Email: hjdan@myjaring.net
SOALAN 35. Saya ingin tahu apakah yang dikatakan Akhlak Islam sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran Surah al-Isra’ ayat 23 hing 39.
Jawapan
Tafsiran ayat 23. Tuhan memerintahkan jangan menyembah selain dari Allah. Hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika mereka sudah tua janganlah kamu herdik atau memaki mereka walaupu mengatakan “ces” sahaja. Ucapkanlah kepada kedua mereka perkataan yang mulia.
Tafsiran ayat 24. Berhinalah diri kepada dua ibu apa dan berilah kasih sayang pada mereka.sebagaimana yang mereka kasih kamu semasa keil lagi. Mohon pada Allah agarkalan mereka.
Dikurniakan rahmat Allah danampunlah dosa-dosa mereka yang lalu, sedang dan yangakandatang.
Tafsiran ayat 25. Tuhan amat megetahui apa-apa yang ada dalam hati mu. Jika kamu berakhlak mulia maka Allah mengampun kamu jika kamu memohon ampun
Tafsiran ayat 26. Berbuat baik baik kepada jiran tetangga, kaum kerabat dan bersedeakah kepada fakir miskin, orang-orang musafir dan jangan membazir.
Tafsiran aayat 27. Janganlah berakhlak membazir kerana mereka yang membazir itu saudara pada syaitan.
Jtafsiran ayat 28. ika tidak sanggup memberinya ucapkan perkataan dengan bailk dan lemah lembut.
Tafsiran ayat 29. Jangan engkau kedekut dan bakhil dan tidak suka memberi pertongan atau sedekah kepada fakir miskin dan yang menimpa kemalangan. Jangan pula pemboros.
Tafsiran ayat 30. Jika kamu berakhlak pemurah hati Tuhan akan menambahkannya reziki kamu dan jika sebaliknya Tuhan akan mengurangkannya.
Tafsiran ayat 31. Jangan kamu bunuh anak-amnak mu kerana takut maiskin, tretapi Tuhan yang memberi rezeki bukan kamu.
Tafsiran ayat 32. Janganlah kamu hampiri zina, (melakukan zina) sesungguhnya zina itu amat keji dan akhlak yang amat jahat.

Tafsiran ayat 33. Jangan kamu membunuh manusia yang tidak brerdosa dan tidak bersalah.
Tafsiran ayat 34. Janganlah kamu berakhlak buruk dengan memakan harta anak-anak yatim.
Tafsitan ayat 35. Hendaklah kamu sempurna sukatan bila kamu menyukat dan janganlah kamu kurangkan timbang-menimbang.
Tafsiranayagt 36. Janganlah kamu mengerjakan sesuatu urusan tanpa ilmu pengetahuannya iaitu jadi pak turut sahaja.
Tafsiran ayat 37. Jangan engkau berjalan di muka bumi ini dengan brerlagak sombongm kerana kamu tidak sampai hajat sombong itu.
Tafsian ayagt 38. Kesombongan kamu itu adalah krejahatan dan kamu amat dibenci oleh Allah.
Tafsiran ayat 39.Itulah riwayat bagi kamu segala akhlak yang baik dan mulia yang dikehendaki kamu amalkan dan segala akhlak yang buruk itu kamu tinggalkan. Janganlah kamu menyembah selain dari Allah menyengutukan Akkah itu nanti akan dimasukkan kamu ke dalam neraka.
(dari Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 23 – 39)
SOALAN 36. Saya ingin tahu berkenaan ”Qalbu”. Apakah yang dikatakan Qalbu itu.
Jawapan.
Qalbu yang bersifat fizikal. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “qalbu” memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak.
(1)..Qalbu ialah seketul daging yang terdapat dalam jasad manusia.dan ia dikenal sebagai hati mnusia. Ia berperanan penting kerana hati manusia adalah pengarah kepada semua tingkah laku zahir.
(2)..Para ulamak mensifatkan hati seperti seorang raja. Manakala jasad pula seperti sebuah negara. Raja akan mempastikan bahawa negara tunduk kepada perintah hati. Oleh itu jika tingkah laku hendak diperbaiki hendaklah diperbaiki hati. Hati yang baik ialah yang bersifat dengan pelbagai sifat terpuji seperti ikhlas, patuh, sabar, syukur, dan sebagainya akan mengarah kepada akhlak yang baik.
(3)..Mukmin yang betakhlak buruk adalah terdiri dari mereka yang telah rosak hati mereka kerana didikan akhlak terpuji tidak diberi oleh ibu bapa mereka, juga akhlak yang terpuji tidak di tanam di dalam hati mereka sejak kecil lagi. Mukmin yang berakhlak terkeji telah tidak dibaiki hati mereka yang rosak itu.
(4) Qalbu yang bersifat rohani - Ilmu akhlak juga termasuk membincang amalan hati manusia yang menjadi faktor utama segala perbuatan pacaindera yang lain itu. Rasulullah bersabda:
الا َ وَإ ِنَّ فِى الـْجـَسـَدُ مـُضْغـَة ٌ إذا صَلـَحـَتْ صَلحَ
الـْجـَسـَدُ كـُلـُّهُ وَإذا فـَسَـَد ًتْ فـَسـَدَ الـْجـَسـَد ُ كـُلـُّهُ ألا َ وَهِىَ الـْقـَلـْب ُ.
“Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati”
Mukmin yang berhati dengan sifat-sifat mahmudah adalaah mereka yang telah dididik oleh ibu bapa mereka dengan sifat-sifat mahmudh itu dengan beberapa di antaranya ialah didikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Mereka juga mendapat didikan dari guru-giuru di sekolah. Mereka juga dapat meresap
Ajaran agama dari al-Quran dan al Hadis Rasulullah saw.

37.. SOALAN - Hubungan Insan degan manusia
Minta tuan jelaskan yang dimakasudkan Hubugan dengan Insan untuk menjadi manusia yang terbaik. Iaitu Hubungan dengan masyarakat, hubungan dengan anak, hubungan dengan isterti dan hubungan dengan suami.
Jawapan
Hubungan insan yang terbaik ialah:
(1). Mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri
kita sendiri. Tidak berlagak sombong dan bongkak padanya
dan tidak beriri hati padanya kerana Allah murka dengan
akhlak yang negativ., sebagaimana kesah dua orang sehabat
yang berlagak sombong pada rakannya.(2). Merasa gembira di atas kegemnbiraannya dan merasa
dukacita apabila dia dalam kesusahan.
(3). Inginkan kebahagian untuk dirinya dan berharap segala
kecelakaan menjaihi dirinya.
(4). Membenci pada akhlak buruknya dan kasih pada
dirinya dedngan akhlak terpujinya.
(5).. Bersifat pemurah padanya, bertolak ansur padanya,
dan mengenangkan jasa-jasanya serta bercita-cita untuuk
membalas budinyanya
(6). Kebaikan insan disnjung dan diikuti, kejahatannya
ddinasihati dan dirahsiakan.
(7). Baik sang terhadap orang Islam dan hendaklah
Tawadhuk dengan manusia.
Hubungan dengan masyarakat yang terbaik ialah:
.1… Anggota masyarakat kini sering terlibat dengan pelbagai masalah akhlak dalam hubungan sesama insan. Jenayah yang berlaku turun temurun seperti berzina, mencuri, merompak, menyamun dan sebagai lagi masih terus berlaku. Cuma caranya sahaja yang berbezam. Contohnya mencuri atau menyamun dilakukan dengan menekan keyboard komputer sahaja. Perbuatan zina pula lebih parah lagi kerana berlaku di kalangan keluarga terdekat.
2… Justeru itu bagi mengelakkan kejadian jenayah sesama insan itu mukmin perlukan pergaulan yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Agama Islam menyeru dan mengajak kaum Muslimin bergaul sesama insan dengan baik dan berakhlak mulia. Dengan pergaulan yang baik sesama insan kita dapat saling bantu membantu, maka yang demikia kita akan dapat tercapai sesatu yang berguna untuk kepentingan masyarakat yang adil dan makmur.
3... Untuk saling mengenal di antara sesama insan dalam kehidupan kita, adalah ajaran Islam yang sangat ditekankan yang mempunyai garis hidup yan konkrik dalam batasan hidup bermasyarakat.
4.. Adab pergaulan sesama insan mukmin secara rigkas seperti seperti brerikut:
a. Menyukai saudara seagama
b. Tidak menyakiti Muslim lain
c. Tawadhu (merendah diri)
d. Bersikap hormat dan pengasih\
e. Bermanis muka
f. Tidak mudah mendengan berita -berita buruk
g. Memelihara kehormatan
h. Menempaytkan seseorang pada haknya
i. Meminta izin
j. Memberi nasihat Dan sentiasa jujur.
(1). Hakimkan antara manusia dengan adil dan saksama.
(2). Jangan mengurangkan timbangan dan sukatan jualan
(3)… Kembalikan amanah atau harta kepada yang
empunyainya.
(4). Jangan memasuki rumahnya sehingga kamu meminta
izin dan dia membenarkan kamu masuk.
(5). Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
dengan jiran tetangga kamu dan menolong ianya
apabila dai ada kesuahanba.
(6).,.. Bersikap pemaaf terhadap sesama manusia dan
sentiasa mengamalkan kesabaran dalam saegala
usrusan ursan dengan masyakakat,
(7). Ziarah dia apabila I dalamkeuzurandanberdoa suoay
sebuhkembali.
Hubungan kedudukan akhlak dengan anak.
(1).. Anak adalah amanat pada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci sebagai permata yang berharga. Ia menerima setiap ukiran dan ikuti segala arahan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam tugas-tugas mendidik anak untuk membentuk akhlak mulia. Anak itu lahi bersih maka ibu bapalah yang akan menjadikan ia Majusi atau Nasrani.
(2).. Islam menjelaskan segala hukum yang bersangkutan anak-anak dan prinsip-pinsip pendidikan, supaya ibu bapa boleh mempunyai petunjuk dan hidayah dalam kewajipan terhad anak. Pertama sekali disyaratkan azan sebaik sahaja ia dilahirkan. Melakukajn Tahnik sejurus kelahirnnya. Mencukur kepala dan memberi nama pada hari ketujuh kalahirannya. Melakukan aqiqah pada anak itu. Melakukan berkhatan.
(3).. Apabila anak itu mencapai umur empat atau lima tahun mengajar anak itu membaca al-Quran dan bila sampai tujuh tahun mulalah mendidik bersembahyang.
(4)..Anak kecili itu perlu diberi bimbingan akhlak mulia serta nilai-nilai terbaik dari dari ibu bapa dan orang-orang yang di sekelilingnya. Sabda Rasulullah saw”
“Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada
Anaknya yang lrebih utama daripada sopan santun mereka yang baik” (HR Timidzi)
(5).Hubungan akhlak dengan anak ialah dengan melatih anak dengan empat budi pekerti yang mulia:
i.. Hikmah atau kebijaksanaan berarti sesuatu dalam diri yang mana menrusinya dapat memilih yang benar atau yang salah.
ii.. Sjaat atau keberanian – Sifat marah yang sedang meluap-luap dapat ia melihat oleh akalnya untuk menujukan keberaniannya.
iii.. Kebersihan jiwa iaitu menhan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada penunjuk akal dan syatriat.
iv.. Adil atau keadilan – iaitu sesuatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat lalu membimbing keduanya ke jalan kebjaksanaan dan kebahagian.
(6.).. Berdasarkan perkara di atas Ibu bapa hendaklah
membimbing anak kepada mengamalkan nafsu mahmudah
(terbaik) dan mengelakkan mereka dari nafsu mazmumah
iaitu keburukan.
Hubungan akhlak dengan isteri:
(1).. Suami hendaklah mengamalkan memjadi sebagai suami
soleh. Bermaksud ia menunaikan kewajipan-kewajipan
terhadap Allah, keluarga, ibu bapanya dan semua orang yang
menjadi tanggungannya, dengan semangat kasih sayang.
(2).. Menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah.
Isteri, keluarga dan semua orang yang menjadi
tanggungannya.
(3)..Menggaul isteri dengan baik dan penuh perasaan kasih
Sayang dan ramah mesra.
(4). Mengelakkan mempunyai akhlak yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak yang
terpuji (mahmudah
(5). Menghiasi diri dengan perangai, kelakuan dan akhlak
secara orang-orang soleh yang terpilih dan banyak membuat
kebajikan.
(6). Raulullah s.a.w. mewasiatkan hendaklah suami isteri
menunjukkan wajah dan watak yang berseri apabila bertemu
sekalian mukmin walau dalam keadaan apa sekaliapun.
(7). Sunat Nabiyh bagi suami menunjukkan sikap mesra
ketika makan dan tidaklah makan seorang diri
Hubungan akhlak dengan suami :
(1). Hendaklah bergaul dengan suaminya dengan baik,
penuh perasaan kasih sayang dan menghormati suami
dan keluarga pihak suami.
(2) Menjadi istetri yang solehah iaitu taat kepada
Rabbnya, suaminya dan menggaul suamainya dengan
penuh ketaatan serta bersungguh-sungguh ia
menyempurnakan tugasnya
(3) Mengelakkan mempunyai sifat yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak
Yang terpuji (mahmudah).
(4). Menghiasi diri dengan perangai orang soleh yang
terpilih dan banyak membuat kebajikan.
(5).. Sunat Nubawiyah bagi isteri menunjukkan mesra
ketika makan dan janganlah makan seorang diri.
Masalah Agama. 38-Tuntutan Mengerjakan Solat
Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?
Jawapan:
Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Sallah s.w.t.:
وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا. ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
(Al-Israq ayat 79).
Terdapat beberapa banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:
a. Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.” Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”
b. Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”
c. Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”
d. Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”
e. Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”
f. Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”
g. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.
------------------------ooooooooooooooo---------------------------
URL - http://www.hjchedan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment