Sunday, 17 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 43 - 45 - Siaran 72



                   

                          Poli Daerah,Pelajar UUM dan MBBB adakan gotong royong 8.3.2011

Pasar Malam di Taman Pekaka,Transkrian,Nibong Tebal.


Masalah 43. Fadhilat baca SurahYasin.

Saya ingin tahu apakah fadhilat membaca SuratYasin itu?

Jawapan.

Adapun fadihilat itu amat besar faedahnya kerana surat Yasin itu mempunjyai keutamaan melebihi surat lainnya, lagi pula di hatinya Al-Quran.  Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dari Nabi s.a.w.:

اَنَّ  لِكلِّ شَىْءٍ قـَلْبًا وَقـَلْبُ اَلْقُرْأَنِ يَــسِ وَمَنْ قـَرَ أَيَـسِ كَتَبَ اللهُ لَهَ بِقَراءَ تِهَا قِرَاءَةَ الْقُرأَنِ عَشَرَ مَّرَاتٍ.   (رواه اترميزى)

Ertinya:  Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu ada hatinya.  Dan hatinya Al-Quran itu adalah Yasin. Dan barang siapa yang membaca Yasin niscaya dituliskan Allah baginya dengan pembacaannya itu, membaca Al-Quran sepuluh kali.       (H.R. At-Termidzi):

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawasanya beliau bersabda:

مَنْ  قَرَأَ يَـسِ فَى لـَيْلَةٍ اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ فَاقـْرَءُوْهَا عِنْدَ مَوْتـَا كـُمْ. (رواه أطابارانى)

Ertinya:  Barangsiapa yang membaca Yasin pada suatu malam, kerana menghendaki keredaan Allah,  niscaya diampunkan baginya dari dosanya. Maka bacalah dia pada orang-orang mati kamu       (H.R. Kitab Masalah Agama Islam Jil. 4 m.s.61).

Masalah 44. Lebin 20 tahun tiak berkhatan?

Ada seorang sahabat saya yang sudah berumur lebih 20 tahun memberi tahu saya yang dia tidak tahu yang dia belum lagi  berkhatan. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Bahawasanya  hukum berkhatan bagi lelaki dan perempun sesudah akil baligh adalah wajib. Maka seseorang wanita yang belum lagi berkhatan wajiblah dia berkhatan. Sekiranya selama ini dia tidak tahu tidaklah berdosa, tetapi sekarang sesudah dia tahu wajiblah disegerakannya,  jika tidak ia akan berdosa kerana hukum khatan bagi wanita adalah wajib. Tersebut dalam ”Kitab Isa’adurrofiq, Jil.2 m.s  3 seperti berikut:

Bermaksud: ”Dan setengah daripada maksiat faraj, adalah meninggalkan berkhatan sesudah dewasa, kerana khatan itu hukumnya wajib ketika dewasa itu, atas mukallaf sama ada ia leki-laki atau perempuan. Dan adalah khatan itu dengan memotong kulup laki-laki dan asal ada nama potong bagi permpuan.”

Masalah  45. Wanita dedahkan rambut ?

Saya dapati ada bebarapa wanita Islam rakan wanita saya yang masih lagi memakai pakaian mendedahkan rambutnya, memakai baju yang ketat bagi menonjol buah dadanya, ada yang menutup kepala tetapi memakai baju tangan pendek menampakkan lengannya. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Aurat perempuan di dalam atau di luar sembahyang yang boleh terlihat oleh lelaki ajnabi, hendaklah di  tutup  seluruh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangannya. Jadi rambut, buah dada, lengan, kaki betis, semuanya itu adalah aurat, yang wajib ditutup, dan haram dilihat atau diperlihatkan kepada lelaki ajnabi. Jadi mereka yang anda sebut demikian  itu adalah satu perlanggaran dan suatu perkara membuat dosa yang terancam dengan siksaan yang pedih di hari kemudian kelak.
(Rujuk Kitab Masalah  Agama, Jil 4, m.s. 104)


                 ---------------------oooooooooooo-----------------------------

No comments:

Post a Comment