Monday, 18 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 68 - 70 - Siaran pos 78



SOALAN 68. Betulkah solat yang tinggal dahuluj tak wajib qada?
Betulkah sembahyang fardhu yang telah ditinggalkan itu tidak wajib diqdhakan, walaupun ditinggalkan sebulan atau satu tahun lamanya, hanya dengan bertaubat sahaja?

Jawapan.

Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an yaitu: menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah menunaikan ibadah pada waktunya yang di tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.

Sedang pengertian Qadha menurut istilah ialah menunaikan ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam waktunya tetapi kurang dari kadar satu rakaat sembahyang. Untuk jelasnya sebagai contoh umpamanya seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali. Belum dapat satu rakaat sembahyangnya , seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Qadha.

Akan tetapi bila telah dilakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dania telahmasuk melakukan rakaat yang kedua,masuklah waktu Asar,maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an kerana dapat di;alilam satu rakaat penuh dakam waktu yang ditentukan untuk sembahyang tersebut.

Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja, atau mengeluarkan dari waktunya dari yang telah ditentukan dengan sengaja, adala berdosa besar, kerana tidak boleh sekali-kali, dan tidak patut seorang Muslim meninggalkan sembahyang fardhu tanpa sesuatu uzur.

Uzur yang dibenarkan syara’ adalah kerana tertidur dan terlupa. Lain-lain perkara bagi orang lelaki bukanlah uzur untuk meninggalkan sembahyang fardhu dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja wajib dia bertaubat kepada Asllah s.w.t. dengan segala syarat-syaratnya dan menyesal tidak akan berbuat demikian lagi.
Dia juga hendaklah mengqadhakan dengan segera sembahyang yang ditinggalkannya itu. Bersabda Rasulullah s.a.w.:-
إِذَارَقَدَ أَحَدُكُمْ مِنَ الصَّلَاةِ أَوْغَفَلَ عَنْهَا فـَلْيُصَلـِّهَا ءِ ذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللهَ
عَزَوَجَلَّ يَقُوْلُ: اَقِمِ الصَّلَوة َلِذِكْرِىْ.Apabila ketiduran salah seorang kamu sehingga meninggalkan sembahyang atau terlupa dari padanya, maka hendaklah dilakukannya sembahyangnya itu apabila diingatnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Dirikanlah oleh mu Sembahyang untuk mengingat Ku.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.1 ms 88.
SOALAN 69. Bagaimana cara membayar qada solat?
Bagaimanakah caranya kita membayar Qadha sembahyang. kalau kita merasa banyak meninggalkan sembahyang pada waktu-waktu yang telah lampau. Dan apakah boleh kita sembahyang Qadha pada sembarang waktu terutama setelah sembahyang Subuh adan sembahyang Asar.?

Jawapan.

Mengenai cara terbaik dalam melaksanakan Qadha bahawa sunat ditertibkan atau mengurutkan Qadhanya, artinya mendahulukan Qadha Subuh sebelum Qadha Dzuhur, mendahulukan Qadha Dzuhur sebelum Qadha Asar, mendahukukan Qadha Asar sebelum Qadha Maghrib dan mendahulukan Qadha Maghrib sebelum Qadha Isya’. Tersebut dalam kitab Fathul Muin seperti berikut:
وَيُسَنُّ تَرْتـِيْبُهُ أَيِ الـْفَاـءِـتِ فـَيَقـْضِى الصُّبْحَ قـَبْلَ الظُّهْرِ وَهَكَذَا.“Dan disunatkan mentertibkannya, artinya sembahyang yang luput. Maka menqadha ia akan Subuh sebelum Dzuhur dan seterusnya’ (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 92)

Setelah itu perlu diketahui bahawa sembahyang Qadha itu boleh dilakukan pada sepanjang waktu, bahkan wajib melakukannya bila ada waktu terluang, teristimewa yang ditinggalkan tanpa satu uzur. Pendeknya tidak ada waktu yang terlarang untuk melakukan sembahyang Qadha, walaupun sesudah sembahyang Subuh atau sesudah sembahyang Asar.

Kerana sembahyang-sembahyang yang dilarang pada waktu-waktu karahah itu adalah sembahyang-sembahyang yang tak mempunyai sebab samasekali, seperti nafal mutlak dan solat tasbih, atau yang sebabnya mutakhir seperti istikharah dan sunat ihram yang dilakukan dibukan tanah Haram Makkah. Adapun yang sebabnya mutaqadim atau terdahulu, maka tidaklah ada cegahan untuknya, seperti sembahyang Qadha walaupun Qadha sembahyang sunat, asalkan jangan “taharri” artinya menyungguh-nyungguhkan, menyengaja-nyangaja, melakukan dengan menonjol-nonjolkan unsur penantangan.

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan dari Ummi Salmah r.a. berkata:شُغِلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْعَصْرِ
فَصَل َّاهُمَا بَعْدَ العَصْرِ. (رواه النساـءى)
Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunat dua rakaat sebelum Asar,maka dilakukannyalah sembahyang dua rakaat itu setelah sembahyang fardhu Asar (HR An-Nassai) Rujukan Kitab Masalah
Agama Jil.1 ms 92)..
SOALAN 70. Apa hukum orang yang tinggal solat Jumaat

Bagimana hukumnya orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat dengan sengaja lebih dari tiga kali selama beberapa tahun.?


Jawapan.

Orang lelaki yang tak ada padanya sesuatu uzur hukumnya haram meninggalkan sembahyang Jumaat walaupun hanya sekali, kerana sembahyang Jumaat bagi mereka adalah fardhu ’ain. Diriwayatkan hadis dari Attabarani :-
مَنْ تَرَكَ ثـَلَاث َ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الـْمُنَافـِقِيْنَ.
(
رواه الطبراني)
Barang siapa yang meninggalkan tiga kali sembahyang Jumaat, tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq. Rujukan Kitab MasalahAgama Jil 1 ms 100.

    ----------------------ooooooooooooo----------------------

No comments:

Post a Comment