Monday, 18 April 2011

Masalah Agama Bab 71 - 73 - Siaran pos 79




SOALAN 71.Hukum Orang yang sakit kencing tak putus?

Bagaimana caranya orang Islam yang sakit kencing tak putus-putus keluar setiap masa sehingga mambtalkan wuduknya dan sukar hendak sempernakan sembahyang.

Jawapan.

Orang yang berpenyaki seperti ini, artinya kencingnya terus menetes setiap masa sedikit-sedikit dan samalah seperti wanita yang mustahadlah, yaitu wanita yang terus-menerus keluar darah yang bukan dimasa haid atau nifas disyaratkan melakukan seperti berikut:-

a. Tunggu masuk waktu baru berwuduk.
b. Muwalat atau berturut-turut.
c. Membasuh kemaluannya dan membungkus atau menyumpal
atau mengikat kemaluannya yang keluar najis.
d. Memperbaharuinya untuk tiap-tiap wuduk.
e. Menyegerakan sembahyang.
d. Berwuduk pada tiap-tiapkali solat.

Orang berpenyakit seperti ini apabila ia akan melakukan wuduk, umpamanya untuk solat Dzuhur mulalah ia menentukan apakah sudah masuk waktu atau belum. Jika sudah masuk waktu segerlah ia mencuci tempat keluar kencing itu dan membalut dan mengikatnya, kemudian barulah ia mula berwuduk dengan berturut-turut, artinya janganlah di antar pembasuhan itu diselangi dengan melambat-lambatkan berwuduk. Kemudian wajiblah bersegera bersembahyang , artinya janganlah ia selangi dengan kerja-kaerja lain.
Dan tidak batal wuduknya dengan keluar sesuatu jenis yang, menjadi penyakitnya itu, dan jangan ia ada was-was dalam hatinya.
Firman allah s.w.t.
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.
(Al-Haj ayat 78)
مايـُر ِ يـْد ُ اللهُ لـِجـْعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ مـِن ْحـَرَج ٍ وَلـَكـِن ْ يـُرِ ِ يـْد ُ لـِيـُطَهـِّرَكـُم ْ .Allah tidak menghendaki untuk menjadikan kesukaran ke atas kamu, akan tetapi dia menghendaki untuk mensucikan kamu.(Al-Maedah ayat 7)
Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.3 ms 138.


Masalah 72. Hukumn lelaki berjabat tangan dengan wanita.

Apakah hukumnya seorang lelaki berjabat tangan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya?

Jawapan.

Sudah maklum tentang keharaman lelaki melihat perempuan ajnabiyyah dengan bersyahawat.  Maka berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita ajnabiyyah (bukan mahram) adalah juga haram. Kerana dengan persentuhan kulit laki-laki terhadap wanita yang helat  (yang bukan isteri atau dan bukan mahram) itu adalah termasuk suatu hal yang dapat mengasyikkan, lebih daripada keasyikkan dari memandang.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil. 3 ms 61).


RENUNGAN. 

وَبَشِّرِ الَّـَذِ ينَ ءَا مَنـُوْاوَعَمِلـُو الصَّـلِحَـتِ أَنَّ لَهـُم جـَنَّـتٍ تَـجـرِى مِـن تـحـتِهـَا الأ َنْهــرُ .

Brerilah khabar gembira orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai dibawahnya. (Al-Baqarah ayat 25).

Sedekah seperti biji benih yang tumbuh
Firman Allah s.w.t.

مَثـَلُ الـَّذِيـْنَ يـُنـْفـِقـُوْنَ اَمـْوَا لـَهُمْ فِىْ سَبـِيـْلِ اللهِ كـَمـَثـَلِ حَبـَّة ٍ اَنـْبـَتـَتْ سَبـْعَ سَنـَا بِلَ فِىْ كـُلِّ سُنـْبـُلـَة ٍ مـَّا ءَــة ُ حـَبـَّة ٍ  ط  وَالله ُ يـُضَعـِفُ لـِمـَنْ يـَّشـَآء ُ  ط
    وَالله ُ وَاسِع ٌعـَلـِيـْم ٌ (البقرة 261)

Misalnya orang-orang yang menafkahkan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatkangandakan bagi siapa yang dikehendakiNya, dan Allah luas (kurnuianya) lagi Mahamamengetahui. (Al-Baqarah ayat 261)
                      ---------------------oooooooooooo------------------

MUNAKAHAT

MASALAH  73 –Inging tahu  ertinya talak  Suni dan Bad’i

Saya kurang faham mengenai perkara yang dimaksudkan dengan Talaq Sunni dan Talaq Bid’i itu.  Sukacita jika dapat tuan jelaskan?

Jawapan.
Selain daripada talaq yang disebutkan terdahulu talaq juga dibahagikan kepada “talaq sunni” dan “talaq bid’i “.

Talaq Sunni – Ialah talaq yang dijatuhkan mengikut peraturan syarat, seperti talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami ke atas isterinya yang sedang di dalam keadaan suci yang belum lagi disetubuhinya.

Talaq Bid’i  - Ialah talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami ke atas isterinya ketika dia di dalam masa haid atau nifas atau di dalam masa suci yang disetubuhinya. Talaq ini hukumnya haram dan sunat bagi si suami merujuk semula akan isterinya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 136)


-------------------------------ooooooooooooooooooooooo--------------------

No comments:

Post a Comment