Masalah 237..-Selalu qada solat subuh-adakah sah?
Adakah sah sembahyang Subuhnya jika seseorang itu selalu mengqadanya dan apakah hukumnya?
Jawapan.
Sah sembahyang qada yang dilakukan tetapi sikapnya itu salah dan berdosa sekiranya dilakukan dengan sengaja. Mereka yang sengaja lengahkan sembahyang waktu sehingga habis waktunya, kemudian baru dia qada adalah berdosa. Kalau seseorang itu ada masalah yang lebih berat dari sembahyang, atau ia terlupa, atau tertidur, atau ada sesuatu halangan yang dia tidak dapat elakkan ,maka dia tidaklah berdosa, tetapi hendaklah dia cepat-cepat lakukan selepas masalah itu selesai. Orang meninggalkan sembahyang waktu wajiblah ia qada dengan segera.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 17)
Masalah 238-... Tidak solat sunat Zohor lepas Jumaat?
Saya dapati banyak orang yang tidak sembahyang Zuhur pada hari Jumaat selepas mereka selesai sembahyang Jumaat. Adakah berdosa mereka itu?
Jawapan.
Memang sembahyang Zuhur itu wajib dan sembahyang Jumaat juga wajib. Tetapi perlu diingat sembahyang Jumaat dilakukan di dalam waktu Zuhur, apabila sembahyang Jumaat dilakukan dalam waktu Zuhur maka secara automatik ia telah menggantikan sembahyang Zuhur lagi. Tetapi jika dalam kariah itu yang datang bersembahyang Jumaat hanya 39 orang anak kariah, maka sembahyang Jumaat tidak boleh dilakukan, maka sembahyang Zuhur hendaklah dikerjakan, kerana salah satu dari perkara sahnya sembahyag Jumaat itu ialah empat puluh orang anak kariah termasuk imam.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 20)
Masalah 239- Bagaimana solat sunat Hajat?
Saya ada mempunyai sesuatu hajat dan saya telah memita Ustaz memberitahu cara-aranya, dan katanya buatlah pada jam 8.30 malam dan Uztaz lain pula suruh buatlah pada jam 3.00 pagi. Mana satu yang baik?
Jawapan.
Kedua-dua masa tersebut adalah baik. Perlu diingat bahawa sembahyang hajat tidak boleh dilakukan selepas sembahyang waktu Subuh atau selepas waktu sembahyang Asar. Sembahyang Hajat mesti selepas melaksanakan sembahyang fardhu, maka tidak boleh sembahyang Hajat sebelum sembahyang fardhu. Sebaik-baikinya ialah di waktu malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi. Adalah lebih baik sembahyang Hajat hendaklah menjadi amalan harian. Sembahyang Hajat dilakukan di waktu akhir mala m dan dengan pernuh khusyuk. Sembahyang Hajat tidak bnoleh berhajat mendoakan perkara yang tidak baik dan perkara maksiat.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 21)
---------------------------------ooooooooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment