Masaslah 151-Adakah kita kena Qada bila haid dannifas?
Saya telah meninggalkan sembahyang kerana haid dan nifas dahulu, wanjibkah saya qadha sembahyang yang saya tertinggal itu?
Jawapan.
Wanita yang ada haid ataupun nifas wajib meninggalkan sembahyang dan haram kalau dia sembahyang. Dan dia tidak diwajibkan kepada mereka itu mengqadha sembahyangnya itu, bahkan tidak dibolehkan mengqadhanya.
(Kitab Masalah Agama Jil 2. para 158,ms 140
)
Saya telah tertinggal sembahyang Isya’ kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus mengqadhanya?.
Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang itu. Hanya diwajibkan kepada mereka itu melakukan sembahyang setelah bangun dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna, sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang itu di namakan ”Ada’an” Dan jika seluruh sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya, maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.
Masalah 152- Batalkah solat bagi orang berkata-kata?
Jawapan.
Berkata-kata dalam solat yang tidak ada kena mengena dengan urusan solat sama ada dua huruf ataupun satu huruf yang boleh difahami dan disengajakan maka solatnya terbatal. Tetapi sekiranya berkata-kata walaupun dengan sedikit perkataan yang tidak dapat difahami dan terlupa, maka solat itu tidak batal. Dalam konteks ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
”Sesungguhnya solat sebaik-baiknya tidak dicampur aduk dengan percakapan manusia kerana solat mengandungi tasbih, takbir dan bacaan Quran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Prof.Dr Haron Din m.s. 63)
Masalah 153.Bolehkah solat wajib dibuat dua kali?
Saya telah sembahyang Maghrib berjemaah di rumah dan apabila saya pergi ke masjid orang masih lagi bersembahyang Maghrib di situ, dan merasa malu pula kalau tidak ikut sama, wajibkah saya sembahyang bersama.?
Jawapan.
Sembahyang untuk kali keduanya itu dengan berjemaah disebut sembahyang ”Mu’adah”. Hukumnya adalah sunat di lakukan. Terdapat hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari Yazid ibn Aswad Bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:-
اِذَا صَلـَّيْتُمَا فِى رِحَالـِكُمَا ثـُمَّ اَتَيْتـُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلـِّيَا
مَعهُمْ فَـاِنَّهَا لـَكُمَا نـَافـِلـَةٌ.
(رواه احمد,ابو داود, الترمزي وانساعي)
“Apabila kamu berdua telah bersembahyang di rumah kamu
kemudian kamu datangi suatu masjid jamaah, maka bersembahyanglah kamu bersama mereka, kerana sesungguhnya ia itu sunat untuk kamu”.
(H.R Ahmad, Abu Daud,Attitmidzi dan Annasa’ ) (Kitab MasalahAgama Jilid 2,para 160 ms 148)
Masalah 154.Makmum ikut Imam yang solat saunat.
Saya telah sembahyang wajib (Isyak) sebagai makmum di madrasah dengan tidak sepengetahuan saya, orang yang sedang saya makmumi itu sebenarnya bersembahyang sunat. Bagaimana hukumnya?
Jawapan.
Orang yang sembahyangh fardhu, mengikuti orang yang sembahyang sunnat yang sama nadzam sembahyangnya baik diketahuinya si yang diikutinya itu sembahyang sunnat, ataupun tidak diketahuinya adalah sah sembahyangnya dan sah jamaahnya. Jika diketahui Imam itu tengah sembahyang sunat hanya makruh sahaja. Kemakruhan itu menghilangkan bagi fadilah jamaah yang dua puluh tujuh itu.
Jika ia orang masbuk sah juga sembahyangnya dan Fatihahnya ditanggung oleh Imam itu.
Maksud nadzam ialah berlainan sembahyang dari yang kita hendak sembahyang, seperti mengikut orang sedang sembahyang jenazah, pada hal kita sembayang Dzuhur, orang yang sembahyang gerhana matahari, orang yang sembahyang sembahyang tasbih dan sebagai lagi.
(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil.2, para 161, ms. 151).
Masslah 155.-Bolehkah Solat Rotibah sesudah subuh dan asar?
Bolehkan saya sembahyang sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan sunat rotibah sesudah fardhu Subuh?
Jawapan.
Tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Subuh. Dan makruh tahrim hukumnya dan tidak sah melakukan sembahyang sunat yang tidak mempunyai sebab sama sekali, seperti nafal mutlak, sunat ihram yang dilakukan di luar tanah haram Makkah, pada waktu sesudah sembahyang Asar dan sesudah sembahyang Subuh.
Adapun yang mempunyai sebab, tidakklah di makruhkan, yang berarti sebabnya itu terdahulu seperti sembahyang-sembahyang fardhu atau sunat-sunat yang luput, jelasnya qadha fardhu atau qadha sunat. Dan juga sembahyang-sembahyang gerhana matahari dan sembahyang istisqa’ atau sembahyang minta hujan tidak juga dimakruhkan.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 164 ms 15
Masalah 156. Apakah cara Sembahyang Hadiah untuk mayat?
Saya hendak sembahyang Hadiah tetapi saya kurang faham akan kafiatnya?
Jawapan.
Sembahyang Hadiah adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebagai nafal mutlaq pada malam yang pertama sesudah mayat dikebumikan
Caranya ialah dibaca tiap-tiap sesudah Al-Fatihah bagi tiap-tiap rakaat :-
a.Ayat kursi 1 kali
الله لآإله إلاهوالحي القيوم.... (البقرة 285)
b.Al-Takkasur الهكم التكاثر.....- 1 kali
c. Qul huwallah ahad… 11 kali
Surah-surah tersebut dibaca setiap rakaat sesudah Al-Fatihah.
Maka setelah selesai dilakukan dua rakaat sembahyang tersebut diucapkanlah doa seperti berikut:-
اَللـَّهُمَّ اِنَّيْ صَلـَّيْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ اَللـَّهُمَّ ابْعَثْ
ثـَوَا بَهَا اِلَا قَبْرِ.............(فُلَانِ بْنِ فُلَانَةٍ)
Maksudnya: Ya Allah. Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah. Kirimkan pahalanya kepada Kubur………………..(si pulan bin si pulan).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 165,ms 161)
---------------------------oooooooooooooooooooooo------------------------------
No comments:
Post a Comment