yang ditentukan oleh Allah) baik dan buruknya.”

Iman bererti :-

a.                    Percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.

b.                    Segala jenis amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.

c.                    Perkara-perkara yang dimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.

Percaya secara mutlak kepada Allah ialah mebenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan peraturan-peraturannya.  Kepercayaan yang mutlak itu hendaklah mengandungi tiga unsur penting iaitu :

a.       Ikrar dibaca dengan lidah.
b.      Ditasdiq (dibenarkan) dengan hati.
c.       Dipraktikkan dengan anggota.

Abul Ala Maududi, seorang ulama, terkemuka pada abad ini menjelaskan hubungan antara iman dan Islam :-

”Hubungan antara Islam dan iman adalah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi Muslim tanpa mempunyai keimanan.”
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, tenyatalah bahawa Rukun Iman itu terdiri daripada :-
a.     Iman kepada Allah.
b.     Iman kepada MalaikatNya.
c.      Iman kepada KitabNya.
d.     Iman  kepada RasulNya.
e.      Iman kepada Hari Akhirat.
f.       Iman kepada Qada’ dan Qadar.

HURAI MENGENAI RUKUN IMAN.
1..    Rukun  Iman yang pertama ialah Beriman Kepada Allah.
Keimanan kepada Allah merupakan asas pokok di dalam dasar keimanan seseorang.  Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib ke atas manusuia iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin, kerana dengan keyakinan betul dan benar, maka dengan sendirinya kita yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya.  Al-Quran al-Karim sebagai sumber ajaran dan hukum  Islam yang penting  memberikan keterangan yang jelas mengenai keimanan kepada Allah, dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas mengenai kewujudan yang Maha Esa itu.  Firman Allah s.w.t. :-
قُلْ هُوَ اللهُ أ َحَدٌ (1)  اَ للهُ الصَّمَدُ  (2)  لـَمْ يَلِدْ وَلـَمْ يُولـَدْ  (3)
وَلـَمْ يَكن لـَّهُ كُفُوًا أ َحَدٌ (4)
“(1) Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu satu (2) Allah tempat sekalian makhluk bergantung (3)  Tidak Dia beranak dan diperanakan (4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara atau seumpama denganNya.
                                                                                (Surah al-Ikhlas : 14)
ذَلِكُمُ اللهُ رَبُّكُمْ لآ إِلـَهَ إ ِلَّاهُوَ. خَلـَقَ كُلِّ شَىْءٍ فَاعْبُدُوهُ.
“Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkian Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia.
                                                                        (Surah Al-‘Am: ayat 102)

وَلـَءِـن سَأ َلـْتَهُمْ مَّنْ خَلـَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضَ لـَيَقُولـُنَّ
 خَلـَقَهُنَّ الـْعَزِيزُ الـْعَلـِيمُ (9)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka (orang jahiliah), siapa yang menjadikan lagit dan bumi, nescaya mereka menjawab, bahawa yang menjadikan  langit dan bumi itu ialah Allah YangMaha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.”                                (Surah az-Zukhruf: ayat 9)
Orang Jahiliah mengakui akan adanya Allah tetapi mereka menyembah juga patung dan berhala.  Kenapa mereka tidak menyembah Allah, sepatutnya mereka menyembah Allah sebagai Tuhan mereka.
Fenomena jahiliah ini masih kita dapati di dalam kehidupan moden hari ini. Masih ada golongan yang percaya dan menyembah patung-patung berhala, gunung-ganang, sungai, kubur dan kepercayaan kepada benda-benda yang di percayai keramat seperti keris-keris, tongkat, azimat dan sebagainya.  Semuanya ini merupakan amalan syirik yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Islam memandang perbuatan syirik seperti itu sebagai suatu perbuatan yang hina dan bodoh.  Bukankah manusia itu  telah diciptakan pada martabat yang paling tinggi di kalangan makhluk-makhluk Allah yang lain.  Dengan melakukan amalan syirik itu bererti dia telah menghina dan menjatuhkan darjat kemanusiannya.
Di dalam Al-Quran diterangkan dalil tentang keesaan dan kesempurnaan Allah s.w.t. yang lengkap di dalam surah Al-Baqarah ayat 255 :-

ا َللهُ لآ إ ِلـَهِ إ ِلا َّهُوَ. الـْحَيُّ الـْقَيُّومُ لآ تَأ ْ خُذُهُ سِنَة ٌ وَلآ نُوْمٌ لـَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الْأ َرْضِ. مَنْ ذَالـَّذِى يَـشْـفَعُ عِنْدَهُ إ ِلا َّ
بِإ ِذْنِهِ. يَعْلـَمُ مَابـَيْـنَ أ َيْدِيْهِـمْ وَمَا خَلـْفَهُـمْ. وَلآيُحِيْـطُوْنَ بِشَىْءٍ
مِّنْ عِلـْمِهِ إ ِلا َّبِمَا شَـآءَ. وَسِعَـكُرْسِـيُّـهُ السَّمَـوَاتِ وَالْأ َرْضَ.
وَلآيَـءُـودُهُ حِفْـظـُهُـمَا.وَهُـوَ الـْعَـلِىُّ الـْعَـظِـيمُ. (255)
”Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur, yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi.  Siapa yang akan memohoan syafaat (pertolongan) di sisiNya kalau bukan dengan izinNya.  Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahaui suatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadaNya). 
LuasNya kerusi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua alam langit dan bumi,  dan Dialah Allah  yang  Maha  Tinggi  lagi  Maha  Agung.”
                                                               (Surah Al-Baqarah. ayat 255)

Ayat suci ini menjelaskan Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan berikut :-
1..   Dialah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak disembah       dan dipatuhi.
2.. Dialah sahaja Tuhan yag hidup scara mutlak  terlepas
     daripada pengertian hidup yang difahami oleh manusia.

3.. Dialah yang kekal selama-lamanya mengtadbirkan
    sekalian makhluknya serta memberikannya segala-gala 
    yang diperlukan untuk keperluan hidup masing-masing.  

4..Maha Suci Tuhan daripada rasa letih lesu, mengantuk
   atau tidur.
5..Allah menguasai segala yang ada di langit dan di bumi  dengan
   penguasaan mjutlak yang meliputi.

6..Allah bebas melakukan segala yang dikehendakiNya, tidak ada sesiapun
   yang boleh mempersoalan hukumNya atau yang dapat menolak 
  keputusanNya atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan dan  
  dikehendaki –Nya sama ada dengan meminta syafaat atau pertolongan
 atau mengemaukakan rayuan kecuali setelah Dia izinkan.  Maka pada ketika itu ia tunduk mematuhi dan memohon syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan,  sesuai dengan keadaannya.

7.. Allah Maha Mengetahui akan keadaan sekalian makhlukNya meliputi segala apa yang sedang mereka hadapi daripada segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku,  sebaliknhya mereka sendiri tidak mengetahui sesuatu pun daripada apa yang diketahui Allah Taala,  kecuali apa yang Allah kehendaki mereka mengetahuinya.
8.. Allah, Dialah saja pemerintah Agong, kebesaranNya dan ilmu-ilmuNya meliputi langit dan bumi.

9..Allah, Dialah saja yang mempunyai sepenuh-penuh kekuasaan.  Tidaklah menjadi keberatan atau kesukaran kepadaNya menjaga dan memelihara alam langit dan bumi dan saegala yang ada pada kedua-dua alam itu.

10.. Allah,  Dialah juga yang Maha Tinggi Kebesaran dan KemuliaanNya.  Tidak ada yang mengatasiNya dan Dilah jua yang Maha Besar kekuasaanNya yang tidak ada bandinganNya.
     


             --------------ooooooooooooo------------

No comments:

Post a Comment