Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 184- Bolehkah seseorang itu Khuluk dirumanya?
Jawapan.
Khuluk harus dilakukan dengan persetujuan kedua-dua suami isteri di rumah kediaman mereka tanpa memerlukan kepada bantuan kehakiman. Tetapi di dalam keadaan suami enggan bersetuju untuk menyelesaiakn krisis mereka menerusi khuluk maka si isteri harus memohon bantuan kehakiman yang bertanggungjawab memberikan haknya terhadap khuluk. Disamping itu si suami tidak diharuaskan mengambil peluang menerusi khulu untuk menyeksa isterinya agar menebus dirinya menerusi kemudahan tersebut kerana tebusan di dalam keadan begini dihukunm tidak sah sekalipun telah dipersetujui dan diputuskan.
Rujukan- Kitab Undang-Undang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, m.s. 183
Masalah 185 – Adakah Orang berzina kena berkahwin semula?
Jawapan.
Orang berzina berkahwin mengandung adalah sah dan tidak perlu dinikahkan semula selepas bersalin. Tetapi kalau hendak dinikahkan saekali lagi untuk mendapat berkat setelah bersih mengosongkan kandungannya tidaklah mengapa tetapi jarang berlaku.
Perlu diingat orang berzina tidak terampun dosanya walaupun banyak kali bernikah semula terkecuali mereka bertaubat nasuha kepada Allah s.w.t. maka Allah akan mengampun dosa mereka kerana Allah amat mengasihi dan menyayangi hambaNya. Dalam hal melakukan berzina semasa muda-muda dahulu begitu juga Allah tidak akan mengampun dosa mereka itu kecuali mereka bertaubat dan tidak akan melakukuank lagi perkara itu. Oleh itu maka wahai saudara-saudara sekalian ambillah peluanag bertabat ini sebelum anda disembahyangkan.
Firman Allah s.w.t:
• وَمَنْ يَعْمَلْ سُوْءًاَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثـُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْر
رّحِيْماً. (النساء 110)
“Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menganiya dirinya sendiri, kemudian dia minta ampun kepada Allah. Niscaya ia memperolehinya kerana Allah Penganpunan, Lagi Penyayang.
(An-Nisa’ ayat 110)
Masalah186- Nikah sesudah mengandung 7 bulan. (192)
Jawapan.
Orang yang mengandung ada dua jenis, orang yang mengandung sedangkan dia adalah isteri orang atau dalam iddah dan satu lagi orang yang mengandung kerana berzina. Orang pertama tadi tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain, kalau mereka berkahwin juga maka tidaklah sah perkahwinan itu.
Manakala orang yang kedua pula boleh berkahwin dengan siapa pun sama ada dengan suami orang atau lelaki yang melakukan zina dengannya atau lelaki lain yang ingin membelanya. Tetapi misti dingat anak kandungan itu adalah anak ibunya bukan anak lelaki yang berkahwin dengan ibunya itu dan tidak boleh di ”binkan” nama anak itu kepada lelaki yang berkahwin dengan ibunya itu, walahupun lelaki itulah yang bertanggujawab dalam penzinaan sebelum itu.
(Rujukan Kitab Menjawab Masalah anda oleh Us.Abu Salaim Al-Ahmadi,m.s. 192)
Masalah 187- Paksa anak kahwin pilihannya.
Jawapan.
Ayah merupakan waris yang terhampir dengan anak itu. Ayah juga merupakan wali yang utama dan dia juga yang berhak menentukan calon suami untuk anaknya itu sekitranya anak itu masih gadis. Tetapi kalau anak itu sudah janda kuasa untuk memilih pasangan hidupnya itu terserah pada anak itu.
Apabila si gadisnya sudah cukup dewasa dan sudah layak bersuami maka si ayah boleh memaksa anaknya untuk dikahwinkan. Kuasa wali ini akan kekal selagi lelaki pilihan ayahnya itu memenuhi syarat-syarat sebagainmana yang berikut:-
- Beragama Islam orangnya.
- Keturunan orang baik-baik.
- Berpengetahuan tentang agama iaitu hukunm-hukum ’ain.
- Berkemampuan memberi nafkah (bekerja)
- Memiliki akhlak yang mulia.
- Kufu (setaraf) dengan anaknya.
Walau bagaimanapu si ayah eloklah memberitahu anaknya terlebih dahulu sebagai adabnya dan berunding kerana si ayah faham melalui pengalamannya yang luas dan anaknya sudah tentu akan bersetuju.
Rujukan Kitab Menjawab Masalah anda oleh Us.Abu Salaim Al-Ahmadi,m.s. 190)
Masalah 188 – Bolehkah dia itu kahwin dengan saudara sesusunya?
Jawab.
Pada hukum dasarnya tidak boleh. Bayi orang lain yang disusukan oleh orang lain pula menjadikannya bayi itu muhrim dengan ibu susunya. Bukan itu saja, malah segala muhrim ibu itu menjadi muhrim pula kepada bayi itu. Ini berarti anak ibu itu menjadi muhrim dengan anak susunya, begitu juga ibu bapa ibu susuan itu menjadi muhrim dengan anak susunya itu. Anak ibu itu sendiri dengan anak susu itu dipanggil saudara susu, pada suaminya dipanggil anak susu dan pada bapanya dipanggil cucu susu. Kesemuanya menjadi muhrim.
Oleh sebab semuanya muhrim maka anak-anak ibui tu tidaklah boleh berkahwin dengan anak susunya itu, lebih lagi suaminya tidak boleh berkahwin dengan anak susunya itu. Begitulah peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak. Sungguhpun begitu, untuk menjadi muhrim dengan sebab susuan mempunyai syarat-syarat tertentu. Iaiatu ika susuan itu menepati syaratnya maka jadilah mereka yang tersebut di atas sebagai muhrim. Di antara syaratnya ialah.
1. Ibu susu itu hendaklah sudah baligh.
2. Anak itu disusukan sebelum umurnya dua tahun.
3. Anak itu menghisap susu ibu itu sekurang-kurangnya sebanyak lima kali kenyang.
Apabila syarat ini dipenuhi maka sahlah anak itu anaka susuan dan secara automatik menjadi muhrim dengan keluarga ibu itu. Si ibu susuan itu hendaklah membuat cacatan sebagai peringatan dan pengesahan kemudian hari nanti yang tidak lagi boleh dipertikaikan.
Rujukan Kitab Menjawab Masalah anda oleh Us.Abu Salaim Al-Ahmadi,m.s. 191
No comments:
Post a Comment