Email - hjdan@myjaring.net
Kendur anak Mak Chik Salmah Razak di dewan DBKL Kuala Lumpur.
Masalah 160 - Saya ingin tahu mengapakah kita misti keluarkan zakat?
Jawapan.
Ketahuilah anda sekalian, moga-moga Allah menjadikan kita sebagai orang-orang yang bersih suci, yang sentiasa menyebut nama Tuhan seraya bersembahyang dan tidak pula melebihkan kehidupan dunia daripada akhirat, yang ia tentu sekali lebih utama dan kebih kekal.
Bahawasanya zakat itu adalah salah satu asas bina Islam yang lima. Allah s.w.t telah satukan sebutan zakat dengan sebutan sembahyang di dalam KitabNya, maka berfirman Allah s.w.t.
وَأ َقـِيْمُوا الصَّلـَوة َ وَآتـُوْا الزَّكـَوة َ, وَمَا تـَقـَد ِّ مُوا لِأ َ نـْفـُسِكُمْ مِنْ خـَيْرٍتـَجِد ُوْه ُ عـِنْدَ اللهِ, إِنَّ الله َ بِمـَا تـَعْمـِلـُوْن بَصِيـْرُ.
(البقرة اية 011)
Artinya:
”Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan setiap pekerjaan baik yang kamu kerjakan untuk diri mu, nescaya akan kamu dapati kembali nanti pada sisi Tuhan, sesungguhnya Tuhan melihat apa yang kamu kerjakan:
”Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan setiap pekerjaan baik yang kamu kerjakan untuk diri mu, nescaya akan kamu dapati kembali nanti pada sisi Tuhan, sesungguhnya Tuhan melihat apa yang kamu kerjakan:
(Al-Baqarat: ayat 110)
Firman Allah s.w.t lagi:
اَلـَّذِيْنَ يـُقِـيْمُوْنَ الصَّلـَوة َ وَمِمـَّا رَزَقـْنَاهُمْ يُنـْفِـقـُوْنَ. أ ُوْلـَءك هـُم ُ الـْمؤمِنُوْنَ حـَقـًّـا.
Artinya: Mereka yang mengerjakan sembahyang, dan membelanjakan setengah dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sebenarnya berinman. (Al-Anfal ayat 3-4)
Firman Allah s.w.t. seterusnya:
وَالـْمِنـُوْن َ وَالـْمُؤْ مِنـَاتُ, بَعْضُهُمْ أ َوْلـِيـَاءُ بَعـْض ٍ .يـَأ ْ مُرُوْن َ بـِالـْمَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْن َ عَـنِ الـْمنـْكـَرِ,وَيـُقـِيْمُوْن َ
الصَّلـَوة َ, ويوتون الزكـوة, وَيُطِيْعُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلـَهُ, أ ُوْل َـءِـكَ سَيـَرْ حـَمُهُمُ اللهُ, إِنَّ اللهَ عـَزِيْزٌ حـَكِـيْمُ.
(التوبة: 71)
Artinya: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, serta mentaati Allah dan RasulNya. Itulah orang-orang yang akan diberi rahmat oleh Tuhan, sesungguhnya Tuhan itu Mahakuasa lagi Bijaksana. “ (At-Taubat ayat 71)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ كـَانَ يُؤْمِنُ بـِالله ِ وِالـْيَوْم ِالْأ َاخِرِ فـَلـْيُـؤ َ دِّ زَكـَاة َ مَالـِهِ.
Artinya: ”Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menunaikan zakat hartanya.”
( HR al-Bukhari dan Muslim)
Jelaslah menurut Hadis Rasulullah s.a.w. ini, bahawa sesiapa yang tidak menunauikan zakat hartanya, tidak boleh diangap seorang Mukmin sebenarnya.
Hendaklah anda ketahui juga bahawa orang yang bersembahyang, berpuasa dan telah menunaikan hajinya, tetapi belum mengeluarkan zakat, niscaya Tuhan tidak akan menerima sembahyngnya, dan puasanya, serta hajinya sehingga ia mengeluarkan zakat. Sebab semua perkara ini adalah bertalian satu dengan yang lain. Tuhan tidak akan menerima dari hambanya setengah ibadatnya, sehingga ia menyempurnakan kesemuanya, demikianlah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan.
Ketahuilah anda sekalian sekiranya mereka yang tidak ingin mengeluarkan zakat dan juga bersedekah, tetapi mereka kaya raya dan penuh wang ringgit di rumah dan di bank, satu hari nanti mereka itu akan diberikan kerugian, sama ada wang tersebut hilang di samun orang, termusnah disebabkan kebakaran, atau rugi dalam perniagaan mereka, atau ada beberapa hal lagi yang akan diturunkan bala oeh Allah s.w.t. terhadap mereka itu.
Justru itu mulai hari ini tunaikanlah zakat anda sebagaimana yang diwajibnkan untuk mengelakkan hal-hal yang tidak di ingini berlaku.
Masalah 161 –Amat beruntung orang beriman.
Bagaimanakah yang dikatakan Amat Beruntung bagi orang yang beriman itu. Minta tuan jelaskan?
Jawapan.
Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
قَدْ أَفْلَحَ الـْمُؤْمِنُوْنَ. الـَّذِيْنَ هُمْ فَىْ صَلَاتِهِمْ خَاثِعُوْنَ.
وَالـَّذِيْنَ هُمْ عَنِ اللـَّغْوِمَعْرِضُوْنَ. وَالـَّذِيْنَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلـُوْنَ . وَالـَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلَّا عَلىَ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلـَكَتْ أِيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلـُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأوُلـَءِـكَ هُمُ الـْعَادُوْنَ. وَالـَّذِيْنً هُمْ لأِ َمَانَا تِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ. وَالـَّذِيْنَ هُمْ عَلىَ صَلَواتِهمْ يُحَافِظُوْنَ. أ ُوْلـَءِـكَ هُمُ الـْوَارِثـُوْنَ الـَّذِيْنَ يَرِثـُوْنَ الـْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ. (المؤمنين 1-11)
“Sesungguhnya telah beruntung orang-orang yang beriman. Mereka yang berkhusyuk di dalam sembahyang mereka. Dan mereka yang berpaling dari perkara-perkara yang kotor. Dan mereka yang membayar zakat. ...
Dan mereka yang menjaga alat-alat kelamin mereka, Kecuali pada isteri-isteri mereka ataupun pada hamba sahaya yang nereka miliki, maka sesungguhnya mereka tiada tercela. Barangsiapa mencari selain dari itu, maka nereka itu adalah orang-orang yang melanggar batas. Dan mereka yang memelihara amanat-amanat dan janji mereka. Dan mereka yang menjaga sembahyang-sembahyang mereka. Mereka itulah orang-orang yang mewarisi, yaitu mewarisi syurga firdaus, dan mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. ”
(Al-Mukminin ayat 1 hingga 11).
Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah At-Taubat ayat 112, yang bermaksud:-
”Orang-orang yang bertaubat, beribadat, yang menuji Tuhannya, yang merantau (di bumi Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat baik, dan melarang dari perbuatan-perbuatan jahat, dan yang menjaga bagtas-batas Allah. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (At-Taubat ayat 112).
Firman Allah lagi dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2-4 bermaksud
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu, ialah yang apabila disebutkan sahaja nama Allah maka takutlah hati mereka dan apabila dibacakan sahaja ayat-ayatNya, maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka itu sentiasa berserah diri kepada Tuhan mereka. Yaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan dari apa yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Mereka memperolehi beberpa darjat di sisi Tuhan mereka, juga pengampunan dan rezeki yang mulia.
(Al-Infal ayat 2 hingga 4).
Masalah 162. Untung bagi yang tinggalkan dosa!
Bagimankah keberuntungan bagi seseorang itu yang meningalkan perbuatan perkara-perkara yang berdosa.?
Jawapan..
Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-
Faedah Bertaubat dari Dosa-dfosa.
Firman Allah s.w.t.
. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)
“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).
Meninggalkan Dosa Mendapat Pahala.
Firman Allah s.w.t
إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َعـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا. (النساء : 31)
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakan, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(An-Nisa’ 31).
Memaaf menjauhkan dosa.
وَالَّذِيْنَ يَجـْتـَنِـبُوْنَ كَبَـءِـرَا لْاءِثْمِ ِ وَالـَفَوْ حِشَ وَإِذَامَاغَضِبُوْاهُمْ يَغـْفِرُوْنَ.
(ألشورى :37)
“Dan bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, apabila mereka marah mereka memberi maaf”
(As-Syuura: 37)
Fitrman Allah s.w.t. :
مَآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهَ وَمَاأَصَا بَكَ مِنْ سَيِّـءَـةٍ فَمِن نَّفـْسِكَ ج وَأَرْ سَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلاً ج وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا. (النساء: 79)
“Apa saja nikmat yang kamu perolehi dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpa mu, maka dari kesalahan diri mu sendiri.
Kami mengutus mu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi” (An-Nisa’ 79)
وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ
يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110)
“Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah,niscaya ia memperolehi Allah Pengampun lagi penyayang.”
Masalah 163- Membaca niat sebelum solat, adakah sah?
Saya membaca niat sembahyang sebelum sembahyang bermula dan niat sembahyang semasa mula sembahyang, adakah sah perbuatan saya itu?
Jawapan.
Membaca niat dengan berniat tidak sama. Membaca niat dilakukan di luar sembahyang, hukumnya sunat sahaja. Bacaan ini sekadar untuk mudah di ingat apa yang hendak diniatkan nanti. Bacaan niat ini tidak semestinya dibaca dalam bahasa Arab, boleh dibaca dalam bahasa ibunda.
Manakala berniat, dilakukan semasa memulakan sembahyang iaitu sewaktu mengangkat takbiratul ihram. Ianya wajib dilakukan. Di sini kalau seseorang itu berniat sebelum sembahyang maka sembahyang itu tidak sah. Yang penting dalam niat itu ialah; menyatakan tujuan iaitu sembahyang, sebutkan fardu dan nyata sembahyang yang dilakukan itu. Kalau ketiga-tiga ini ada maka sahlah sembahyang itu. Seperti niat
”Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala’ sudah menepatina.
Perkataan ’sahaja’ yang selalu disebut dalama kitab Melayu sebagai menguatkan niatnya, bermaksud haya untuk melakukan sembahyang bukan lain dari itu. ’Sahaja’ juga kita sebutkan kerana kita kerjakan itu bukan dipaksa tetapi dengan sukarela mengerjakannya.
(Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006)
-------------------------------oooooooooooooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment