Masalah 197 – Bagaimana cara-cara sembahyang Dhuha? (257)
Jawapan.
Masalah 177 – Bagaimana cara-cara sembahyang Duha?
Jawapan.
Sembahyang pada umumnya ialah semulia-mulia amal bakti yang menyebabkan seseorang beroleh rahmat dan di redhai oleh Allah s.w.t.
Selainnya dari itu “Sembahyang Sunat” pula dapat menyempurnakan, jika ada apa-apa kekurangan yang dilakukan dalam sembahyang fardhu. Hakikat ini diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya berikut:-
عَنْ أ َبِي هُرَيْرَة َ, رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, عَنِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيِهِ وَسَلـَّمَ قَالَ:إ ِنَّ أ َوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الـْقِيَامَةِ مِنْ أ َعْمَا لِهِمْ الصَّلَاة ُ: يَقُولُ رَبُّنَا عَزَّوَجَلَّ لِمَلَاءِـكَتِهِ – وَهُوَ أ َعْلـَمُ : (انْظـُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي أ َتَمَّهَا أ َمْ نَقَصَهَا؟) فَاءِنْ كَانَتْ تَامَّة ً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّة ً, وَإ ِنْ كَانَ انـْتـَقَصَ مِنْهَا شَـيـْءــًا, قَالَ :( انْظـُرُو اهَلْ لِعِبْدِي مِنْ تَطَوُّع ٌ؟ ). فَاءِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّع ٌ, قَالَ: (أ َتِمُّوا لـِعَبْدِي فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ) : ثـُمَّ تُؤْ خَذ ُ الْأ َعْمَالُ عَلىَ
ذ َلـِكَ ). رواه ابو داود).
Ertinya ”Dari Abu Hurairat r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
Sesungguhnya perkara yang mula-mula di hisab dari amal-amal manusia pada hari kiamat ialah sembahyang fardhu yang lima , pada saat itu Tuhan kami Azawajjalla berfirman kepada MalaikiatNya –pada hal Dia amat mengethui. “Lihatlah kamu akan sembahyang hambaku (dalam surat amalnya) Adakah ia menyempurakannya atau mengurangkannya?
Jika sembahyang itu sempurna – ditulis untuknya sempurna – dan jika orang itu ada mengurangkannya sesuatu daripada sembahyangnya, Allah s.w.t. befirman (kepada Malaikat) : Lihatlah kamu, adakah hambaku itu mengerjakan sembahyang sunat?
Jika ia ada mengerjakan sembahyag sunat, Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat: ”Sempurnakanlah bagi hamba Ku itu sembahyang fardhu (yang tidak sempurna) itu dari sembahyang sunatnya.”: Kemudian di hisab amal-amal yang lain (seperti zakat, puasa, mengerjakan haji menurutu cara itu juga ).
Rujukan Mustika Hadis Rasulullah s.a.w.,Jilid 2, ms 197)
Ketahuilah Sembahyabg Sunat Duha itu untuk memohon kemudahan mendapat rezeki bagi seseorang itu.
Dilakukan ketika matahari sedang naik, kira-kira jam 8.00 pagi Dibuat dua rakaat, jika mampu dibuat sehingga dua belas rakaat. Rakaat sebenar tidak terbatas dan tidak dipaksa dilakukan.
Ketahuilah jika seseorang itu rajin melakukannya maka ianya akan dapat dikurniai oleh Allah s.w.t akan rezekinya yang murah, yang datangnya tidak disangka-sangka akan diterimanya.
Kifiatnya:
أ ُصَلىِّ سُنَّـة َ الضُّحىَ رَكَعـَتـَيْنِ للهِ تَعَالىَ – اَللهُ اَكْبَرُ.
”Sahaja aku sembahyang sunat Duha dua rakaat kerana allahTaala.”
Surah-surah yang dibaca:
الفاتحــة.....
قـُلْ يَا أ َيُّهَا الـْكَافِرُوْنَ....
الفاتحــة.....
قـُلْ هُوَ اللهُ اَحَدْ....
اتو جوك بوليه دباج اية يغ برايكوة:
الفاتحــة...
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهـَا...
الفا تحــة....
وَالضُّحَى وَالـَّيـْلِ اِذ َا سَجَى....
Di dalam sujud yang terakhir bacalah:
يــَا وَهـَّــابُ .....40 كالي.
Atau dibaca doa ini:
وَهَبْ لِيْ يَا وَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَة ً وَارْزُقـْنِى
يَا رَزَّاقُ كُنْ لِيْ مُسَهَّلًا. (10 اتو 40 كالي)
Selepas memberi salam bacalah doa berikut:-
بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْم ِ.
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِىْ نِعْمَهُ وَيُكَا فِىءُ مَزِيْدَهُ
يَارَبَّنَا لـَكَ الـْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلَالِ وَجْهِكَ الـْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ
سُلـْطَا نِكَ.
ا َللَّهُمَّ ا ِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُوْكَ , وَالـْبَهَاءَ بَهَأ ُكَ وَالـْجَمَالَ
جَمَالـُكَ, وَالـْقُوَّةَ قَوَّتُكَ وَالـْقُدْرَةَ قـَدْ رَتُكَ وَالـْعِصْمَة َ
عِصْمَتُكَ, ا َللَّهُمَّ ا ِنْ كَانَ رِزْقِىْ فِى السَّمَاءِ فـَاَنـْزَلـْهُ,
وَا ِنْ كَانَ فِى الْا َرْضِ فَا َخْرِجْهُ, وَا ِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ,
وَا ِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ, بِحَقِّ ضَحَاءِـكَ وَبِهَاءِـكَ وَجَمَا
لـِكَ, وَقَوَّتِكَ وَقَدْرَتِكَ آتِنِىْ مَا آتَيْتَ بِـهِ عِبَادَكَ الصَّلِحِيْنَ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأ َخِرَةِ حَسَنَة ً
وَقِنَا عَذَابَ النـَّارِ وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ
آلـِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمَ وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.
--------------------ooooooooooooo----------------
No comments:
Post a Comment