Tuesday, 26 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 218 - 220 - Siaran pos 115

 
Masalah 218... -  Adakah orang yang Melakukan Berbekam tidak membatalkan puasa.?


Jawapan.
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. melarang orang berbekam ketika berpuasa, tetapai kemudiannya Baginda membenaranya dan dibolehkan berbekam semsa berpuasa. Terdapat Hadis Rasululah yang berikut:

عَنْ ابْنِ عَبَاسِ: أَنَّ النَّبِىُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّـمَ اِحْتَجَمَ
وَهُوَ مُحْرِمٌ وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَاءِـمٌ. (البخارى)
Dari   Ibn ‘Abbas, sesungguhnya Nabi s.a.w. berbekam ketika baginda melakukan ihram dan ketika sedang berpuasa.  (H.R.Al-Bukhari

Masalah 219…- Nabi Adam….

          Apakah jawapan  anda mengenai Nabi Adam a.s. telah dikatakan
          oleh orang-orang musyrikin menderhaka Tuhannya lantaran
          memakan buah   yang dilarang Allah memakannya, berdasarkan 
          firman Allah dalam Al-Quran surah Toha ayat 129.. ?

          Jawapan
  
           Kemaksiatan yang dilakukan oleh Nabi Adam itu terjadinya
            adalah semata-mata  kerana kelupaan dalam hati sanubari Adam
           terhadap perjanjian Allah Taala   Jadi sama sekali tidak ada 
           unsur kesengajaan dalam  perbuatan itu atau dengan kata kain
           bahawa perbuatan itu  bukanlah timbul kerana ada kehendak yang
           disengaja atau tujuan yang dimaksudkan.

           Allah swt tidaklah akan  mengambil tindakan atau memberikan
           balasan terhadap sesuatu kesalahan yang dikerjak tanpa disengaja
            atau kelupaan, sebab yang  sedemikian ini  teranglah merupakan
            tekanan atau paksaan dan perintah yang melebehi  kemampuan 
            manusia.  Sedangkan Allah swt tidak akan memaksa  kepada
            seseorang sesuatu  yang melebehi kesanggupan atau
             kekuatannya.

            Pokok pangkal dari Kaedah ini firman Allah swt sendiri yang
            berbunyi: (Al-Ahzab ayat 5) :-
وَلـَيـْسَ عـَلـَيْكـُم ْ جـُنـَاح ٌ فـِيمَا أخْطَا ْتـُمْ بِه .
وَلـَكـِن َّ مَا تـَعـَمَّد َتُ قـُلـُوبـُكـُم ْ

           Bermaksud: Tidak ada dosa atas mu sekalian dalam
            sesuatu yang kamu kerjakan dalam kesalahan
            tampa   sengaja ( atau kerana lupa)  tentang hal itu , 
            tetapi  yang dianggap dosa ialah apa-apa yang
              disengjakan oleh oleh hati mu semua.” (Al-Ahzab  ayat 5)

              (Rujukan -(Syed Sabiq – dalam kitab ”Aqidah Islam” ms 239)

         Masalah 220.. –Nabi Ayub a.s.


Nabi Ayub a.s. ditimpa penyakit yang menjijikkan dan berbahaya sehingga di juhi orang ramai termasuk isterinya sendiri.  Nyatakan pandangan anda.  (200
Jawapan
Jawapan -  (Qs Ambiya 99


            Nabi Ayub telah didatangkan ujian yang berat kepadanya iaitu dia seorang
           yang kaya raya  telah menjadi seorang papa kedana dan kedua banyak anak-
           anaknya meninggal dunia dan ketiga telah  terkena panyakit kulit yang
          menjijikkn, namun beliau tetap tabah dan sabar menghadapinya.  Segala
           amal
          ibadat kepada Allah swt yang biasa dikerjakan terus  dikerjakannya.

Ujian-ujian tersebut telah diminta oleh syaitan kepada Allah kerana syaitan dengki yang Nabi Ayub seorang yang kaya raya, banyak harta dan banyakj anak-anak dan hidup  senang dan makmur.  Jika Allah memberikan  ujian itu bagaimana iman Nabi Ayub ketika ianya susah dan kurang sehat.

          Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat  155 dan 156 bermaksud:


           Kami cuba kamu dengan sesuatu daripada ketakutan dan kelaparan,
           kekurangan harta benda, jiwa dan buah-buahan dan beri khabar 
           gembiralah orng-orang yang sabar

         “Apabila mereka  ditimpa cobaan, berkata mereka “Sesungguhnya  kami
          kepunyaan Allah dan kami akan. Kembali kepada Nya”

          Mula-mula Nabi Ayub mendapat ujian dari Allah dengan mengurangkan
          rezekinya, sehingga yang tadinya ia kaya-raya harta yang banyak itu
           semakin susut sehinggalah ia menjadi seorang miskin. Hal ini tidak
           menggoncangkan imannya, dan keimanan dia tidak dapat di pengaruhi oleh
           godaan syatan kerana beliau ingat bahawa manusia lahir ke dunia tidak
           mempunyai apa-apa kemudian barulah dianugerahi rezeki oleh Allah, maka
           Allah yang memberi kekayaan.

            Selepas itu Allah swt mengujinya lagi iaitu                        anak-anak yang
            banyak itu banyak pula yang meninggal dunia. Beliau tetap bersabar
             menerima ujian itu.

          Kemdian ujian yang ketiga ialah Allah mendatang- kan kepadanya sakit
            selama tujuh tahun dan beliau tidak pernah keluh kesah dan segala amal
            ibadat kepada .Allah terus dilakukan. Pemyakitnya di kulit badannya itu
             sehingga orang menjauhkan darinya kecualai isterinya sahaja. Tetapi
            setelah godaan syaitan isterinya juga belot padanya.  Nabi Ayub tahu   dan
            berjanji akan memukul isterinya bila dia sembuh, Tetapi Allah melarang
            Nabi Ayub berbuat demikian (Al-Quran Surah Shat ayt 44)

            Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti tersebut dalam al-Quran Surat Al-
            Ambiya ayat 83-84 : yang bermaksud:-


           “Ingatlah akan kisah Nabi Ayub a.s ketika ia berdoa  kepada Tuhannya “Ya
           Tuhan ku aku telah ditimpa kemelaratan  dan Engkaulah yang lebih
           pengasih dari segala dari segala yang pengasih
           Lalu Kmi perkenankan permintaannya dan Kami hilangkan apa yang
           menjadi kemelaratan  bagi dirinya, dan Kami datangkan pada ahlinya 
           berlipat ganda, sebagai rahmat daripada Kami dan dan jadi peringatan  bagi
            orang-orang yang menyembah Kami.


            Allah berfirman dalam Surah  Shad ayat 42-43 yang bermaksud:

          Hentaklah kaki mu ke atas tanah , nescaya terbit di sana mata air, itulah
              air mandi yang sejuk dan minumlah, lalu sembuhlah penyakitnya”

    Hikmah yang terdaipat dalam kesah Nab Ayub ini:-

1.           Bersikap sabar seperti contoh Nabi Ayub ini.kerana ujian Allah itu ada pedah baknya.

2.           Terimalah ujian Allah itu yang menghilangkan anak-anak yang disayangi.

3.           Ikutlah seperti Isterinya seorang wanita yang soleh.

4.           Jangan memukul isteri kerana dailah yang sentuasa menolong kamu.(Surah Shat 44)


                              Jangan mudah terpedaya hasutan syaitan
5.           Buatlah amal ibadat terhadaop Allah walaupun dalam masa kesakitan.

6.           Jngan menjijikkan keatas orang yang sakit kerana bagaimana jika kita terjadi demikian.
7.           Jngan jadi semacam syaitan mendengki kepada orang  yang kaya dan aman makmur.

8.           Hendaklah tetapkan iman walau apa ujian sekalipun kerana ujian itu ada baik sebaliknny.

   ----------------------oooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment