Monday 18 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 49 - 52 - Siaran 74


Masalah 49. Solat sebelum Maghrib

Pada masa ini terdapat banyak orang-orang Islam tidak gemar melakukan sembahyang dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib kata mereka Rasulullah tidak pernah melakukannya. Apakah betul pendapat itu?

Jawapan.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memang ada melakukannya sembahyang dua rakaat sebelum sembahyabg Maghrib. Terdapat hadis yang di riwayatkan oleh Innu Hibban r.a.:-
وَفِىْ رِوَايَةِ ابْنِ حِبَّانِ : اَنَّ النـَّبِىَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَلىَّ قـَبْلَ الـْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ.
Ertinya: Dan dalam satu riwayat bai Ibnu Hibban: Bahwa Nabi s.a.w ada lakukan sembahyang sebelum Maghrib sebanyak dua rakaat.
(Syed Sabiq dalam Fiqhusunnah ,  juz 2 m.s.23)
DiRiwayatkan dari Abdullah Al Muzani dari Nabi s.a.w. yang baginda telah bersabda:-

صَلُّوْا قَبْلَ صَلَاةِ الـْمَغْرِبِ قَالَ فِى الثَّا لِـءَـةِ لِمَنْ شَاءَكَرَاهِيَّة َ
اَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.
Ertinya:  Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib, dan dikatakannya pada ketiga kalinya: Bagi siapa yang mahu kerana khawatir sembahyang itu dijadikan orang sebagai sunnah muakkadah.”

Diriwayatkan dari Anas r.a. berkata ia:-

لَقَدْ رَأ َيْتُ كَبَارَاَصْحَابِ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ للهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ
 يـَبـْتـَدِ رُوْنَ السَّوَارِىَ عِنْدَ الـْمَغْرِبِ. (رواه البخارى)

Ertinya: Demi sesungguhnya akua pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullahs.a.w. berlumba-lumba mendekati tiang-tiang seketika Maghrib (Maksudnya untuk bersembahyang dua rakaat.) (H.R. Al-Bukhari).
  (Rujukan  Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 150)
                ------------------ooooO-------------------




-jenis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:-Masalah 50. Hukum selalu tinggal solat

Bagaimanakah hukumnya seseorang itu selalu meninggalkan sembahyang, baik sembahyang waktu mahu pun sembahyang-sembahyang sunat. Apa nasihat tuan?

Jawapan.

Meninggalkan sembahyang fardhu itu adalah berdosa besar kerana Allah s.w.t. berfirman  :-
إ ِنَّ الصَّلَاةَ كـَانَتْ عَلىَ الـْمُؤْمِنِيْنَ كِـتَابًا مَوْ قُوْ تـًا.
(النساء: 103)
Ertinya:”Sesungguhnya itu merupakan kewajipan yang ditentukan atas kaum Mukminin.  (An-Nisa’ ayat 103)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
اَلصَّلَوَاتُ الـْخَمْسُ وَالـْجُمُعَةُ إ ِلىَ الـْجُمُعَةُ كـَفَّارَاتٌ
 لـِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتـُنـِبَتِ الـْكـَبَاءِـرُ" (رواه مسلم)

Ertinya : “Sembahyang-sembahyang yang lima dan demikian pula satu Jumaat sampai satu Jumaat yang  lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing sembahyangnya.  Selama dijauhi dosa-dosa besar” (HR Muslim).
Baginda Rasulullah s.a.w. juga  pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab : “Sembahyang pada waktunya”  (Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1, m.s. 49)



Masalah 51. Tunai solat waktu selalu dia lewat

Bagaimanakah hukumnya seseorang itu yang menunaikan sembahyang waktunya  lewat pada waktunya dan tidak melengkapkan sujudnya, dan tidak khusyuk sehingga terlalai atau terlupa apakah rakaat yang dilakukannya sehingga ia terpaksa mengerjakan sujud sahwi?

Jawapan.
Dalam hal ini penulis ingin membawa sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyinya aseperti berikut:

مَنْ صَلىَّ صَلَاةً لـِوَقْتِهَا وَأ َسْبَغَ وُضُوْءَهَا وَأ َتَمَّ رَكُوْعَهَا وَسُجُوْدَهَاوَخُشُوْعَهَا عَرَجَتْ وَهِيَ بَيْضَاءُ مُسْفِرَةٌ تَقُوْلُ حَفِظَكَ اللهُ كَمَا حَفِظَتَنِيْ وَمَنْ صَلىَّ لِغَيْرِ وَقْتِهَا وَلـَمْ يُسْبِغْ وُضُوْءَهَا وَلـَمْ يُتِمَّ رَكُوْعَهَا وَلَا سُجُوْدَهَا وَلَا خُشُوْعَهَا عَرَجَتْ وَهِيَ سَوْدَاءُ مُظْلِمَةٌ تَقُوْلُ ضَيَّعكَ اللهُ كَمَا ضَيَّعْتَنِيْ حَتىَّ إ ِذ َا كَانَتْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ لـُفَّتْ كـَمَا يُلَفُّ الثـَّوْبُ الـْخَلِقُ فَيُضْرَبُ بِهَا وَجْهُهُ
Artinya: “ Barangsiapa menunaiakan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya sembahyang itu akan terangkat (keatas  langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar sembahyang itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihar aku.  Barang siapa menunaikan sembahyang di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudu’nya serta tiada menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya Allah menyia-nyikan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku.  Apabila ia (sembahyanh) itu sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah sembahyang itu kemuka orang yang melakukannya.” (H..R At-Termidzi r.a.)
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1,  ms 50)


Masalah 52. Hukum solat seorang  diri di rumah

Bagaimanakah hukumnhya seseorang itu sentiasa bersembahyang seorang diri di rumahnhya sahaja, tidak ke masid walaupun masjid hampir rumahnya?

Jawapan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang yang tidak ikut serta dalam sembahyang berjemaah, lalu bahginda berkata: “Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya akan pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkanya (berjemaah), lalu saya akan membakar rumah-rumah mereka.”

Ketahuilah  bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
صَلَاةُ الـْجَمَعِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الـْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْريْنَ دَرَجَةٍ.
 (حديث رواه أبو هريرة)
Ertinya:  Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendirian dengan 27 darjat. (HR. Abu Hurairah).
Firman allah s.w.t.:
إ ِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مِنْ آمَنَ بِـاللهِ وَالـْيَوْمِ الْآخِرِ.
 (التوبة: اية 18)
Ertinya: Hasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.  (Al-Taubat ayat 18)
(Rjujukan: Kitab Bimbingan Mukminin Jil.1 ms 54)

                                            KLCC
Parit Buntar, Perak.
    -----------------------oooooooooooo---------------------------------

No comments:

Post a Comment