Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 125 .Beri salam serentak Imam
Apakah hukum makmum memberi salam serentak dengan imam ?
Jawapan.
Jika makmum memberi salam serentak dengan imam, maka ulama berbeza pendapat di antara batal solat ataupun tidak. Tetapi pendapat yang lebih sahih ialah tidak batal solatnya, hanyalah makruh dan luput fadhilat berjama’ah kerana menyalahi imam.
(Kitab Solat jama’ah, m.s. 90)
Masalah 126.-Masbug bangun sebelum Imam beri salam
Apakah hukum makmum masbug bangun saebelum imam memberi salam ?
Jawapan.
Apabila makmum yang masbug bangun kepada qiyam kerana menyempurnakan raka’at yang baki lagi sebelum imam memberi salam tanapa niat mufaraqah nescaya batallah solatnya. Demikianlah juga akan terbatal solat sunat mutlaq seseorang yang bangun kerpada qiyam kerana menambah rakaa’tnya tanpa niat hendak menambahnya. (Kitab Solat jama’ah, m.s. 90)
Masalah 127. Mukmin yang sempurna imannya
Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.
Jawapan.
Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:
إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.
Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sungguh-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-Anfal ayat 2-4)
Adapun mengenai apakah Ahli-sunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-
”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)
Masalah 128.- Lelalk/Wanita Mandi cara berbogel
Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memakai seurat pun pakaian (berbogel) dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?
Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendirian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.
Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.
Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.
Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.
Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
----------------------------------oooooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment