Masalah 169-Adakah anak susuan boleh mewarisi pusaka ibunya susuan?.
Jawapan.
Anak susuan menjadi mahram kepada ibu suannya hingga ke atas, begitulah juga dengan anak-anaknya hingga ke bawah, itulah yang dikatakan saudara sesusuan. Anak susuan hanya menjadi mahram ataupun diharamkan berkahwin sahaja, tetapi dalam masalah pusaka dan nafkah, ia tidak terlibat. Maksudnya anak susuan tidak boleh mempusakai harta peninggalan keluarga susuannya dan keluarga itu tidak wajib memberi nafkah kepadanya.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.242)
Masalah 170 –Apakah yang saelalu berlaku perceraian suami isteri?
Jawapan.
Antara sesab-sebab brlaku perceraian ialah :
1...Tidak wujud kerjasama dan persefahaman antara suami isteri.
2...Tidak memahami tanggungjawab serta tidak melaksanakan tugas dan kewajipan suami isteri.
3..Tidak menghayati nilai-nilai murni dan ciri-ciri sayang dalam kehidupan suami isteri.
4..Campur tangan keluarga yang bukan bertujuan membina.
5..Membelakangi ajaran Islam ataupun tidak mematuhi perintah agama.
6..Dirasuk kuasa nafsu syaitan yang terpedaya di atas kecantikan sesatu pihak disebabkan kurang layanan dan kepuasan masing-masing.
7..Bersifat mencintai serta memandang hartabenda, pangkat dan
kewangan.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.24
Masalah 171-Apakah yang katakan Nusyuz itu?
Jawapan.
Pengertian nusyuz dari segi bahasa adalah derhaka. Maksudnya sikap ataupun tindakan yang biasanya dilakukan oleh isteri yang dianggap nenderhaka suami. Dengan kata lain dalam kehidupan dan perhubungan suami isteri, nusyuz meberi erti penentangan ataupun kebencian yang timbul daripada salah saeorang antara suami ataupun isteri ataupun daripada kedua-duanya sdekali.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.246)
Masalah 172-Apakah yang katakan tanda-tanda Nusyuz itu?
Jawapan.
Tanda-tadanta yang menunjukkan isteri suyuz banyak dan di antranya ialah:
Jawapan.
1. Tidak mentaati perintah suami.
2. Bersikap kasar ataupun bermasam muka pada suami.
3. Keluar meninggal rumah tanpa mendapat keizinan suami.
4. Melakukan sesuatu yang dilarang ataupun dibenci oleh suami.
5. Tidak menjalankan tugas ataupun kewajipan dengan baik sebagai isteri dan lain-lain lagi.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.246)
Masalah 173-Apakah tindakan kerana Nusyuz itu?
Jawapan
Apabila sudah ternyata dan jelas isteri berlaku nusyuz, suami perlu bertindak menuurut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam iaiatu:
1..Mula-mula sekali isteri perlu dinasihati dengan baik dan penuh pengajaran supaya ia dapat menyedarkannya daripada kesalahan itu.
2..Sekiranya tidak berjaya dan tidak memberi kesan, suami perlu memulaukannya daripada tempat tidur bersama dengannya.
3..Sekiranya isteri masih nusyuz, maka suami dibenarkan memukulnya, tetapi jangan sampai mencederakannya ataupun jangan memukul di perut atauun muka kerana ini dilarang dalam Islam. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quram Surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;
”Dan isteri-isteri yang kamu takuti berlaku nsyuz, maka kamu perlu menasihati mereka dan pindahkan daripada tidur bersama dengan mereka dan pukullah mereka, sekiranya mereka kembali mentaati kamu, janganlah kamu mencari jalan henbdak menyusahkan mereka, dan sesungguhnya Allah itu maha tinggi lagi maha besar. (An-Nisak ayat 34)
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 174 – Apalah erti Talak dan bagaimana boleh dilakukan
Jawapan
Perkataan Talak adalah perkataan Arab yang memberi erti bercerai ataupun berpisah. Mnurut istilah kita, ia bermaksud melepaskan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak ataupun seumpamanya.
Bilangan talak yang boleh dilafazkan oleh suami adalah sebanyak dua kali sebagai Talak Raj’ie iaitu talak yang boleh dirujuk semula, dan maksimumnya sebanyak tuga kali sebagai talak bain. Dalam maslah ini Allah s.w.t. mejekaskan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 229 seperti berikut:
ا َلطَّلَقُ مَرَّتَانِ فـَإِمْسَكُ بِمَعْرُوفٍ أ َوْ تَسْرِيعُ بِإِحْسَنٍ
“Talak itu ada dua kali, sesudah itu, suami diberi peluang merujuk krmbali dengan baik ataupun dilepaskannya dengan cara yang lebig baik juga.”
(Al-Baqarah ayat 229)
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 175-Apakah hukum sebenar Talak menurut Islam?
Jawapan.
Hukum talak ataupun bercerai dalam Islam terletak pada keadaan dan suasana hubungan suami isteri itu sendiri. Ia dapat dibahagikan kepada empat hukum:
1. Wajib bercerai apabila didapati perselisihan antara pasangan suami isateri itu tidak dapat diperbaiki lagi walaupun pelbagai usaha dilakukan temasuk campur tangan orang tengah, namun tidak dapat menyelesaikan masalah. Hanya perceraian sahaja satu-satunya jalan keluar.
2. Sunat bercerai apabila suami sudah tidak sanggup memberi nafkah ataupun sara hidup ke atas isterinya, didapati isterinya melakukan curang ataupun menceraikan istrerinya dalam masa suci tanpa disetubuhinya.
3. Makruh bercerai apabila suami menceraikan isterinya yang baik dan mentaatinya tanpa mempunyai sebab-sebab yang memboldehkan suami berbuat dermikian.
4. Haram bercerai (Bida’ah) apabila suami menceraikan isterinya sedangkan isteri dalam haid ataupun diceraikan dalam masa suci yang sedang disetubuhuinya.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 176 –Rukun-rukun atau syarat-syarat bercerai?
Jawapan.
Hanya terdapat tiga perkara sebagai rukun talak.
1. Suami yan menjatuhkan talak.
2. Isteri yang ditajuhkanm talak.
3. Lafaz talak.
Manakala syarat talak dua perkara:
1. Suami yang berakal baligh.
2. Atas kehendak sendiri
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 177 –Bagaimanan lafaz talak?
Lafaz talak terbahagi dua jenis:
1...Lafaz soreh atau terang-terang menunjukkan kepada perceraian saperti
2. ”Saya jatuhkan talak ke atas kamu.” ataupun ”Saya ceraikan kamu”
Lafaz kinayah atau lafaz yang mengandungi maksud talak dan maksud
yang lain. Ini perlu berdasar kepada niat suami itu seperti katanya
”Sekiranya begini caranya, kita brpisah” atau ”kamu pulanglah ke
rumah ibu bapa kamu” dan ”sebagainya. Kata-kaga kinayah seperti
ini tidak menyebabkan jatuh talak kecuali apabila suami memang
berniat hrendak menjatuhkan talak.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.249)
Masalah 178- Apabila suami bergurau nak jatuh talak
Jawapan.
Suami perlu memahami yang perkataan talak tidak boleh dibuat gurauan. Apabila suami dengan sengaja menggunakan perkataan talak pada isterinya, sama ada secara bersungguh-sungguh ataupun acah-acah sahaja, maka jatuhlah talak ke atas isterinya. Dalam konteks ini Nab Muhammad s.a.w. pernah berpesan iaitu:
”Tiga perkara yang disungguh-sungguh akan menjadi sungguh dan
diacah-acah akan menjadi saungguh iaituy nikah, talak dan rujuk.”
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.250)
Masalah `179- Bagaimana dengan Talak tiga?
Jawapan.
Terdapat berbagai-bagai bentuk dan cara talak tiga berlaku iaitu:-
1. Suami melafazkan talak tiga ke atas isteri dalam masa dan tempat yang berlainan,maka jatuhlah talak tiga.
2. Suami melafazkan talak ke atas isterinya kemudian selepas habis idahnya mereka dikahwinkan semula, kemudian di talakkan sekali lagi, apabila hjabis idahnya mereka dikahwinkan semula dan kemudian diceraikan lagi buat kali ketiga, maka jatuhlah talak tiga (talak bain).
3. Suami melafazkan talak ke atas isterinya dengan tiga kali berturut-turut dalam masa dan tempat yang sama seperti katanya ”Saya ceraikan kamu dengan tiga talak”, ataupun ”saya ceraikan kamu, saya ceraikan kamu, saya ceraikan kamu” dengan cara mengulanng-ulang cerai tiga kali berturut-turut.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.250)
Masalah 180 Apakah ertinya cerai taklik?
Jawapan.
Taklik ertinya digantungkan talak ataupun disayaratkan dengan sesuatu. Contohnya seperti suami berkata kepada isterinya. ”Sekiranya kamu keluar dari rumah pagi ini ataupun kamu pulang ke rumah ibu kamu tanpa izin saya, maka gugrlah satu talak.” Maka Jatuhlah satu talak sekiranya isteri dia melakukan perkara yang di taklikkan itu.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.251)
Masalah 181 Apakah ertinya cerai taklik?
.
Jawapan
Tebus talak atau dikenal dengan panggilan khuluk bererti buang, cabut ataupuan tanggal, manakala pengertian daripada istilah munakahat ialah satu bentuk prerceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran. Perkara ini dbolehkan dalam Isalam berdadsarkan ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 229:
وَلَا يَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَأ ْ خُذُواْ مِمَّاءَاتَيْتُمُو هُنَّ شّيْـءًـا إِلَّآ أَنْ يَخَا فَآ أِلاّ َ يُقِيمَا حُدُودَ اللهِ, فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا َّ يُقِيْمَا حُدُودَا للهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلـَيْهِمَا فِيمَا افْتَد َتْ بــِهِ. (البقرة 229)“
“Dan tidak halal bagi kamu mengambil suatu pemberian yang kamu berikan kepada mereka, melainkan apabila takut mereka tidak dapat memelihara perintah ataupun hukum-hukum Allah, serkiranya mereka takut tidak dapat memelihara batas-batas Allah, tidak menjadi kesalahan keatas keduanya berkenaan sesuatu yang diberi oleh isteri bagi menebus dirinya.”
(Al-Baqarah ayat 229)
Masalah “tebus talak” ini pernah berlaku pertama kali dalam Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana Sabit bin Qis diminta tebus talak oleh isterinya dengan mengembalikan semula mas kahwin kepadanya.Lalu Nabi Muhammad berkata:
“Berikan kebun yang dijadikan mas kahwin itu dan ceraikanlah
beliau dengan satu talak”
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.251)
Masalah 182 – Apakah rukun-rukun tebus talak?
Jawapan.
Adapun ruku-rukun mengenai tebus talak itu ialah:
1. Istreri
2. Suami
3. Lafaz
4. Bayaran
Manakala perkara-prrkara yang ada hubungan dengan tebus talak itu adalah:
1. Suami perlu melafazkan tebus talak dengan berkata ”Saya ceraikan kamu dengan bayaran RM 3,000.00” lalu dijawab oleh isteri ”Saya terima dengan bayaran serperti yang disebutkan.”
2. Si isteri juga mempunyi hak untuk menggunakan ”tebus talak” terhadap si suaminya sekiranya terdapat sesuatu yang ianya tidak boleh lagi menanggung beban perkara yang susah baginya. Dengan itu cara lafaznya ialah ”Ceraikan saya dengan bayaran RM 1,000.00” Maka disambut oleh si suami dengan melafazkan ”Saya ceraikan kamu dengan bayaran sebanyak itu.”
3. Tebus talak boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
4. Tebus talak tidak boleh dilakukan dengan paksa, ia perlu dilakukan dengan kerelaan dan persetujuan kedua-dua belah pihak suami isteri.
5. Bayaran tebus talak tidak dihadkan, terpulang kepada budi bicara dan persetujuan antara kedua belah pihak.
6. Isteri yang ditebus talak tidak boleh dirujuk semula oleh bekas suaminya kecuali dengan akad nikah sermula selepas memenuhi syarat-syaratnya.
Masalah 183–Bagaimana dengan kedudukan Khuluk itu:
Jawapan.
Menurut jumhur ulamak, Khulu’u adalah termasuk ke dalam kumpulan Talak Ba’in. Tetapi sebahaghian mereka pula telah meanggapnya sebagai Fasakh.
Kedua-dua pendapat diatas mempunyai kesan yang tersendiri, jika ia dianggap sebagai talag bai’in maka si suami akan kehilangan salah satu talagnya dan dia tidak harus merujuk kepada isterinya melainkan dengan akad perkahwinan yang baru. Jika ia dianggap sebagai Fasakh maka si suami tidak akan kehilangan satu apapun dari jumlah tiga talag yang dimilikinya, walaupun begitu untuk merujuknya, dia memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru.
(Rujukan- Kitab Undang-Undang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, m.s. 183)
----------------------ooooooooooooooooooooo----------------
No comments:
Post a Comment