Masalah 199 – Tidak tahu dimana Bafrat danTimur.
Semasa saya bertugas di dalam hutan tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu di mana barat dan timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah sah saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu?
Jawapan.
Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Wajib mengadap qiblat dengan yakin dari dekat mahupun dari jauh. Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat itu. Syarat penentuan arah qiblat adalah:-
a. Mengetahui sendiri
b. Pengkhabaran dari orang berkepercayaan
c. Ijtihad
d. Taqlid kepada orang yang berijtihad.
Dalam hal di atas wajib ia mengetahiui sendiri dimana qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak berupaya wajib ia mencari tahu dari orang-oranang yang mengetahuinya. Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia menyemak dengan pengalamannya yang lalu. Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib ia berdahya upaya mencari tanda-tanda yang lebih meyakinkan dirinya itu adalah qiblat. Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiblah ia berijtihad iaitu membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah qiblat yang ia tidak menaruh syak wasangka sedikitpun. Sembahyangnya ia dengan khusyuk seperti biasa kerana Allah akan
menerima sembahyangnya itu. Firman Allah s.w.t.:
وَمَا جَعَل عَلـَيْكُمْ فِى الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ. (الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam
perkara agama (Al-Haj ayat 78)
Tetapi terenyata selepas itu dia mendapati ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas yang ia ketahui sahnya keslahannya itu.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil. 3. m.s. 156)
Masalah 197 – Hadis solat-solat sunat?
Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?
Jawapan:
Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Sallah s.w.t.:
وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا. ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
(Al-Israq ayat 79).
Terdapat beberapa banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:
a. Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.” Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”
b. Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”
c. Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”
d. Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”
e. Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”
f. Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”
g. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah
--------------------oooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment