Sunday 17 April 2011

Masalah Agama Bab 39 hingga 42 - Siaran 71









Masalah 39. Sinarai Solat-Solat Rawatib
Mohon senaraikan solat-solat rawatib muakad dan rawatib tidak muakad.?

Jawapan.
1.    Sembahyang Sunat Rawatib adalah sembahyang sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah sembahyang fardhu. Sembahyang Sunat Rawatib  adalah yang dituntut dan
     sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w.  Ianya adalah:

a.     Dua rakaat sebelum sembahyang Subuh.
b.    Dua rakaat sebelum sembahyang Zuhur.
c.     Dua rakaat  atau empat rakaat sesudah Zuhur.
d.    Dua atau empat rakaat sebelum sembahyang Asar.
e.     Dua rakaat sesudah sembahyang Maghrib
f.      Dua rakaat sebelum sembahyang Isyak.
g.     Du rakaat sesudah sembahyang Isya’.

2.        Sunat rawatib yang tidak muakad ialah :

             a. Dua rakaat sebelum Maghrib.

             b. Dua rakaat sebelum Isyak.

             c. Dua rakaat sebelum Zuhur.

             d. Dua rakaat selepas Zuhur.

h.    Dua rakaat sebelum Asar

(Rujukan Kitab Asas-Asas Fardhu Ain, m.s.133
Masalah  40  Hukum seseorang suka mencaci

Apakah hukumnya bila seseorang Islam itu mencaci, memaki atau mengeluarkan kata-kata  yang tidak bersopan terhadap seorang Muslim  yang lain ?


Jawapan.

Setengah daripada maksiat lidah adalah mencaci dan menghina sesama Muslim.  Firman Allah s.w.t.;
وَلآ تـَلـْمِزُوْا أ َنـْفـُسَكـُمْ. (الهجرة – 11)
Ertinya: “ Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri”
 (Al-Hujjarat ayat 11)

وَيـْلٌ لِــكـُلِّ هـُمَـزَ ةٍ لـُمَزَةٍ. (الهمزة – 1)

 Ertinya “Neraka Wail, bagi setiap pengumpat lagi pencela
.(Al-Humazzat ayat 1.)

Adapun Humazzat makna iaitu pemakan daging-daging manusia (artinya-tukang memakan orang). Dan adapun Lumazah itu maka pencela atas  mereka.

Orang-orang beriman hendaklah selalu berusaha menjauhkan diri dari menceritakan keburukan atau mengumpat orang atau saudara sesama Islam,
dan menjauhkan diri dari mencaci dan mencela sesama Islam atau menghinakannya.  Bersabda Rasulullah s.a.w.:

اَلـْمُسْلِمُ اَخُوالْمُسْلِمِ لآ يَخُوْ نُهُ وَلآ يُكَذِّبُهُ وَلآ يَخْذُلُهُ كُلُّ الـْمُسْلِمِ عَلىَ الـْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْ ضُهُ وَمَا لـُهُ وَدَمُهُ التـَّقْوَى هَهُنَا – بِحَسَبِ امْرِءٍ مِنَ الشـَّرِ انَ يَحْقِرَ اَخَاهُ الـْمُسْلِمَ.  (رواه الترمزى).
Artinya: Muslim adalah saudaranya Muslim. Tidak akan mengkhianatinya, tidak mendustakannya, dan tidak mengkhianatinya. Keseluruhan Muslim atas Muslim itu haram. Kehormatannya, hartanya dan darahnya, taqwa itu di sini.  Cukuplah seorang itu tergolong jahat, bahawa dihinanya saudaranya yang Muslim.               (H.R. Attirmidzi).

Dari Abi Hurairah pula, bersabda Rasulullah s.a.w. ;

Bermaksud:
Janganlah kamu berdengki-dengki. Janganlah kamu menaikan tawaran harga dagangan dengan maksud menipu, dan janganlah kamu berbenci-benci, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan setengahnya, dan jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah satu dengan lainnya bersaudara. Orang Muslim adalah saudaranya Muslim, tidaklah menganaianyanya, tidaklah  menghinakannya, dan tidak meremehkannya.  Taqwa itu di sini beliau berisyarat keadaannya tiga kali. Cukuplah seorang itu dari pada kejahatan bahawa diremehkannya saudaranya.  Keseluruhan Muslim atas Muslim lainnya adalah haram.  Darahnya, hartanya dan kehormatannya  (H.R.Muslim).
(Rujukan ”Kitab Masalah Agama Jil. 3 ms 96)

Maslah 41.Angkat Hadas besar  sunat ambil wuduk

Seseorang itu mengangkat hadas besar sunat dia mengambil wuduk sebelumnya. Maka setelah selesai mandi hadas besar adakah perlu lagi dia mengambil wuduk kerana tadi dia telah  pun mengambil wuduk?

Jawapan.

Jika wuduknya tidak terbatal semasa mandi hadas besar itu seperti tidak menyentuh qubul atau duburnya sendiri dengan tapak tangan atau perut jarinya, maka tidaklah dia dituntut untuk melakukan wuduknya lagi sesudah mandi, kerana ia telah melakukan  mandi dengan sempurna.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil; 3 m.s. 102)

Masalah 42. Tidak tahu mana kiblat.
Semasa saya bertugas di dalam hutan tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu dimana barat dan di mana timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah  sah  saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu ?.

Jawapan.

Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang.  Wajib mengadap qiblat dengan yakin dari dekat mahupun dari jauh. Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat itu. Syarat bagi penentuan arah qiblat adalah:

a.     Mengetahui sendiri.
b.    Pengkhabaran  dari orang berkepercayaan.
c.     Ijtihad.
d.    Taqlid kepada orang yang berijtihad.

Dalam hal di atas wajib ia mengetahui sendiri di mana qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak berupaya wajib ia mencari tahu dari orang-orang yang menegathuinya. Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia menyemak dengan pengalamannya yang lalu.  Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib  ia berdaya upaya mencari tanda-tanda yang lebih  meyakinkan dirinya itu adalah arah qiblat. Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiablah ia berijtihad iaitu membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah qiblat yang ia tidak menaruh syak wasangka sedikitpun. Sembahyanglah ia dengan khusyuk sperti biasa kerana Allah akan menerima amalan sembahyangnya itu.  Firman Allah s.w.t.:

       وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ  فـِى الـد ِّيـن ِ
          مـِن ْ حـَرَج ٍ    (الحج 78)

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)  .

 Tetapi ternyata selepas itu dia mendapati Ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, maka  wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas  yang ia ketahui sahnya kesalahannya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 3. m.s 156)


                            ------------------oooooooooooooo------------------------

No comments:

Post a Comment