Tuesday, 19 April 2011

Masalahagama Islam Bab 120 - 124 - Siaran pos 91





Masalah 120- Tak dapat baca Fatihah semasa solat jenazah ?

Apa hukum dalam solat jenazah, makmum masbug membaca doa iftitah hingga ia tidak dapat menghabiskan bacaan fatihahnya ?

Jawapan.

Jika makmum masabug membaca doa  iftitah hinngga ia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya dan imam mengangkat takbir yang kedua, maka batallah solatnya kerana doa iftitah tidak disunatkan pada solat jenazah sebab solat jenazah itu hendaklah diringankan dan menyegerakan pengkebumikan jenazah itu amat digalakkan oleh Syara’.       (Kitab solat jamaah m.s. 92)

Masalah  121 . Membaca doa iftitah dalam solat ghaib

Bolekah kita membaca doa iftitah dalam solat ke atas mayat ghaib ?    

Jawapan.
Jika seseorang itu solat ke atas  mayat ghaib maka disunatkan ia membaca iftitah, kerana doa iftitah tidak disyaratakan pada solat jenazah yang hadir sahaja disebabkan sunat segera  pengkebumiannya, sedangkan solat ghaib dan juga solat mayat yang telah dikebumikan tidak lagi dituntut bersegera, bahkan boleh solat dan berdoa yang panjang.   (Kitab Solat Jamaah m.a.93
123
Masalah  1 22.Dimanakah Imam bediri dalam solat jenazah
Dimanakah imam akan berdiri pada solat jenazah ?

Jawapan.
Disunatkan imam dan juga munfarid (seorang sahaja) berdiri berbetulan kepala mayat, jika mayat itu lelaki dan berbetulan pinggangnya jika mayat itu perempuan dan khunsa.
                                         (Kitab solat jamaah m.a. 93).
Masalah  123. Dimana kepala jenazah diletakkan semasa solat

Ketika saolat jenazah, dimana yang sepatutnya kepala mayat diletakkan.
Jawapan.
Sunat diletakkan kepala mayat lelaki pada pihak kiri imam, sementara mayat perempuan dan khunsa pula sunat diletakkan kepalanya pada pihak kanan imam, kecuali jika mayat itu disembahyangkan bersebelahan kubur Nabi s.a.w. di Masjid Madinah, maka kepala mayat perempuan dan khusa hendaklah diletakkan sebelah  kiri imam dan kepalanya sebelah kubur Nabi s.a.w..    Ini kerana beradab dengan Baginda s.a.w.
                                       (Kitab solat jamaah m.s. 94)

Masalah  124. Apa hukum Rukuk dan Sujud sama Imam

Apa hukum makmum ruku’ atau sujud atau lainnya serentak dengan imam, dan makmum berdiri sebaris dengan imam pada tempat berdiri ?

Jawapan.

Apabila makmum mengerjakan ruku’ atau sujud atau rukun fi’li yang lain serentak dengan perbuatan imam tidaklah batal solatnya itu, hanya makruh sahaja perbuatan itu, kerana sabda Rasulullah s.a.w. " اذا ركع فار كعوا"  ertinya ”Apabila ia ruku’ maka hendaklah kamu ruku’.  Dan apabila serentak makmum dengan imam pada perbuatan solat maka ia meluputkan fadhilat ber jamaa’ah (sepertri yang ditegaskan oleh imam Rafie dan Ibn al-Rif’ah) Kerana ia menyalahi imam.
Oleh yang demikian jika makmum sebaris dengan imam pada tempat bediri juga boleh meluputkan fadhilat berjama’ah kerana makruh. Bahkan yang  sepatutnya makmum berdiri di belakang imam dan sekurang-kurangnya tumit makmum terkebelakang sedikit daripata tunit imamnya.  (Kitab  Solat jama’ah, m.s. 90)
 -----------------------------ooooooooooooooooooo------------------

No comments:

Post a Comment