Masalah 147 Solat sunat sebelum Maghrib
Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.
Jawapan.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang diriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:-
“Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari)
Ada juga Hadis yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:-
“Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s.a.w. menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakukannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kami. (H.R.uslim) (Maslaah 65 (4) ms. 151)
Masalah 148…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah
Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?
Jawapan.
Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya.
---------------------oooooooooooo-------------
Masalah 149- Gerak-gerak jari- bagaimana?
Bagaimanakah orang yang mengangkat jari telunjuknya dan digoyang-goyag semasa membaca “Asyhaduan la ila hail lallah..”? ( اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ.....)
Jawapan.
Mengangkat jari telunjuk semasa membacakan “Asyhaduan la ila hail lallah…” adalah sunat, kerana di saat itu kita mentauhidkan bahawa Allah s.aw.t itu hanya satu sahaja dan Dia yang disembah, tiada ada lain. Tetapi menggoyangkan jari telunjuk itu beberapa kali adalah makruh dan kalau sampai tiga kali membatalkan sembahyang itu.
( Kitab Seratus Masalah Agama ms 136, para 156 Bhg.2)
Masalah 150-Kenapa kita Menyapu muka
Kenapakah kita menyapu muka dan dahi selepas kita memberi salam sesudah solat?
Jawapan.
Sunat menyapu dahi dan muka setelah selesai sembahyang. Dalam satu hadis dari Annas a.s. menyebut bahawa Baginda menyapu dahinya dan dukucupkan dengan tangan kanannya.
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتـَهُ بِيَدِهِ الـْيُمْنَى ثُـمَّ قَالَ: اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
”Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau telah menyelesaikan sembahyangnya, disapumya dahinya dengan tangan kanannya,kemudan diucapkannya.”
”اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى
الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.”
Artinya:”Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Pengasih dan Penyayang. Ya Allah lakukanlah dari padaku segala dukacita.
(HR Ibnusunny, Albazzar dan ibnu ’Ady
-----------------------------------------oooooooooooooooooo-----------------------------------
No comments:
Post a Comment