Wednesday 27 April 2011

Emaial -hjdan@myjaring.net URL www.hjhchedan.blogspot.com (Siaran 123)






Masalah 241- Sahkah orang yang tidak fahanm bacaan dalam solat?

Tidak faham bacaan sembahyang.  Sahkah sembahyang saya tanpa mengetahui makna bacaan dalam sembahyang?

Jawapan.
Jika seseorang bersembahyang mengikut peraturan syarat dan rukunnya pastilah sembahyang yang anda lakukan itu sah. Dalam sembahyang terdapat 13 rukun, ianya bermula dengan niat dan diakhiri dengan salam.  Rukun ini dibahagi kepda tiga bahagian iaitu:-

1.      Rukun Qauly – mengandunhgi segala bacaan yang wajib.
2.      Rukun Fekly – mengandunhgi segala gerak geri dalam sembayang.
3.      Rukun Qalby – perkara yang melibatkan hat  seperti niat.

Manakala syarat sah sembahyang pula seperti suci dari hadas kecil dan hadas besar, Suci badan, pakaian dan termpat sembahyan dari najis.
Menutup aurat, tahu masuk waktu  dan mengadap kiblat. Jika seseorang itu bersembahyang menepati ketiga-tiga rukun itu bermakna sembahyang itu sudah sempurna. Perlu diingat memahami makna bacaan dalam sembahyang tidak termasauk dalam syarat sah sembayang dan tidak juga termasuk dalam rukun yang tiga itu. Oleh itu tidak memahanmi makna bacaan dalam semabyang tidak mencacatkan sembahyang. Ertiny  sembahyang itu sah.
Bagaimanapun memahami makna bacaannya adalah lebih baik dan dinasihati  agar supaya mempelajarinya.
Sementara itu anda cubalah membaca Perukunan Sembahyang dan ambil fahamlah segala  maknanya kerana sembahyang anda itu akan menjadi lebih khusyuk lagi.

Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 48)


Masalah 242- Semasa Sembahyangh memejam mata?

Sahkah sembahyang seseorang itu sekiranya semasa sembahyang dia memejamkan matanya untuk dia menjadi lebih khusyuk lagi?

Jawapan.

Dalam sembahyang seseorang itu mestilah tepat kiblatnya  yang tiga itu baharulah sah sembahyangnya itu.

1.     Kiblat mata – Melihat ke arah tempat sujud atau tempat berdiri ketika rukumk’
2.     Kiblat dada – Menghadap ke arah Baitullah di Makkah.
3.     Kiblkat hati – Hati tertumpu kepada mengingati Allah.
Sembahyang yang sempurna mesti tepat kepada tiga kiblat di atas. Jadi dengan kaedah di atas jelaslah mata tidak boleh dipejam semasa sembahyang. Hukumnya makruh kerana tidak  tepat dengan arahan kiblat mata. Memejam mata bukanlah cara hendak khusyuk tetapi kadangkala dikala itu teringat pula parkara-perkar lain  dari hal sembahyang maka rosaklah sembahyang itu.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-Ahmadi, muka surat 46)

Masalah 243  -Apa itu Solat Jamak dan Solat Qasar ?

Apa yang dimaksudkan dengan sembahyang Jamak dan Qasar

Jawapan.

Sembahyang Jamak bererti sembahyang wajib yang di himpunkan dua waktu sembahyang wajib ke dalam satu waktu.  Sembahyang Qasar pula ialah sembahyang yang panjang atau banyak rakaatmya dipendekkan rakaatnya menjadi dua rakaat.  Kedua-dua jenis sembahyang wajib ini boleh disekalikan dan boleh juga dipisahkan. 

Seambahyang Jamak dan Qasar ini hanya boleh dilakukan  oleh mereka yang bermusafir yang bukan tujuan kerana melakukan maksiat. Musafir hendaklah melebihi dua marhalah, iaitu lebih  kurang 48 batu.. Sembahyang ini adalah untuk kemudahan orang yang musafir dan boleh dikerjakan dalam  masa tiga hari musafir tidak termasuk hari datang dan hari balik.
Semuanya ini ada peraturan yang ditetapkan:-

1.     Sembahyang Jamak -  Sembahyang yang boleh dihimpunkan ke dalam satu waktu ialah sembahyang Zuhur dan Asar, sembahyang Maghrib dan Isyak. Sembahyang Zuhur boleh dilakukan di dalam waktu Asar, ini dinamakan Jamak Ta’akhir dan sembahyang Asar boleh dilakukan di dalam waktu  Zuhur, ini dinamakan Jamak Takdim. Walau bagaimanapun sembahyang itu tetap dilakukan dengan dua sembahyang iaitu dua kali takbir dan dua kali salam.
2.     Sembahyang Qasar – Sembahyang yang empat rakaat saja yang boleh  dipendekkan menjadi dua rakaat. Ertinya  sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak saja boleh diqasarkan menjadi dua rakaat. Sembahyang Subuh dan Maghrib tidak boleh dipendekkan.
3.     Sembahyang Jamak Qasar – Seseorang yang hendak sembahyang boleh memilih sama ada dia hendak sembahyang jamak saja tanpa qasar atau qasar saja tanpa jamak.  Boleh juga seseorang itu melakukan keduanya sekali iaitu Jamak Qasar. Contohnya begini: Sembahyang Zuhur dijadikan dua rakaat dan Asar juga dijadikan  dua rakaat, kemudian dilakukan kedua-dua sembahyang itu dalam waktu Zuhur atau dalam waktu Asar, atau Sembahyang Maghrib dan Isya’ di lakukan di dalam waktu Maghrib atau di dalam waktu Isya’. Perlu di ingat Sembahyang Maghrib tidak boleh diqasar, dan ia misti dilakukan tiga rakaat juga.
                 Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-
                 Ahmadi, muka surat 52)

Masalah 244- Bilakah  waktu Solat Doh        
Soalan.

Bilakah waktu solat Dhuha boleh dilakukan dan berapakah bilangan rakaatnya yang diperlukan.

Jawapan.

Waktu solat Dhuha adalah lebih kurang setengah jam selepas terbit matahari sehingga sebelum gelincir matahari. Ia boleh dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat ataupun dua belas rakaat.

Masalah 245.- Apakah solat-solat berjemaah?
Apakah solat-solat sunat yang dituntut supaya berjemaah dan apakah solat sunat  yang boleh bersedirian?
Jawapan.
Solat-solat sunat yang dituntut berjemaah di antaranya ialah:-

a.      Solat Tarawih.
b.     Solat bagi ke dua-dua hari raya.
c.      Solat istisqa’
d.     Solat gerhana matahari dan bulan.
e.      Solat witir dalam bulan Ramadzan.
Solat-solat sunat yang tidak berjemaah antaranya ialah :-

a.      Solat-solat rawatib.
b.     Solat witir.
c.      Solat tasbih.
d.     Solat tahajjud.
e.      Solat taubat.
f.       Solat awwabin.
g.      Solat hajat.
h.     Solat tahiyatul masjid.
i.        Solat wuduk.
j.        Solat musafir.
k.     Solat ihram.
l.        Solat istikharah.
m.   Solat Musafir
n.     Solat Hadiah pada aruah-aruah.

Masalah 246-   Solat tidakpakaibaju- Bagaimana?

Apakah sah atau tidak sembahyang seseorang itu dengan tidak memakai baju?

Jawapan.

Orang yang sembahyang tanpa baju walaupun sah tetapi oleh kerana tidak beradab dan bersopan dengan Allah maka selama itulah dia tidak ditingkatkan iman dan takwanya, sedang  iman dan taqwa itulah yang diminta kita perolehi.
Dalam Islam ada beberapa hukum yang perlu difahamkan dan dipatuhi. Di antaranya:
1.     Hukum fekah- haram halal dan sah batal.  Kalau tepat dengan syarat rukunnya maka hukumnya sah tetapi kalau tidak tepat dengan syarat rukunnya maka batal atau tidak sahlah.
2.     Hukum adat – Adat manusia yang bermaruah malu dengan orang lain. Mereka malu kalau tubuh badannya dilihat orang lain. Inilah  fitrah semula jadi manusia.
3.     Hukum adab – Adab kesopanan sebagai hamba kepada Allah.  Allah sebagai Tuhan yang menciptakan kita tentu patut disembah dan diagongkanNya. Untuk menyembah Allah kita sudah  pun kenalNya sebagai Yang Maha Cantik dan Seni.  Kerana itu tentu tidak patut kita menyembahNya dengan keadaan kita tidak sopan dan beradab.
                             (Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu
                             Salim Ahmadi, muka surat 98

Masalah 247-... Tidak pernah solat kini 60 tahun mahu bertaubat.

Seorang yang tidak pernah sembahyang sehingga usia 60 tahun, dan baru-baru ini dia mula melakukan sembahyang.  Soalnya apakah dia perlu bertaubat dahulu dan mengqadakan sembahyangnya yang ditinggalkannya selama itu?

Jawapan.

Setiap orang Islam apabila cukup umur atau sudah akil baligh wajiblah ke atasnya menunaikan fardhu sembahyang dan amalan fardhu yang lain seperti yang terkandung dalam Rukun Islam dan berdosa jika ditinggalkannya.. Kalau dia tidak tahu atau jahil ia tetap berdosa kerana tidak mahu belajar dari orangh lain.
Masalah yang anda kemukakan ini adalah petanda baik kerana dia telah insaf dan menyesal kesilapan yang lalu. Petanda dia sudah mendapat hidayah. Dia wajib bertaubat kerana soal melakukan taubat itu adalah sifat yang terpuji. Setiap manusia banyak derhaka kepada Allah maka taubat mesti dilakukan setiap hari. Sebenarnya Taubat bukan setelah lanjut umur. Setiap mukmin  paling baik ialah mereka yang sentiasa bertaubat walaupun dia menyangka dia tidak pernah melakulkan dosa. Rasulullah s.a.w. walaupun baginda terpelihara dari melakukan sebarang dosa namun baginda tetap bertaubat sebanyak 70 kali sehari.  Dalam masalah seseorang yang berhutang ibadah sembahyangnya dengan Allah sejak akil baligh sehingga berusia 60 tahun,wajiblah dibayar balik dengan mengqadakan sembahyang  itu sekadar yang ia termampu dilakukannya.  Dia tidak diberatkan melakukan sembahyang-sembahyang sunat kerana sembahyang qada itu lebih wajib dilaksanakannya. Seandainya dia tidak sempat  mengqada semua sembahyang sebelum meninggal dunia maka terserahlah kepada Allah s.w.t. yang menentukannya kerana Allah itu Maha Pengampun  lagi  Maha Penyayang.
Rujuk Kitab ”Menjawab Masalah Anda” oleh Us.Abu Salim Al-
                 Ahmadi, muka surat 76)
Masalah 248-... Apakah itu Rukun Solat?

Apakah yang dikatakan Rukun Solat itu dan berapa jumlahnya?

Jawapan.
 Perkara-perkara wajib yang  menjadi Rukun dalam solat itu ada 13 perkara iaitu:-

1.     Niat semasa Takbiratul Ihram.
2.     Berdiri betul bagi yang berkuasa
3.     Takbiratu lhram
4.     Membaca surah Al-Fatihah
5.     Rukuk iaitu membongkok badan ke hadapan sekurang-kurangnya sampai kedua-dua tangan  memegang ke lutut.
6.     Iktidal iaitu bangun semula daripada Rukuk dan diam sebentar
7.     Sujud iaitu dengan melibatkan tujuh anggota sujud. (Muka, dua tangan, dua lutut dan dua kaki)
8.     Duduk antara dua sujud.
9.     Duduk yang akhir
10.    Membaca tahiyat akhir
11.  Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dalam tahiyat akhir.
12.  Ucapan salam yang pertama
13.  Tertib mengikut susunan seperti yang ditetapkan (yang dahulu di dahulukan dan yang akhir diakhirkan)
               (.Rujukan: ”Kitab Fikh Harian” oleh Dato Dr.Haron Din m.s 48
                    terbitan PTS Publications  Kuala Lumpur tahun  2007.

 Masalah 249-... Apakah dalam solat itu ada Qauli dan Fi’li?
Dalam solat apakah yang dikatakan rukun qauli dan fikli, minta ditrangkan satu persatu?

Jawapan.
Para ulamak telah membahagikannya 13 rukun solat itu kepada tiga bahagian iaitu:

1.      Rukun qauli – mengandungi lima rukun iaitu Takbiratul Ihram, membaca al- Fatihah, membaca tahiyat, selawat dan salam.

2.      Rukun fikli – merangkumi enam perkara iaitu berdiri betul, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan duduk tahiyat akhir.

3.      Rukun qalbi – mengandungi dua rukun iaitu niat dan tertib.

(.Rujukan: ”Kitab Fikh Harian” oleh Dato Dr.Haron Din m.s 49
    terbitan PTS Publications  Kuala Lumpur tahun  2007.)

Masalah 250-... Adakah beza solat lelaki dan wanita?
Adakah orang lelaki dan perempuan itu sama sahaja dalam menunaikan ibadat solat?

Jawapan

Pada dasarnya ada terdapat sedikit perbezaan dan kelainan daripada segi tekniknya iaitu dalam hal perbuatan-perbuatan sahaja dan yang lainnya adalah sama:
1.      Orang lelaki tidak ada cuti keuzuran yang membolehkan mereka tidak bersolat, sedangkan kaum perempuan ada keuzurannya sama ada cuti semasa datang haid atau pun cuti semasa bersalin iaitu wiladah dan nifas dan mereka tidak kena qada solat yang ditinggalkan itu.
2.      Aurat lelaki dalam solat adalah antara pusat dan lutut, sedangkan aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

3.      Orang lelaki merenggangkan kedua siku daripada rusuknya semasa rukuk dan merenggangkan perut daripada paha semasa sujud sedangkan orang perempuan adalah sebaliknya.

4.      Orang lelaki menegur imam yang tersalah dalam solat dengan ucapan tasbih, sedangkan perempuan hanya perlu menepuk tapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri.
Orang lelaki membaca nyaring pada rakaat pertama dan kedua semasa solat Maghrib, Isyak dan Subuh, sedangkan orang perempuan tidak dituntut berbuat demikian. (.Rujukan: ”Kitab Fikh Harian” oleh Dato Dr.Haron Din m.s 49  terbitan PTS Publications  Kuala Lumpur tahun  2007.)






             ----------------------oooooooooooooo------------------------------

No comments:

Post a Comment