Tuesday, 19 April 2011

Masalah Agama Islam bab 1t57 -159 - Siaran pos 99

Masalah  157. –Bolehkan Solat Tarawih 8 Rakaat.

Saya dapati sekarang ini banyak orang berlumba-lumba mengerjakan sembahyang  tarawih hanya sebanyak lapan rakaat sahaja, tetapi terdapat orang-orang tua yang melakukan dua puluh rakaat dan tiga rakaat  sembahyang witir. Minta tuan jelaskan?.


Jawapan.

Setengah dari pada sunnah-sunnah adalah sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan. Bagi Abi Hurairah, As-Shafiei, dan Ahmad mereka mengerjakan dua puluh  rakaat dan tiga rakaat witir. Yang dikenal Mazhab-mazhab yang Empat itu mereka juga melakukan dua puluh rakaat. Tidak ada dinaqalkan  dari mereka itu sembahyang Tarawih hanya  lapan rakaat.
Tersebut sebuah  hadis Rasulullah s.a.w. :-

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ يُصَلـِّى فِى شَهْرِ رَمَضَانَ فِى غَيْرِ جَمَاعضةٍ عِشْرِيْنَ رَكَعَة ً وَالـْوِتـْرَ.(رواه البهيقي والطبراني وعبد بن هـُمَيْدِ)
Bermksuad: “Adalah Rasulullah  s.a.w. berseambahyang di bulah Ramdhan dengan tidak berhenti-henti dua pualuah rakaat di tambah dengan Witir.”
(HR. Al-Baihaqy, At-Thabarany dan ’Abdul Humain)
(Rujukan: ”Kitab Masalah Agama Jil 2.para 167,ms 169)


Masslah  158.- Saya ingin tahu berapakah rukun Khutbah Jumaat?

Jawapan.

Rukun Khutbah itu ada lima iaitu:-
  1. Memuji Allah s.w.t.
  2. Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
  3. Berwasiat dengan Taqwallah
  4. Membaca ayat al-Quran pada salah  satu dari dua Khutabah.
  5. Berdoa untuk orang-orang mukmin dan pemerintah pada khutbah yang akhir.

Meninggalkan salah satu rukun khutbahnya seperti meninggalkan atau dibaca ”Hamdulillah” atau seperti diucapkannya ”Hamlaaah”  Ini sama dengan tidak membaca ”Alhamdulillah” Atau meninggalkan wasiat ”Bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat ke atas Nabi s.s.w., atau meninggalkan membaca ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa kepada mukmin pada khutbah kedua maka tidak sah khutabhnya itu.

Maka jika tidak dibacanya rukun-rukun khutbah yang lima itu, atau salah satu dari padanya, atau dibacanya tdak menurut persyaratnya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang membawa cedera pada sembahyanagnya. Kerana syarat sah sembahyang Jumaat itu adalah terdahulu dua khutbah dengan segala fardhunya.
Rujukan Masalah Agama Jil.2 para 170, ms 181 dan Jil.4 para 71 ms 166)



Masalah  159.- Solat Subuh Imam sujud terlalu lama.

Saya dapati ada Imam yang kalau waktu sembahyabng Subuh pada rakaat akhir pada waktu sujud, maka sujudnya terlalu lama sehingga si makmum tidak kuat mengikutinya. Mohon beri penjelasan.?
Jawapan.

Memang sunat hukumnya melamakan sujud untuk berdoa di dalamnya kerana sujud itu adalah suatu keadaan yang terdekat seorang hamba kepada  Tuhannya. Akan tetapi bagi Imam yang  tidak mahu makmum menaruh kebenciaan padanya kerana perbuatan itu, janganlah hendaknya Imam melebihi tasbih dalam sujudnya dari tiga kali, dan tiada sunat menambahkan doa-doa apapun, bahkan hendaklah diperingankan untuk meraikan makmun yang lemah, yang sakit, yang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan atau kerja yang mesti diselesaikannya. Maka dalam hal ini disunatkan bagi Imam meringankan sembahyangnya.


Diriwayatkan dariAbi Hurairah r.a.  bahawa Nabi s.aw. bersabda:

اِذَا صَلىَّ اَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلـْيُخَفِّفْ فـَاِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ وَالسَّقِـيْمَ وَالـْكَبِيْرَ فـَاِذ َا صَلىَّ لـِنَفـْسِهِ فـَلـْيُطـَوِّلْ مَـا شَـاءَ.
       (رواه الجماعه الاابن ماجه)

”Apabila bersembahyang salah seorang kamu mengimami orang banyak, maka hendaklah diringankannya sembahyang itu.  Kerana di antara mereka ada yang lemah, yang sakit dan yang tua. Maka apabila sembahyang seorang bagi dirinya sendiri boehlah dipanjangkannya menurut kehendaknya.”
                                           (HR .Aljamaah kecuali Ibnu Majah). 


---------------------------oooooooooooooooooooo------------------------------

No comments:

Post a Comment