Tuesday, 19 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 132 - 138 -Siaran pos 94


Email   - hjdan@myjaring.net
                         Pandangan  di  sekitar Bandar  Melaka Bersejarah

Maslaah 132 . Orang sedang solat menyahut panggilan


Bolehkah  orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.


Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115


Masalah 133 . Berdoa slepas dibaca surah Fatihah

Seorang sahabat saya  suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
 fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa  Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”

Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”.  Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin”  sahaja.  Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin.    (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)


Penutup Penulisan ini.

Sukacita jika anda apabila telah menyemak Siaran  ini sudilah memberi tahu sekalian rakan anda agar menjadi Rakan ”Follower” Siaran Blog Internet kami demi untuk faedah meningkatkan ehwal agama Islamseperti betrikut.
            atau
 
          atau


 Dalam Siaran Blog Internet kami pada hari ini sudah ada sebanyak 340 Blog Siaran, semuanya mengenai hal ehwal masalah agama Islam. Buka dan bacalah....!

Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka itu. Kerjasama anda untuk memaklumkan kepada mereka amatlah dihargai dan disanjung tinngi. Semoga Allah s.w.t . memberi ganjaran pahala di atas membantu kerja-kerja dakwah agama Islam.

                  ---------------------ooooooooooo---------------------------------




Masalah  134   - Huraikan tentang Akidah Islam

Mohon tuan Huraikan pengertian akidah dan jelaskan keperluan manusia kepada akidah Islam berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran. (2006).?

Jawapan. 

1..Perkatan Akidah diambil dari kata dasar (
عـقـد)akad yang berearti dari segi bahasa ialah menghimpun antara hujung-hujung sesuatu perkara yang digunakan kepada ikatan. Kemudian digunakan kepada ikatan seperti simpul tali.. Kemudian diperluas gunanya kepada ikatan atau simpulan seperti akad nikah, akad jual beli dan sebagai lagi.

2..Perkataan akad pada keseluruhannya berarti meneguh, mengadakan ikatan yang kukuh antara dua perkara Begitu juga perkataan (
عـقـيـدة ) Akidah berarti meneguh dan kuat dalam apa-apa pegangan. Aqidah dalam agama berarti meneguh apa-apa yang dipercayai dianuti oleh manusia dalam perkara agama.

3..Kesimpulan perkataan akidah bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara yang mendorong seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dianutinya.

4..Semua manusia memerlukan kepada aqidah dan kepercayaan agama kerana naluri beragama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakam salah satu sifat semulajadi manusia.sebagaimana sifat kasih sayang, sifat benci, sifat marah, sifat suka, duka, sifat berakal, sifat berhawa nafsi dan sebagainya.
(nota ms 5 D)

5.. Ketiadaan salah satu sifat itu boleh mencacat dan merosakkan rohani dan kehidupan mereka. Ketiadaan kepercayaan agama lebih bahaya, kerana gama menjadi pengawal kepada sifat-sifat lain. Mnusia amat perlukan sifat aqidah kerana ianya dapat mengawal dan menentukan matlamat hala tuju manusia.
Masalah  135. Apakah Pengertian akidah Islam.

Apakah Pengertian akidah Islam dan keistimewaannya berbanding akidah lai

 Jawapan.

1.. Aqidah Islam adalah aqidah tauhid yang khalis. Orang Islam tidak dibenarkan menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak ada orang tengah dan berhubung terus dengan Allah.
Firman Allah :”
وَاعـْبـُدُ وا اللهَ وَلا َ تـُشـْرِكـُوْا بـِه شَيـْـءـًـا.

Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu
(An Nisa’36 ()(nota ms 6 F)
2… Aqidah Islam berarti kepercayaan agama yang kuat dan percaya kepada Tuhan. Aqidah Islam mempunyai istimewa berbanding aqidah agama lain kerana ianya dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada manusia untuk mengenal kebenaran dan keburukan.
Dan ia dapat menghapuskan kebatilan tanpa rasa takut dan bimbang. (nota ms 11 G)

3… Aqidah Islam menjadi asas yang amat sesuai kepada manhaj Yang Lurus.. Aqidah Islam adalah sempurna dan dapat mencakupi semua perkara yang diperlukan oleh manusia, menentukan jalan yang baik dan buruk untuk dipilih berdasarkan kemahuan mereka tanpa apa-apa paksaan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 3. (nota ms 12 H’)
إنـّا هـَد َيـْنـَا هُ السـَبـِيـْلَ إ ِمَّا شـَاكـِرًا وَإنـَّا كـَفـُو ْر ًا.

Bermaksud” Sesungguhnya kami (Allah) menunjukkan jalan
Kepada (manusia) sama ada dia bersyukur atau dia kufur)
(Al-Imran ayat 3)

Masalah 136 -Apakah yang dinamakan al-Husna itu.
Minta tuan terangkan
Jawapan.

1. Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNya. Jadi nama-nama Allah itu sekali gus menjadi sifat-sifatNya dan dinamakan al-Husna kerana ia menunjukkan sebaik-baik yang dinamakan (iaitu Allah.)

2. Mentauhidkan Allah pada nama-namaNya bermaksud dengan tiap-tiap nama yang dinamakan oleh Allah bagi diriNya bersama pengertian kepada nama-nama itu. Contohnya terdapat dalam al-Quran nama Allah al-Rahim, maka wajib kita beriman bahawa al-Rahim itu nama bagi Allah dan ia menunjukkan bahawa Allah mempunyai sifat rahmah iaitu sifat kasih sayang. Dia memberi rahmat kepada mereka yang Dia kehendaki. Begitulah seterusnya.

3. Terdapat dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama: seratus kecuali satu – sesiapa yang dapat membilang dan menghahafaznya dia boleh masuk syurga.”
                                                                      (HR Bukhari dan Muslim)


4. Para Ulama’ berpendpat bahawa 99 nama yang disebut dalam hadis itu bukanlah setakat itu sahaja tetapi lebih lagi dan Allah tidak memberitahu kepada kita.

5. Nama-nama yang disebut 99 nama itu ialah bilangnan, Nama-namaNya dan PengertianNya

1. Allah -  Nama bagi Zat Allah

2. Al-Rahman - Yang memberi nikmat-nikmat besar

3.Al-Rahim - Yang memberoinikmat kecil

4. Al-Malik - Yang memerintah mengikut kehendakNya

5. Al-Quddus  -Yang membersih dari segala keaiban dan kekurangan.

6. Al-salam -Yang mententeramkan makhluk Nya

7. Al-Mukmin -Yang mengamankan dari azab dan benar pada janjiNya

8. Al-Muhaimin - Yang menguasai.

9. Al-Aziz  - Yang Berkuasa (menang).

11. Al-Mutakabbir -Yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dankaeagongan.

12.Al-haliq - Yang mencipta segala makhluk.


13.  Al-Bari  - Yang mencipta segala bernyawa dan mengadakan ada yang telah ada asalnya.

14.  Al-Musawwir - Yang menberi dan meletakkan rupa kepada tiap-tiap sesuatu


15.  Al-Ghaffar - Yang sangat mengampun dosa.


16. Al-Qahhar - Yang sangat keras.

17. Al-Wahhab - Yang sentiasa membreri.

18. Al-Razzaq -  Yang mencipta rezeki dan sebab-sebabnya.

19. Al-Fattah - Yang membuka gedung rahmat untuk hambaNya.

20.  Al-Alim - Yang mengetahui segala sesuatu

21.  Al-Qabit - Yang memegang segala ruh dan menyempit rezeki kepada     sesiapa yng dikehendakki nya.

22. Al-Basir - Yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya.


23. Al-Hafid - Yang merendahkan kedudukan orang yang berhak direndah.

24. Al-Rafi -  Yang mengangkat orang orang yang berhak diangkat.

25.  Al-Muizz  - Yang mengangkat dan memberi pertolongn kepada orang yang berpegang trguh dengan agamaNya.

26. Al-Muzill’ -  Yang menghina dan merendahkan seteru-setreruNya.

27. Al-Samii’  - Yang mendengar bagi tiap-tiap perkara yang bleh didengar.

28. Al-Basir  -  Yang melihat tiap-tiap sesuatu yang dapat dilihat.

29. Al-Hakam - Yang memutus hukum yang tidak dapat ditolak dan dipertikai keputusanNya.

30. Al-Adl  - Yang adil yang cukup sempurna kendalianNya.
(Akan disambung lagi hingga Nama ke 99)....\

Masalah 137. Kejadian dan tabiat malaikat
 dan beberapa peranan yang dimainkan oeh malaikat yang berkaiatan dengan kehidupan manusia di dunia. (

Jawapan.
 
Malaikat adalah suatu alam halus yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak dapat dicapai dan dirasai melalui pacaindera.. Ini kerana mereka adalah dari alam-alam diluar alam tabaie yang tidak boleh dikesan melalui pacaindera kita. Kita dapat mengetahui ada mereka, sifat-sifat dan tugas mereka hanya melalui perkhabaran dari al-Quran dan aal-Sunnah.

Kewujudan malaikat sabit dengan dalil-dalil qatie dari al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu beriman dengan malaikat adalah wajib kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Iman.
Firman Allah s.w.t.:’-
اَمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أ ُنـْزِلَ اِلـَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالـْمُؤْمِنُوْنَ كُلًّ آمَنَ بِا اللهِ وَمَلَاءِـكـَتِهِ وَكـُتـُبِهِ وَرُسُوْلِهِ لَا نـُفَرِّقُ بِيْنَ اَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالـُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفـْرَانَكَ رَبنـَّاَ وَاِلـَيْكْ الـْمَصِيْرُ.

“Rasulullah telah berman dengan apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan begitu juga, orang-orang beriman, tiap-tiap seorang dari mereka percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata) Kami tidak membezakan di antara seorang (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi kami dengar dan kami taat (kami ohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, kepada Kamu jugalah tempat kembali”
Antara sifat-sifat malaikat dan hakikat kejadian mereka sebagaimana yang disebut dalamal-Quran dan al-Sunnah ialah:-

       a…Mereka dijadikan dari cahaya (nur) sebagaimana 
       sabda Rasuullah s.a.w..yang bermaksud:

       Dari Aisyah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berkata. ”Dijadikan malaikat  
       dari cahaya dan dijadikan jin dari nyalaan api yang panas dan dijadikan
       Adam sebagaimana yang.disifatkan bagi kamu,
       (H.R. Muslim dan Ahmad)

      b. Mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa kecuali ketika mereka  
      menjelma dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang Jibril datang menurunkan
      wahyu kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak dapat.dilihat oleh mereka yang       berada bersama Baginda.  


 c.Malaikat boleh menjelma dalam bentuk rupa jismaniah seperti rupa
   manusia dan lain-lain sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Umar al-
         Khatab. Bahawa pada satu hari seoranag lelaki yang sangat putih  
        pakaiannya dan sangat hitam rambutya dataing berjumpa Rasulullah dan
         bertanya tentang Islam, iman, ihsan, hari kiamat dan alamat-alamatnya.
        Lalu Rasulullah menjawab segala pertanyaanya itu. Selepas dia
        meninggalkan tempat itu Rasulullah bertanya kepada Umar, tahukah kamu
        siapa dia yang bertanya itu. Umar memjawab :

       “Allah dan RasulNya lebih mnengetahui. Lalu Baginda berkata itulah Jibril  
        datang kepada kamu megajar agama lepada kamu:” kepada Allah  
        sepenuhnya. Tidak pernah menderhaka.


       d..
Tabiat malaikat pada keseluruhannya ialah taat kepada Allah 
        sepenuhnya. Tidak pernah menderhakaNya selama-lamanya.

    e.. AlQuran telah menceritakan setengan daripada tugas malaikat ialah:-   

(1).. Malaikat Jibril Menurunkan wahyu kepada Rasul-rasul.

              (2). Malaikat Malaikul Maut –Diberi tugas Mengambil nyawa.

             (3)..Malaikat Mikail ditugaskan menurunkan hujan.
            (4).. Malaikat Israfil ditugaskan meniup  sangkakala.

           (5).. Malaikat Ridzuan ditugaskan menjaga pintu Syurga.
 
           (6).. Malaikat Zabaniyah ditugaskan menjaga pintu neraka.

          (7).. Malaikat Kiramun Kitabin ditugaskan untuk menulis amal kebajika.

Kesimpulan.

1.    Mengikikadkan bahawa bagi Allah s.w.t. ada beberapa malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya).
2.   Malaikat-malaikat itu adalaj makhlkuk Allah Azza Wajalla dalam alam ghai


Masalah 138–Perbezaan Malaikat dan iblis..

Mohon tuan Nyatakan secara ringkas perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan hubungannya dengan manusia.

Jawapan.

Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia

Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia.
Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.
Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-

“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah” (Surahal-Kahfi ayat 50).


Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-


Firman Allah swt yang Bermaksud:-

“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
                                                           (al-Hijr ayat 2627)           

Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman dan ibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Zuriat,ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)

Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.

Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)

Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-

“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).

Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.

Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat.


                  ---------------------ooooooooooo---------------------------------                




No comments:

Post a Comment