Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 227..Orang musafir dan orang fakir yang tidak diharapkan
sembuh lagi, tidak boleh menggunakan Ramadhan untuk puasa
yang lain selain daripada puasa Ramadhan, seperti puasa nazar,
puasa kaffarah, puasa qadha mahupun pusa saunat. Kalau
dilakukannya juga nescaya tidak sah puasanya, baik untuk puasa
Ramdhan mahupun puasa yang diniatkan itu.(19)
Masalah 228... Apabila musafir jauh sampai balik di rumahnya pada
siang hari Ramadhan dan didapatinya isterinya baru dalam keadan
berbuka, umpamanya baru berhenti haidnya dan telah mandi, maka
dia boleh mensetubuhi isterinya itu dan tiada kaffarah atasnya.(20)
Masalah 229... Apabila seseorang makan dia ragu tentang terbit fajar dan tidak nyata tanda baginya sesuatu apa pun sesudah dia makan, maka sahlah puasanya dan tiada qadha baginya. (22)
Masalah 230...Apabila seseorang yang sedang berpuasa menyangka bahawa matahari telah terbenam, kemudian dia melakukan persetubuhan. Setelah itu nyata baginya bahawa matahari belum terbenam, maka batallah puasanya itu dan wajib qada atasnya tetapi tidak wajib kaffarah.(23)
Masalah 231..(6)..Apabila seseorang bersetubuh pada malam hari dan dalam keadaan berjunub ketika masuknya waktu Subuh, dia belum mandi junub. Maka sah puasanya itu. Tetapi berdosa kerana tidak solat Msubuh. (24)
Maslah 232....(7)..Apabila fajar sudah terbit, sedangkan di dalam mulut masih ada makanan, maka jika langsung diludahkannya, sahlah puasanya. Tetapi jika ditelannya maka batallah puasanya dan wajib atasnya qada, kecuali apabila dia sudah berusaha meludahannya, namun sabahagian makanan itu masuk ke fdalam perutnya tanpa sangaja. (25)
(8).. Apabila seseorang sedang bersetubuh, kemudian diketahuinya bahawa fajar sudah terbit, maka puasanya sah apabila dia mencabut zakarnya dan menghentikan persetubuhan itu ketika itu juga. Tetapi kalau dia masih goyangkan atau digerakkan walaupun hanya sekali gerakan, maka puasanya batal dan wajib atasnya qada serta kaffarah. Demikian pendapat Abu Hanifah dan sebahagiuan Ulama’. (26)
(9).. Jika betis seseorang luka, kemudian dia berubat dan dijangka ubat itu sampai ke dalam daging betisnya kemudian terus ke perutnya, maka puasanya tidak batal, kerana betis itu bukan anggota tubuh yang berlubang. Hukum ini disepakati semua fuquha dan tiada perbezaan pendapat mereka. (27)
233..(10).. Apabila seseorang memasukkan jarinya atau apa saja seperti najis yang keular dan masuk balik ke dalam duburnya, atau perempuan memasukkan jarinya atau apa saja ke dalam dubur mahupun qubulnya, maka batallah puasanya itu, walaupun sebahagiannya masih tinggal di luar. (29)
(11)..Apabila seseorang menitikkan air atau minyak ke dalam telinganya, kemudian air atu minyak itu sampai ke otaknya maka batallah puasanya itu. (30)
(12).. Jika seseorang itu menelan sesuatu, walaupun sangat kecil sepereti biji sawi, maka batallah puasanya itu. (31)
(13).. Apabila sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi, kemudian ditelan dengan sengaja, maka batallah puasanya itu. (32)
Massalah 234...(14).. Menelan air ludah tidak mebatalkan puasa, kecuali apabila air ludah itu bercampur dengan yang lain dan berubah warnanya. Selain itu disyaratkan bahawa air ludah itu belum keluar melewati batas bibir, dan tidak sengaja dikumpulkan di dalam mulut kemudian di telan. Apabila begini maka batallah puasanya itu. (33)
(15).. Apabila seseorang terepaksa muntah atau muntah tanpa disengajakan maka tidaklah batal puasanya itu. (34)
(16.. Bahawa bersuntik itu membatalkan puasa. Tetapi jika keadaan darurat seperti jika tidak di suntik boleh menjadi keadaannya merbahaya maut maka keadaan itu di maafkan. Firman allah s.w.t. (35)
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ .
(الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.
(Al-Haj ayat 78)
(17)..Menyedut ubat melalui hidung dan ubat itu sampai ke otak menyebabkan puasanya itu batal. (37)
Masalah 235….(18)..Imam as-Shaffiei berpendapat bahawa apabila seseorang mencium istrerinya di siang hari semasa berpuasa, kemudian keluar air mazinya, tidaklah batal puasanya itu. Demikian juga pendapat al-Hassan, al-Auza’i, Abu hanifah dan Abu Tsaur. (38).
Tetapi demikian pula pendapat Umar dan Abu Hurairah bahawa mencium istreri di bulan Ramdhan adalah makruh hukumnya, jika perbuatan itu menggerakakan syahawat. (39)
(19)..Adalah makruh hukumnya bagi orang yang hendak berbuka puasa dengan mendahului berkumur-kumur kemudian meludahkannya.(40)
(20).. Memeluk isteri atau merangkulnya sewaktu berpuasa lalu keluar air mani, membatalkan puasanya tetapi tidak kena kaffarah hanya qada puasanya itu (41).
(21)..Apabila Seseorang yang merosakkan puasanya dengan bersetubuh, adalah berdosa dan dia diwajibkan membayar kaffarah dan qada puasanya itu. (42)
(22).. Kaffarah kerana melakukan persetubuhan semasa berpuasa Ramadhan dengan istetrinya atau perempuan-permpuan lain hanya diwajibkan bagi suaminya atau lelaki tersebut, tetapi tidak bagi isterinya atau perempuan-perempuan lain. (43)
(23)..Persetubuhan yang dilakukan ketika melaksanakan puasa nazar, puasa kaffarah, puasa qada, puasa jaza tidak dikenakan kaffarah. Tetapi bagi mereka yang sedang qada puasa Ramadhan menurut Qatadah melakukan persetubuhan di siang hari dikenakan kaffarah.(45)
(24). Berbekam tidaklah membatalkan puasa, menurut Imam Shafieei. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik, Abu Hanifah dan Abu Daud. (46)
(25)..Makan dan Minum atau mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa kerana lupa, tidaklah membatalkan puasa. Demikian juga pendapat Abu Hanifah. Dengan syarat dia cepat-cepat meninggalkan perbuatan itu bila ia teringat. (47)
(26).. Apabila seseorang itu melakukan persetubuh kerana ia terlupa yang ia puasa tidaklah membatalkan puasa. Tetapi dia hendaklah meninggalkan perbuata itu apabila ia teringat. (48)
(27)..Apabila seseorangitu yang sedang berpuasa dipaksa makan atau minum, diikat kemudian diperkosa atau diperkosa dalam keadaan tidur maka tidaklah batal puasanya itu. (49)
(28)..Apabila seseorang dipaksa makan dan minum dengan sendirinya, Lantas dia makan atau minum, atau seseorang wanita yang dipaksa menyerahkan tubuhnya diperkosa, lantas dia menyerahkan tubuhnya, maka tidalah batal puasanya. Selain Imam Shafiei fuquha Syirazi, al-Ghazzali, al-Abdari dan al-Rafi’i berpendapat demikianjuga. (50)
(29)..Apabila seseorang itu berkumur-kumur atau memasukkan air ke hidungnya dengan berlebih-lebihan (lebih 3 kali) kemudian masuk air ke dalam kerongkongnya tanpa sengaja, maka batallah puasanya itu. Tetapi jika dia melakukan kedua-dua perkara tersebut dengan tidak berlebih-lebihan dan masuk air tanpa sengaja maka tidaklah batal puasanya itu. (51)
(30).. Seseorang yang berbuka dengan sengaja atau tidak berpuasa Ramadhan pada bulan itu, tetapi tidak melakukan persetubuhan maka dia hanya wajib mengqada sebanyak hari yang ditginggalkannya, tidak dikenakan kaffarah. Demikikan juga pendapat Maliki,Hanafiah dan jumhur ulama’. (52)
(31)..Seseorang yang melakukan persetubuhan berulang-ulang kali pada siang hari Ramadhan, hanya dikenakan satu kaffarah sahaja, baik dia sudah membayar kaffarah yang terdahulu atau belum.(53)
(32)..Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada siang hari yang berlainan dalam bulan Ramadhan itu, maka dia wajib membayar kaffarah untuk masing-masing hari itu. Demikian pendapat Imam Malik, Abu Daud dan Ahmad Hambal. (54
(33)..Apabila seseorang itu Mengeluarkan mani dengan tangan atau istimna’ adalah berdosa dan membatalkan puasanya itu, dan wajib qada puasa tetapi tidak kena kaffarah.(55)
(34).. Apabila seseorang itu mentakhirkan qada puasanya hingga sampai Ramadhan berikutnya, maka hendaklah dia mengerjakan puasa Ramadhan itu lebih dahulu, kemudian barulah melaksanakan puasa qada, dan dia dikikenakan membayar fidyah. (56)
(35)..Apabila seseorang melambatkan qada puasanya kerana sakit atau kerana musafir, maka dia hanya wajib membayar qada saja, tanpa membayafr fidyah. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Abu Hanifah. (57)
(36)..Apabila seseorang itu Menqada puasa Ramadan adalah lebih baik dilakukan secara berturut-turut, tetapi tiada salahnya jika dikerjakan secara terpisah-pisah.(58)
(37).. Apabila seseorang yang telah meninggal dengan meninggalkan qada puasa Ramadhan, maka tiadalah puasanya itu di puasakan oleh Walinya, tetapi hanya dengan memberikan fidyah. Jika ditinggalkan dua Ramadhan, maka untuk Ramadhan yang terdahulu diberikan setiap hari dua fidyah (dua mud atu cupak) dan untuk Ramadhan yang kemudian pula dibayarkan satu fidyah (satu mud atau cupak) (59)
236....Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit, kerana safar atau Kerana uzur-uzur syar’i lainnya dan dia tidak dapat diqadanya sebelum dia meninggal dunia, tiadalah dikenakan apa-apa atasnya dan tidak pula dibayarkan fidyah. Demikian juga pendapat Abu Hanifah dan Imam Malik serta para jumhur ulama’.(60)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki: Catatan nombor Italic di hujung ayat yang bernombor (1) hingga (60) berarti Rujukan kepada kitab ”Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain –Ibadah Puasa” oleh Akmal Hj. Mohd.Zain Terbitan Darul Nu’man. Kuala Lumpur tahun 1994)
No comments:
Post a Comment