Thursday, 21 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 189- 196 - Siaran Pos 108



Masalah 189 – Bolehkah saya berkahwin dengan anak luar nikah?

Jawapan.
Perkara ini memang  boleh dan tidak ada apa-apa tentangan dalam Islam. Hanya masyarakat yang tidak faham perkara ini dan memandang rendah pada mereka. Islam telah menetapkan empat jenis yang tidak boleh dikahwini iaitu. Muhrim padanya, orang kafir, dan sesama jenis. Selaian itu jika seseorang itu yang ternyata masih isteri orang atau masih di dalam iddah maka haramlah juga dikahwini.

Adalah tidak benar kehadiran anak luar nikah semasa sembahyang berjemaah di masjid akan memutuskan pahala saf sembahyang itu.  Tarafnya di sisi Allah tetap sama bahkan mungkin dia lebih mulia lagi jika dia lebih alim dan bertakwa dari orang lain.
(Rujukan Kitab Menjawab Masalah anda  oleh Us.Abu Salaim Al-Ahmadi,m.s. 200)


Masalah 190 –Bolehkah seorang itu cerai isterinya sedang hamil?

Jawapan.

Mentalakkan isteri ketika mengandung adalah sah, cuma kalau isterinya baru saja hamil tindakan itu menyeksakan kerana terpaksa menunggu iddah yang panjang, sembilan bulan.  Selepas bersalin barulah boleh mendapat suami yang baru.  Ini sungguh menyeksa batinnya. Sebab itu bagi suami yang terlanjur rujuklah kembali sebelum habis iddahny. Kenangkan bahagia yang akan diperolehi nanti  apabila lahirnya anak itu, yang dia dalah anaknya.
(Rujukan Kitab Menjawab Masalah anda  oleh Us.Abu Salaim Al-Ahmadi,m.s. 187)

Masalah 191- Adakah jatuh talak yang dilafazkan dalam keadaan marah?
Jawapan.
Talak ertinya memutuskan ikatan perkahwinan dengan lafaz yang tertentu seperti ”Aku ceraikan engkau dengan talak satu” atau dengan sabarang  perkataan yang memberi erti cerai.

Talak itu sah apabila suami itu seorang yang mukallaf dan melafazkan talak itu dengan kemahuannya dan bukan dipaksa oleh orang lain.  Talak tidak boleh dibuat main-main. Dan kalau sudah terlafaz oleh suami di hadapan isterinya atau orang lain yang membawa maksud  isterinya dalam bahasa yang boleh difahami sebagai talak. Maka jatuhlak talaknya sama ada  dengan sungguh-sungguh atau sekadar gurauan sahaja.
Perceraian yang dilafazkan dalam keadan marah atau tanpa niat tetap sah perceraian itu.  Tapi kalau berniat saja jika tidak menyebut berapa bilangannya maka hukumnya jatuhlah satu talak. Dengan itu haramlah anda bergaul dengan isteri anda sperti suami isteri lagi.

Perlu diingat kalau ada seorang suami melafaz secara sindiran, tidak menyebut perkataan cerai atau perkataan yang memberi erti cerai maka barulah ketika itu ia perlu kepada niat.  Jika diniat cerai maka jatuhlah talaknya. Contoh sindiran ialah ”Pergilah balik ke rumah orang tua kau.”
(Rujukan Kitab Menjawab Masalah anda  oleh Us.Abu Salaim Al-Ahmadi,m.s. 187)

Masalah 192 – Bolehkah saya ”bin” kan anak angkat pada saya?
Jawapan.
Langkah mengambil anak angkat dalam Islam adalah digalakkan. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri ada anak angkat lelaki yang bernama Zaid bin Haritsah.

Tidak boleh memberikan nama anak angkat itu dengan membinkan kepada bapa angkatnya kerana dilarang dalam Islam. Memberi nama ”bin” atau ”binti”anak angkat adalah haram.(Lihat FirmanAllah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzab, ayat 4,5,36,37 dan 40)
Pengharaman ini telah diturunkan semperna anak angkat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Zaid bin Haritsah.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr.Syed Abdillah Ahnad Al Jufri, m.s.195)

Masalah193 – Apakah ertinya Li’an.
Jawapan.

Li’an dari sudut bahasa bermaksaud penyingkiran yang jauh dari rahmat Allah. Dari sudut istilah pula ia bermaksud beberapa perkataan tertentu yang boleh dijadikan hujah (atau ungkapan sumpah) oleh seorang suami yang terpaksa membuat tuduhan zina terhadap seorang isteri yang telah melakukan perbuatan kotor (iaitu zina) serta memalukannya atau menafikan anak yang dikandung atau dilahirkan oleh isterinya sebagai anaknya. Ungkapan sumpah itu diucapkannya sebanhyak empat bagi tujuan mengkuhkan kebenaran tuduhannya dan dalam sumpahannya pada kali yang kelima dia menyatakan kerelaannya menerima kutukan Allah jika dia sebenarnya berdusta dengan tuduhannya itu.
Pihak isterinya juga akan turut besumpah jika dia ingin menolak tuduhan suaminya dengan menyatakan bahawa dia tidak melakukan perbuatan zina sebagaimana yang dituduh oleh suaminya.  Pada sumpahannya yang kelima dia menyatakan bahawa dia bersedia menerima kutukan Allah jika ternyata tuduhan suaminya benar.
(Rujukan:Kitab  Undang-Undang Keluarga Islam ”Aturan Perkahwinan oleh Dr. Saad Abd.Rahman, UM, m.s. 206,terbitan Intermultimedia and Publication,tahun 2002)

Maslah 194 – Apakah itu ”Had Qadhaf” dan Had Zina”?
Jawapan.
“Had Qadhaf” ialah pembalasan sebanyak 80 sebatan. Penjelasan yang menunjukkan suami yang menuduh isterinya melakukan perbuatan zina akan dapat  melepaskan dirinya dari pembalasan “had qadhaf” menerusi salah satu di antara dua cara berikut:

1.      Dengan membawa empat orang saksi lelaki yang sempurna syarat-syarat kelayakan diri bagi mengukuhkan tuduhannya dan mensabitkan pembalassan “had zina” ke atas isterinya, atau:

2.      Dengan meminda tuduhannya (qadhafnya) kepada li’an. Apabila kadi menerima pindaan tersebut, maka pihak mahkamah hendaklah memerintah si suami melakukan li’an terhadap isterinya seperti yang telah di siarkan di atas.

3.       Dengan li’an itu terlepaslah suami tersebut dari disebat dengan pembalasan ”had qadhaf”, iaitu sebanyak 80 sebatan.

4.      Bagi pihak isteri pula untuk melepaskan dirinya dari pembalasan ”had zina”. Dia hendaklah membalas li’an suaminya seperti yang telah disebut di atas.
5.       Sesudah itu mereka akan dipisahkan oleh kadi buat selama-lamanya.
(  Rujukan: Kitab  Undang-Undang Keluarga Islam ”Aturan Perkahwinan oleh Dr. Saad Abd.Rahman, UM, m.s. 215, terbitan Intermultimedia and Publication,tahun 2002              
Maslah 195    --Tayammum Dengan Syarat-Syaratnya.

Adapun tayammum itu mempunyai beberapa syarat:-

       a.      Barangsiapa yang uzur tidak dapat menggunakan air  kerana ketiadaannya, sama ada setelah berusaha mencarinya tetapi tidak dapat,

  1. Atau pun kerana adanya halangan untuk sampai ke tempat  air seperti binatang buas.
     c.    Atau pun ada orang yang menahannya untuk pergi ke tempat itu.

     d.. Atau pun ada air tetapi akan dugunakan untuk minuman sendiri    jika
digunakan boleh mudarat orang lain juga.

      e..  Atau pun air itu kepunyaan orang lain yang tida dapat di temui tuannya, juga kalau ia ada ia tidak ingin menjualnya,

     f..  6. Atau pun anggutanya ada luka-luka, atau ada semacam penyakit yang kalau digunakan air pada angguta itu akan bertambah sakitnya,

     g..  7.   Kerana beberapa perkara tersebut, hendaklah ia menunggu sehingga masuk waktu sembahyang.

h.. Sudah masuk waktu sembahyang maka barulah ia mencari debu tanah yang bersih untuk mengangkat tayammum.

i.   Hendaklah bertayammum dengan debu tanah yang  suci.
      
16..   RukunTayammum

Rukun tayammum itu ada lima perkara iaitu:-
(1).   Niat – iaitu:
نَوَيْتُ التـَّيَمُّمَ لِاسْتـِبَاحَةِ الصَّلَاةِ.
”Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan sembahyang 
           Lafaz niat begini hanya boleh dipakai atau sah kerana mengerjakan 
           sembahyang sunat sahaja.

          Adapun bertayammum kerana menunaikan sembahyang rfardhu dan
          membaca khutbah lafaz niatnya ialah:-
نَوَيْتُ التـَّيَمُّمْ لِاسْتـِبَاحَةِ فـَرْضِ الصَّلَاةِ.
         “Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan fardhu sembahyangh”

          Begitulah niat tayammum untuk tujuan-tujuan yang lain diniatkan
          Mengikut apa yang kita hendak lakukan seperti tayammum untuk
          menyentuh  Al-Quran atau Tawaf adalah seperti berikut:-

نَوَيْتُ التـَّيَمُمْ لَمِسِّ الـْقـُرْآنِ / الطَّوَافِ.
          “Sahaja aku tayammum untuk menyentuh al-Quran / Tawaf ”

          (2)..  Memindahkan debu tanah kepada anggota tayammum iaitu muka dan
          dua tangan hingga kedua-dua siku.  Pada permulaan memindahkan debu tanah ke
          muka hendaklah diniatkan mengikut tujuan  tayammum itu.

          (3).. Menyapu muka.

          (4).. Menyapu dua tagan hingga ke dua-dua siku.

          (5).. Tertib- yang dahulu di dahukukan.

17..   Perkara-perkara yang membatalkan tyammum.
       (1)..  Semua perkara yang membatalkan wudhu’maka batallah tayammum itu.

       (2)..Mengetahui ada air dikawasan yang berhampiran atau syak ada air dengan 
         melihat awan yang tebal di kawasan yang berhampiran dengannya.

      (3)..Murtad, atau keluar dari Agama Islam.


18..   Hukum-hukum Tayammum.

Hukumnya  tayammum itu  harus di sisi orang yang ketiadaan  air, dan orang sakit tidak boleh menggunakan air.  Tayammum boleh menggantikan wudhu’ dan mandi junub.  Tayammum itu dengan menggunakan debu dari tanah yang bersih seperti tanah dari busut.

19. Kaedah hendak tayammum.

Melakukan Tepukan Pedrtama.

Ambil tannah yang bersih diayak mendapatkan debunya, di taruh  ke dalam dulang atau kertas yang suci kemudian diletakkan dua tapak tangan ke atas debu itu serta ditekan ke atas debu itu secara tipis supaya melekat sedikit debu itu di kedau tapak tangan. Jika terdapat banyak debu hendaklah di kebas sedikit supaya ia keluar dan tinggal tipis sahaja. Selepas itu disapukan ke muka.

Melakukan Tepukan Yang Kedua.

Letakkan dua tapak tangan  kali kedua ke atas debu di tempat yang lain sedikit pula sebagaimana dahulu dan dengaan  perut jari tangan kiri menyapu ke atas tangan kanan hingga ke siku dan balik ke perut jari kanan.

 Dan balik pula dengan menyapu bawah tangan kanan dengan perut jari kanan ke tangan kiri  hingga ke siku dan balik ke perut jari kiri.

                         Tepukan Kedua.


20.   Satu kali  Tayammum

 Dengan satu tayammum ia boleh bersembahyang fardhu satu kali sahaja. Kalau hendak melakukan sembahyang fardhu yang  lain hendaklah ia bertayamum sekali lagi.  Manakala sembahyang sunat boleh dilakukan sebanyak yang dierlukan.

21. Tayammum bagi Orang yang berbalut.

Jika terdapat mukmin yang luka di tempat yang wajib berwuduk ia bolehlah bertayamum untuk mengerjakan sembahyang. Misalnya ia luka di tangan kiri dan berbalut tidak boleh terkena air hingga beberapa hari maka ia bolehlah bertayamum dan berwuduk untuk sembayang.
Caranya ialah pertama, ia hendaklah bertayamum iaitu menyapu muka dengan debu dan menyapu kedua-dua belah tangannya dengan debu termasuk ditempat berbalut luka itu.

Kemudian kedua, selepas tayammum itu, ia hendaklah mengangkat wuduk seperti biasa untuk bersembahyang, tetapi apabila tiba di tangan tempat yang luka itu ia tidak payah basuh tempat berbalut itu hanya dengan sebagai syarat sahaja menyapu sedikit air ke atas tempat berbalut itu.  Maka ia bolehlah bersembahyang dengan sah wuduknya itu.

Diharap pihak yang bertanya faham apa yang ia tidak mengetahui selama ini, jika kurang keterangan anda bolehlah menulis melalui alamat seperti yang teresebut di agtas. Saya akan menjeaskan secara terperinci lagi akan kemushkilan  anda itu.
Sekian terimakasih di atas melayari Blog ini         

           
-------------------------------ooooooooooooo--------------------------

Masalah  196- Apakah hukumnya bila seseorang Islam itu mencaci,

memaki atau mengeluarkan kata-kata  yang tidak bersopan terhadap
seorang Muslim  yang lain ?

Jawapan.

Setengah daripada maksiat lidah adalah mencaci dan menghina sesama Muslim.  Firman Allah s.w.t.;
وَلآ تـَلـْمِزُوْا أ َنـْفـُسَكـُمْ. (الهجرة – 11)
Ertinya: “ Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri”
 (Al-Hujjarat ayat 11)

وَيـْلٌ لِــكـُلِّ هـُمَـزَ ةٍ لـُمَزَةٍ. (الهمزة – 1)

 Ertinya “Neraka Wail, bagi setiap pengumpat lagi pencela
.(Al-Humazzat ayat 1.)

Adapun Humazzat makna iaitu pemakan daging-daging manusia (artinya-tukang memakan orang). Dan adapun Lumazah itu maka pencela atas  mereka.

Orang-orang beriman hendaklah selalu berusaha menjauhkan diri dari menceritakan keburukan atau mengumpat orang atau saudara sesama Islam,
dan menjauhkan diri dari mencaci dan mencela sesama Islam atau menghinakannya.  Bersabda Rasulullah s.a.w.:
اَلـْمُسْلِمُ اَخُوالْمُسْلِمِ لآ يَخُوْ نُهُ وَلآ يُكَذِّبُهُ وَلآ يَخْذُلُهُ كُلُّ الـْمُسْلِمِ عَلىَ الـْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْ ضُهُ وَمَا لـُهُ وَدَمُهُ التـَّقْوَى هَهُنَا – بِحَسَبِ امْرِءٍ مِنَ الشـَّرِ انَ يَحْقِرَ اَخَاهُ الـْمُسْلِمَ.  (رواه الترمزى).

Artinya: Muslim adalah saudaranya Muslim. Tidak akan mengkhianatinya, tidak mendustakannya, dan tidak mengkhianatinya. Keseluruhan Muslim atas Muslim itu haram. Kehormatannya, hartanya dan darahnya, taqwa itu di sini.  Cukuplah seorang itu tergolong jahat, bahawa dihinanya saudaranya yang Muslim.               (H.R. Attirmidzi).

Dari Abi Hurairah pula, bersabda Rasulullah s.a.w. ;

Bermaksud:
Janganlah kamu berdengki-dengki. Janganlah kamu menaikan tawaran harga dagangan dengan maksud menipu, dan janganlah kamu berbenci-benci, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan setengahnya, dan jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah satu dengan lainnya bersaudara. Orang Muslim adalah saudaranya Muslim, tidaklah menganaianyanya, tidaklah  menghinakannya, dan tidak meremehkannya.  Taqwa itu di sini beliau berisyarat keadaannya tiga kali. Cukuplah seorang itu dari pada kejahatan bahawa diremehkannya saudaranya.  Keseluruhan Muslim atas Muslim lainnya adalah haram.  Darahnya, hartanya dan kehormatannya  (H.R.Muslim).
(Rujukan ”Kitab Masalah Agama Jil. 3 ms 96)

-------------------------ooooooooooooooooooooooo--------------------------------

No comments:

Post a Comment